Salam Maulidur Rasul 1433
Salam Maulidur Rasul buat semua...Sama-sama kita banyakkan selawat kepada banginda, bukan sahaja ketika Maulidur Rasul tapi bila-bila masa!!!
PERMAI dedah rahsia Al-Quran
Program MOTIVASI AL-QURAN anjuran Persatuan Alumni Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Negeri Pahang (PERMAI) dengan kerjasama PULAPA Jengka telah berjaya dilaksanakan. Program selama 3 hari 2 malam ini telah disertai seramai 45 orang peserta di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Jengka, Temerloh dan Maran dan beberapa pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Monday, April 30, 2007
Saturday, April 28, 2007
Kenangan Blog
Posted by Abu 'Asim on 1:16 AM
Assalamualaikum wbt
Syukur kepada Allah kerana sempat juga untuk menulis walaupun sedang berada di dalam fatrah imtihan...Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi Muhammad saw.

Medium dakwah di internet telah dimaklumi dengan kewujudan pelbagai laman web Islam. Namun demikian perkara menarik yang ingin diutarakan di sni ialah berkaitan dengan tulisan-tulisan yang dimuatkan di dalam blog-blog peribadi.
Menginsafi betapa pentingnya peranan dan kesan media elektronik dengan medan dakwah, maka golongan mahasiswa dan mahasiswi Islam atau para daie perlu memanfaatkan seluruh peluang yang ada bagi melatih diri menjadi penulis yang dengan tulisannya ia mampu menyampaikan mesej dakwah yang suci murni itu melalui blog-blog mereka.
Para dai’e wajar memprofesionalkan diri untuk tujuan menyampaikan mesej dakwah. Media elektronik mampu mencernakan keilmuan mereka melalui penulisan yang mantap, bernas serta mampu menyaingi kemelut penyebaran maklumat yang semakin canggih. Dunia dakwah menjelang abad ke-21 memerlukan tindakan-tindakan yang bijak. Setiap ruang yang dilihat berkesan untuk kepentingan Islam dan ummahnya perlu digarap sebaik mungkin. Ini penting supaya dakwah Islamiyah dan para dai’e tidak terpinggir dari perhatian masyarakat dan negara.
------------------------------------------------
Sehubungan dengan itu, pada tanggal 27 April 2006 blog ini diwujudkan. Hati tercetus apabila melihat blog Ustaz Fadzlah B Abd Rashid dan berminat untuk belajar...
Pada 28 April 2006 blog ini mula beroperasi...Terima Kasih Ustaz Fadzlah B Abd Rashid kerana telah memberi tunjuk ajar serta membuka jalan ke arah memantapkan lagi ilmu berkaitan dengan teknologi; antara ilmu yang sangat diperlukan di zaman yang canggih dengan teknologi ini.
Setelah meminta pendapat dari sahabat-sahabat, ramai yang memberikan komentar dan sokongan supaya blog ini dimuatkan dengan artikel-artikel yang berkaitan dengan Al-Quran & Qiraat. Sesuai dengan tkhassus yang dipelajari maka sedaya upaya diusahakan untuk tujuan tersebut walaupun hanyalah sekadar artikel asas serta yang mudah. Semoga semua mendapat gambaran berkenaan dengan ilmu ini.
1 tahun telah berlalu...Blog ini juga telah beberapa kali bertukar wajah. Mungkin satu hari nanti akan berubah mengikut selera serta keadaan yang berlaku.....(",) serta mungkin juga artikel-artikel tidak hanya tertumpu kepada ilmu Al-Quran & Qiraat sahaja bahkan sebagaimana yang ada seperti sekarang ini....
Tidak terlepas peluang...satu link baru diwujudkan iaitu http://fikrah-syabab.blogspot.com/ . Blog ini diwujudkan hanya semata-mata tambahan maklumat/info semasa serta iklan-iklan yang berkaitan. Artikel yang utama dalam blog ini adalah berkaitan fikrah - dakwah - haraki.
------------------------------------------------
Terima kasih kepada semua yang memberikan komentar serta sokongan serta kepada semua yang pernah melayari blog ini...tiada yang diharapkan melainklan kebaikan yang agung itulah sebagai manfaat untuk diri kalian semua...
Tidak lupa buat Ustaz Felza Zulhibri serta serta sahabat-sahabat yang sudi menyumbangkan artikel untuk dimuatkan dalam blog ini...
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA
JAZAKUMULLAH
Friday, April 27, 2007
Mutiara Perjuangan...
Posted by Abu 'Asim on 3:37 AM
"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah..bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang." -AS SYAHID S. QUTB-
Wednesday, April 18, 2007
Qiraat 12
Posted by Abu 'Asim on 11:13 PM
SANAD (IJAZAH)
MUKADIMAH
Secara umum, persoalan sanad berkaitan secara langsung dengan ilmu Mustalahul Hadith, walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa keseluruhan ilmu-ilmu Islam sebenarnya terpelihara dengan adanya sistem sanad ini sama ada menyentuh persoalan Kaifiyyatut Tahammul. satu-satu ilmu itu mahupun persoalan peribadi-peribadi yang terlibat dalam satu-satu sanad. Kesemuanya adalah demi menjamin ketulenan dan keaslian serta memastikan kesenimbungan ilmu-ilmu warisan Islam agar terus dipelajari generasi demi generasi. Berkata Ibnu Sirrin : ,bermaksud : Sesungguhnya ilmu ini adalah amanah sebahagian daripada agama maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambilnya (mempelajarinya).
Takrif Sanad :
Daripada segi bahasa, sanad bermaksud iaitu yang diberi sandaran kepadanya. Manakala daripada segi istilah ia bermaksud salasilah peribadi-peribadi yang disebut (Ar-Rijal) menurut Ilmu Hadith dan Qurra' menurut ilmu Qiraat.
Kepentingan sanad :
Untuk memastikan kebenaran sesuatu perkara yang disampaikan. Dalam konteks ilmu Qiraat, sanad berfungsi untuk memastikan kebenaran dan ketepatan satu-satu bacaan sama ada ia bersumber benar-benar daripada Rasulullah SAW sepertimana yang diajar oleh Jibril as atau pun tidak. Maka bacaan-bacaan yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW dikumpulkan dan dinamakan (qiraat sepuluh yang Mutawatir). Kalimah (Mutawatir)sendiri menjelaskan kepada kita tentang darjat sanad-sanad Qiraat Sepuluh itu yang mencapai darjat mutawatir sepertimana yang dita’rifkan oleh ulamak:
Maksudnya: sesuatu yang dipindahkan oleh satu-satu kumpulan dari kumpulan yang seperti mereka yang mustahil mereka itu berpakat untuk melakukan pendustaan dan ini berlaku daripada awal sanad hingga ke akhir sanad (iaitu Rasulullah SAW)
Sanad yang sahih juga menjadi salah satu rukun daripada rukun-rukun Al-Qiraat iaitu Al-Quran itu sendiri. Ini dijelaskan oleh Imam Ibnul Jazari dalam matannya yang dpt dibuat kesimpulannya iaitu :
Jumhur ulamak Qiraat berpendapat (sah isnad) disini tidak memadai dengan sahnya sanad bahkan hendaklah mencapai darjat mutawatir. Selain itu dua rukun yang lain ialah :
1. Mestilah bertepatan dengan Nahu Bahasa Arab walaupun dengan satu wajah dan;
2. Mestilah bertepatan dengan Resam Uthmani .
QIRAAT, RIWAYAT TURUQ DAN WUJUH
Tiga daripada istilah-istilah ini digunapakai oleh ulamak-ulamak Qiraat bagi merujuk satu-satu bacaan tertentu kepada sumber-sumber tertentu. Qiraat adalah istilah yang merujuk kepada imam-imam yang sepuluh itu. Riwayat pula adalah istilah yang merujuk kepada bacaan rawi ???? yang mengambil bacaan dari imam masing-masing. Manakala Turuq atau tariq merujuk kepada Qari yang mengambil bacaan mereka daripada para rawi dan seterusnya.
Contoh: Qiraat (Imam) A’sim ,(Riwayat) Hafs ,(Tariq)Amru b.As.Sabah (Tariq)Abi Jaafar . Manakala wujuh pula adalah bacaan bagi satu-satu qari, seperti pada Mad Aridh Lissukun terdapat 3 wajah bagi semua Qiraat iaitu 2, 4 dan 6 harakat Qasr, Tawasut dan Isyba' .
Orang yang layak memperolehi sanad:
Ialah mereka yang bertalaqqi sahaja, iaitu memperolehi bacaan secara berguru, dan guru tersebut juga bersanad, bukan membaca sendirian atau dengan kawan-kawan di rumah atau dimana-mana sahaja. Proses talaqqi dipersetujui oleh semua ulamak sebagai hanya satu-satu cara dalam memindahkan bacaan Al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya. Talaqqi melibatkan interaksi dua hala iaitu (sami')dan (Mushafahah) iaitu murid mendengar bacaan guru dan murid mempendengarkan bacaannya kepada guru.
Ijazah:
Ijazah merupakan suatu pemberian daripada guru kepada muridnya yang berkelayakan sebagai taqrir bagi mengesahkan dan mengakui bahawa muridnya itu telah selesai dalam talaqqinya dan berjaya serta layak diberi ijazah. Samaada ia berbentuk kata-kata akuan daripada guru atau pun berbentuk sanad (salasilah guru sampai Rasulullah SAW) yang bertulis, maka ia dinamakan ijazah dan cukup untuk membuktikan seseorang itu layak dan mempunyai sanad. Ijazah tidak harus dibayar dengan sesuatu oleh murid kepada guru sebagai balasan, walau bagaimana pun, mengambil upah dalam mengajar Al-Quran harus mengikut jumhur selain Abu Hanifah.
Dalil jumhur :
Dalil Abu Hanifah & ulamak yang tidak mengharuskan :
Tidak menjadi syarat bagi sesorang guru itu memperolehi ijazah terlebih dahulu sebelum mengajar Al-Quran dengan syarat merasa dirinya berkelayakan. Walau bagaimanapun menjadi syarat bagi seseorang murid mengetahui kelayakan seseorang sebelum berguru dengannya. Demikian pendapat As-Suyuti.
Kesimpulannya, semua orang yang ingin memperolehi ilmu-ilmu agama khasnya Al-Quran mestilah bertalaqqi dengan para Sheikh yang budiman agar bersambung segala baccan kita dengan mereka hinggalah kepada Rasulullah SAW yang turut bertalaqqi dengan Jibril AS, dan begitulah jua sunnah para sahabat, tabiin dan seterusnya demi memelihara kesucian dan keagungan Islam dan ilmu-ilmunya. Berkata Abdullah bin Mubarak :
Maksudnya : Al-Isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalau ia tiada, nescaya seiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka.
SEKIAN
Disediakan oleh : Ustaz Ikmal Zaidi Hashim Al-Hafiz : ikmalzaidi@yahoo.com
Rujukan :
1-Tayyibatun Nasyri Al-Asyarah Ibnu Al-jazari
2-Al-hadi doktor Salim Muhsin
3-Al-ihktilaf baina Al-qiraat Lisyeikh Ahmad Al-Baili
4-Taqribu Nasyri ibnu Jazari
5-Taisir Mustalah Hadis :Doktor Mahmud At-Tahan
6-Al-itqan fi Ulumul Quran ,As-suyuti
Saturday, April 14, 2007
Perutusan Mursyidul Am IM
Posted by Abu 'Asim on 10:27 PM
PERUTUSAN TERKINI USTAZ MUHAMMAD MAHDI AQIF
Khawathir Tarbawiyyah - Pandangan Tarbiyah
Anda sudah sedia maklum mengenai realiti umat sekarang terutamanya apa yang sedang berlaku kini di Iraq, Palestin dan negara-negara umat Islam yang lain. Semua orang kini tidak bergantung kecuali kepada Ikhwan Muslimin. Dan kita berharap kepada Allah SWT agar persepsi ini terus berterusan. Oleh kerana itu, kita perlu membuat kajian tentang apakah yang perlu kita lakukan sekarang. Tanggungjawab kita ialah setiap akh perlu memikirkan, apakah yang ia telah lakukan untuk Dinul Islam ini. Antara perkara yang perlu kita lakukan ialah:
1. Kita mesti mendidik diri kita sendiri mengikut acuan agama ini yang menepati setiap sudut tasawwur Islam. Jangan takut celaan orang yang mencela. Ini disebabkan kita memikul satu risalah yang sedang mencabar tamadun-tamadun lain.
2. Kita mesti berusaha untuk menjaga tabiat jamaah ini dengan sistem, nilai, akhlak dan struktur jamaah itu sendiri. Kita mesti berusaha sehingga ia menjadi satu binaan yang sangat kukuh.
3. Berikan penekanan kepada soal tarbiyah amaliah (praktikal), hidup bersamanya (mu'ayashah) serta sentiasa mutaba'ah (followup) ahli dalam saf mengikut manhaj-manhaj yang difahami ikhwan.
4. Kita sedang menanggung tanggungjawab dan bebanan yang besar dalam merealisasikan kerja-kerja islah seperti yang kita harapkan (melalui 7 marahil amal). Oleh kerana itu, ia menuntut kita untuk berfikiran positif (ijabiyah) dan menggandakan aktiviti. Jangan ada dikalangan kita akh yang hanya menunggu-nunggu arahan dan taklimat (tanpa berbuat apa-apa). Bahkan setiap daripada kita wajib menyoal diri sendiri, apakah sumbangan yang telah diberikannya kepada Dinul Islam ini.
5. Kita mesti mengambil faedah dan peluang daripada alat-alat sebaran seperti internet untuk menyebarkan dakwah ini. Kita gunakan ia untuk menyatakan pandangan dan pendirian jemaah tentang isu-isu yang berlaku dalam dunia ini.
Monday, April 02, 2007
Mahasiswa Berhak Bersama PMRAM
Posted by Abu 'Asim on 5:34 AM
Hanifa Maidin - Mahasiswa Berhak Bersama PMRAM Berdasarkan Undang-Undang Malaysia
Kaherah, Sabtu, 31 Mac 2007 – Peguambela dan peguamcara terkenal, Tuan Haji Mohamad Hanifa Maidin menjelaskan kepada pelajar-pelajar Islam di Mesir bahawa mahasiswa dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara Malaysia.
Dalam pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh beliau sendiri yang bertajuk, “Mahasiswa Dan Undang-Undang”, beliau menyatakan bahawa mahasiswa diberikan hak berpersatuan yang merupakan hak asasi yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Haji Mohamad Hanifa Maidin menjelaskan kepada para peserta PERMIT bahawa mana-mana pihak yang menghalang, mengugut dan mengambil apa-apa tindakan yang menyebabkan hak tersebut tidak boleh dilaksanakan atau menghadapi masalah untuk dilaksanakan, pihak terbabit telah melakukan satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata “PMRAM adalah satu persatuan yang sah di sisi undang-undang kerana PMRAM telah berdaftar dengan kerajaan Mesir”. Beliau menjelaskan lagi bahawa sekiranya persatuan yang diceburi oleh para mahasiswa adalah persatuan yang sah di sisi undang-undang seperti PMRAM, pihak penaja yang memberikan biasiswa dan zakat tidak boleh sama sekali mengambil tindakan ke atas pelajar yang ditaja atas alasan pelajar terlibat dengan persatuan atau mengikuti mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan kerana hak berpersatuan dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut mendedahkan kepada para peserta PERMIT bahawa berdasarkan undang-undang, PMRAM tidak perlu untuk berdaftar dengan Kerajaan Malaysia. Ini kerana PMRAM wujud di luar negara bukan di Malaysia. Oleh yang demikian, Akta Pertubuhan 1960 yang mengawal mana-mana pertubuhan di Malaysia tidak terpakai kepada PMRAM. Kata beliau, arahan untuk mendaftarkan PMRAM dengan Kerajaan Malaysia adalah satu arahan yang tidak bersumberkan kepada undang-undang Malaysia sendiri.
“Memandangkan PMRAM adalah persatuan pelajar di Mesir, maka ia hanya perlu berdaftar di negara tersebut sahaja. Selagi mana PMRAM berdaftar di Mesir, maka ia adalah persatuan yang sah di sisi undang-undang”, jelas beliau.
Para peserta PERMIT begitu berpuas hati dengan penjelasan beliau yang tetah mendedahkan hak-hak pelajar dan mahasiswa yang perlu sama-sama dihormati oleh semua pihak.
Sumber : http://www.pmram.org/













