Bagaimana Anda Selepas Usrah?
Bila kita sama-sama melabuhkan tirai
"Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"
Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.
Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,
Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.
Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...
Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:
"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."
Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.
Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.
"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".
Kataku,
"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.
Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:
Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?
"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"
(Al-Baqarah 2: 151)
Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
(Al-Baqarah 2: 152)
Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah 2: 153)
Naqib itu Ubiquitous?
Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.
Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.
Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.
Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.
Kawalan ketat terhadap Masjid al-Aqsa
Pihak berkuasa Israel telah mengerahkan sejumlah besar anggota polis di sekitar Masjid al-Aqsa setelah berlaku beberapa pergelutan pihak polis dengan para jemaah di kawasan masjid suci itu.
Keadaan menjadi tegang apabila kaum muslimin yang berusia 50 tahun ke bawah telah dihalang daripada memasuki kawasan Masjid al-Aqsa menyebabkan ramai penduduk kota al-Quds melahirkan rasa tidak berpuas hati lalu meledakkan insiden tunjuk perasaan.
Manakala para jemaah yang sudah berada di dalam kawasan al-Aqsa enggan keluar dan terus beriktikaf di dalamnya sepanjang solat lima waktu. Mereka bimbang tidak dibenarkan masuk semula setelah keluar dari kawasan masjid suci itu.
Solat Jumaat hanya dapat ditunaikan oleh para jemaah di luar kawasan tembok al-Aqsa akibat kepungan dan halangan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel .
Kekacauan terbaru yang berlaku itu dikatakan berpunca daripada tindakan pihak berkuasa Israel yang dikatakan bertujuan menjaga keselamatan para pengunjung Yahudi ke tembok barat Masjid al-Aqsa yang dikuasai mereka.
Dianggarkan lebih kurang 7000 orang Yahudi yang terdiri dari kalangan penganut Judaisme sedang mengadakan upacara ibadat di tembok barat untuk meraikan perayaan Sukkoth. Perayaan yang disambut pada musim luruh ini merupakan salah satu daripada tiga perayaan suci yang disebutkan di dalam kitab Taurat mereka.
Menurut jurucakap polis Israel , Micky Rosenfeld, "Pertimbangan ini dibuat untuk menghindari insiden baru di kawasan ini dan kota lama ( Jerusalem ) bagi mengelakkan batu-batu dilontarkan kepada orang Yahudi yang datang untuk beribadat di Tembok Barat."
Pihak berkuasa Israel juga mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu yang memainkan isu ini dan mengapi-apikan bahang permusuhan dengan menyeru penduduk al-Quds supaya bertindak ganas untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Manakala Hamas dalam kenyataan rasminya menyatakan, "Kami tidak akan duduk diam dan kami akan bangkit mempertahankan tempat suci kami."
Hamas juga menegaskan bahawa tindakan prejudis terhadap Masjid al-Aqsa ini adalah satu 'bom jangka' yang bakal meledak di hadapan pengganas Zionis.
Hamas juga menyeru warga Palestin agar berarak beramai-ramai ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat sebagai tindakan penentangan secara terbuka menghadapi halangan pihak polis Israel . Manakala Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengajak rakyat supaya melakukan protes secara aman.
"Kami menyeru warga Palestin yang berani, seluruh kaum Arab dan orang-orang Islam agar bangkit mempertahankan tempat-tempat suci kita dan melancarkan intifadhah (gerakan kebangkitan) yang baru untuk mempertahankan kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa," tambah pergerakan Hamas dalam kenyataannya.
Ramai para pengkaji berpendapat, tindakan Israel ini bakal meledakkan Intifadhah ke-3 dalam sejarah kebangkitan rakyat Palestin menghadapi penjajahan Zionis.
Apa yang menambahkan kemarahan rakyat Palestin ialah tindakan pihak polis Israel tidak membenarkan para penganut agama Islam daripada masuk untuk menunaikan solat. Akan tetapi, mereka membenarkan kumpulan ekstremis Yahudi dan para pelancong untuk masuk.
Pihak polis Israel juga mengadakan banyak sekatan di jalan-jalan masuk ke al-Quds dan menghalau rakyat Palestin yang tidak tinggal atau bekerja di kota tersebut daripada memasuki kota al-Quds.
Pergerakan Islam telah dipersalahkan oleh pihak polis Israel kerana menyebabkan suasana tegang sepanjang minggu tersebut. Mereka juga menahan pemimpin gerakan tersebut, Syeikh Raed Salah kerana didakwa telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menaikkan kemarahan awam.
Syeikh Raed Salah yang pernah menjalani hukuman penjara selama 2 tahun, baru-baru ini telah mengulangi seruannya agar kaum muslimin mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Manakala perkembangan di Genting Gaza pula menyaksikan lebih 10 ribu rakyat berdemonstrasi mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa yang dikepung pihak polis Israel melebihi tempoh seminggu.
Seorang pemimpin Hamas, Yahya Musa menyatakan dalam ucapannya, "Al-Aqsa bukan sahaja berada dalam bahaya, bahkan ianya bakal dimusnahkan. . al-Aqsa adalah sebahagian daripada akidah kita, ia adalah titik asas pertarungan di antara yang hak dan batil. Sudah tiba masanya umat Arab dan Islam bangun dan mempertahankannya!
Kami sudah bersedia menghadapi pertempuran terakhir dengan Israel dan orang-orang Arab mesti bersatu, kami ingin menyatakan kepada mereka, bahawa kamu semua tiada alasan sekiranya al-Aqsa dimusnahkan… kaum muslimin mesti berarak di jalanan."
Tambah beliau lagi, "Kepada para pemimpin Arab kami mengatakan: Apakah kamu tidak berasa malu menjadi alat mainan di tangan Zionis!?"
Beliau juga mengajak seluruh rakyat meneruskan perjuangan dan menentang pentadbiran di Ramallah sehinggalah presiden Mahmoud Abbas meletakkan jawatan atau digulingkan secara paksa. 'Jenayah' Abbas ini tidak boleh dibiarkan sehingga seluruh bumi Palestin dijual kepada musuh.
Tekanan yang berlaku di sekitar Masjid al-Aqsa pada ketika ini didakwa mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat para pemimpin Palestin di Ramallah.
Sehingga bingkisan ini ditulis, suasana tegang di sekitar Masjid al-Aqsa masih berterusan walaupun pihak polis Israel menambah pasukan keselamatannya.
Dilaporkan para penunjuk perasaan dan orang-orang yang tidak dibenarkan masuk untuk solat terus-menerus melontarkan batu ke arah pihak polis. Pertempuran berlangsung selama lebih 1 jam di kebanyakan jalan-jalan utama menuju ke Masjid al-Aqsa.
Sekurang-kurangnya 4 orang rakyat Palestin dan 5 orang polis tercedera dalam pergelutan itu. Jumlah sebenar yang tercedera masih belum dapat dipastikan.
Tindakan Israel yang melakukan pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa ini bukan sahaja telah meningkatkan penentangan rakyat Palestin, bahkan telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Para khatib di seluruh dunia Islam disarankan agar terus membangkitkan kesedaran di kalangan umat dalam setiap khutbah Jumaat. Adalah tidak wajar, umat Islam terus mendiamkan diri sehingga Masjid al-Aqsa dirobohkan. Ketika itu kita hanya mampu mengeluh melihat Haikal (Kuil) Sulaiman tertegak di tengah-tengah runtuhan Masjid al-Aqsa.
Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)
PMRAM mendekati ulama'
Saya begitu teruja dengan program terbaru yang akan dianjurkan oleh PMRAM. Program Majlis Pembacaan Kutub Sittah. Terlintas di benak fikiran saya, kenapa program seperti ini tidak di adakan ketika saya di sana??? Saya dengki dengan suasana di sana.
Program yang begitu baik ini sepatutnya tidak dilepaskan begitu sahaja bagi mereka yang berada di sana. Usaha murni ini sewajarnya mendapat sokongan oleh semua pihak.
Dalam membaca perkembangan mengenai program ini, saya begitu terkejut dengan tindakan JPMK yang mahu menggagalkan program ini.
Apakah keburukan program ini?? Program membicarakan tentang hadis Rasulullah saw, program mendekati ulama-ulama, program mencari keredhaan Allah dengan mengikut susur galur perjalanan ulama murabbi.Memetik kata-kata Syeikh al-Allamah Dr Jamal Faruq hafizahullah bilamana ditanyakan kepada beliau mengapakah al-Azhar sudah tidak menganjurkan lagi Majlis Sama’ Hadis sebegini?
Maka Syaikhuna menjawab : “al-Azhar terlalu sibuk dengan pelbagai urusan tambahan pula campur tangan kuasa luar yang tiada kaitan dengan al-Azhar menyebabkan al-Azhar tidak sempat untuk melaksanakan Majlis mulia sebegini.Apa-apa pun, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah memulakan kembali sunnah mulia ini.Moga akan membuka mata al-Azhar untuk kembali melaksanakan Majlis sebegini kelak.”
Melihat kepada objektif program, saya kira tidak ada alasan untuk program ini digagalkan. Teruskan usaha kepada semua petugas, saya mendoakan semoga program ini berjalan lancar. Amin.
SYAWAL 1430H
Tidak mengapa. yang penting apa yang kita lakukan mestilah bertepatan dengan syariat Allah SWT. Macam mana pun cara kita sambut hari raya, pastikan tidak bertentangan dengan syariat Allahh dan ajaran Rasulullah SAW.
Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Iislam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.
Fitri juga bermaksud tabiat semual jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramdhan, bertadarus al-Quran, Quyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.
Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka septutnya benar-benar menjadi orang yang takwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah s.w.t. menerusi ayat 183 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa."
Setiap daripada kita wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut 'Idil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan. Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana. Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga. Acara ziarah- menziarahi orang tua, sandara-mara, kaum kerabat, orang-orang yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w.yang bermaksud : " Ziarahilah saudara mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang." Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, hendaklah dilakukan labih kerap dan janganlah menunggu Hari Raya sahaja. Amalan meminta maaf juga perlulah dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan kesilapan serta kesalahan pada orang lain.

Selamat Pengantin Baru buat Fadzlah & Isteri yang telah selamat menjadi sepasang suami isteri. Semoga Kekal hingga ke syurga abadi,...insya'Allah. Layarilah bahtera rumahtangga dengan sebaiknya, sesungguhnya nikmat perhubungan halal ini merupakan tanda2 kebesaran Allah dan nikmat yang besar dalam Islam!!!!





Kekasih yang akan dirindui....
Namun ianya tetap akan pergi meninggalkan kita dan belum tentu kita dapat bertemu dengannya walaupun rindu dan berharapnya kita untuk bertemunya tersangatlah kuat.
Ramadhan yang akan disesali.... mungkin... kerana apa??? kerana di dalam bulan Ramadhan banyak perkara yang Allah jadikannya sebagai satu masa yang begitu baik untuk dilipatgandakan ibadah...berbanding bulan2 yang lain.... begitu juga pahala dan ganjaran yang luar biasa daripada bulan2 yang lain....
Di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Allah meletakkan Gelaran taqwa bagi mereka yang berjaya memanfaatkan Ramadhan dengan sebaiknya. Taqwa adalah tingkatan dan darjat manusia yang paling tinggi dan paling mulia.
Di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..Pahala setia amalan dilipatgandakan berbanding 11 bulan yang berbaki. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu ratus lipat gandanya." (HR. Bukhari Muslim). Bahkan amalan-amalan
sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib. (HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah).
Di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Ini bermakna rahmat Allah melimpah ruah di bulan ini.
Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang istimewa, dan Allah sahaja yang membalas pahala mengikut kehendaknya. Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat danmakanannya kerana Aku." (HR Bukhari Muslim).
Di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Do'a dikabulkan.. adanya Lailatul Qadar, dan berbagai lagi kelebihan yang Allah sediakan bagi mereka yang memanfaatkan bulan Ramadhan.
Kini Ramadhan akan pergi, hanya beberapa hari lagi. beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mengaktifkan diri dengan ibadah dan malanglah bagi mereka yang tidak peduli dengan rahmat Allah ini.
"Ya Allah pertemukan kami dengan Ramadhan yang akan datang...."
Seruan Ramadhan: Biarkan al Quran Menyentuh Jiwa Mu

“Hati mereka benar-benar tersentuh sehingga tidak ada sesuatu yang membatasi antara keduanya. Hati mereka berhubungan dengan arus tersebut, menyerapnya, kemudian memancarkan cahayanya, bergerak dengan gerakannya, terpengaruh oleh daya pengaruhnya. Semua ini dihidupkan dan dimunculkan oleh arus tersebut, digerakkan oleh tenaga iman sehingga melahirkan amal dan kesungguhan.” (As Syahid Hassan Al Banna)
Ada sahabat yang menggeletar dan ada yang jatuh pengsan bahkan ada yang rebah dan terus meninggal dunia apabila mendengar ayat-ayat al Quran.
Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah pernah pada suatu malam keluar mengintai keadaan umatnya. Ketika sampai disebuah rumah dia lalu terdengar bacaan al Quran surah at Thur. Ketika sampai ayat yang ke 7 dan 8: “Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi. Tidak seorangpun yang dapat menolaknya”, ketika itu dia berkata, ini memang janji yang benar lalu dia terus rebah dan pengsan. Saidina Aslam yang bersamanya lalu menggendongnya pulang. Saidina Umar RA selepas itu sakit selama sebulan.
Pernah diriwayatkan bagaimana Abu Aufa membaca firman Allah SWT “Maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit; bagi orang-orang kafir tidak mudah.” (al Mudatsir:9-10), ia jatuh dari mihrabnya dan terus meninggal dunia.
Begitulah peranan dan sentuhan al quran pada umat pertama hingga mengolah sejarah yang penuh dengan keajaiban. Sejarah yang diwarnai dengan warna-warna keimanan sedangkan segala janji dan ancaman Allah adalah wangiannya. Dengan celupan Robbani inilah terbinanya jiwa-jiwa mereka. Iman menjadi permasalahan awal, utama, besar dan agung. Tidak ada persoalan lain yang boleh mengatasi persoalan Iman. Iman menjadi neraca bagi segala sikap dan laku mereka, Iman menjadi dasar prinsip dan pertimbangan mereka.
Lihatlah ketika tentera Islam dibawah pimpinan Saad ibn Waqash mengambil masa yang terlalu lama untuk menawan satu bandar. Ketika berita ini sampai pada Khlaifah Umar RA yang dihantarnya bukanlah satu batalion tentera tambahan tetapi hanya seorang utusan bersama sekeping warkah darinya. Antara kandungan warkah tersebut “Hendaklah kalian bermuhasabah diri, kemenangan kita adalah kerana maksiat musuh pada Allah SWT. Tetapi sekiranya kitapun melakukan maksiat tentu kita akan kalah dalam peperangan ini; tentera mereka lebih ramai dan senjata mereka jauh lebih baik dari kita”. Akhirnya seluruh tentera Islam bermuhasabah diri serta membetulkan segala kealpaan dan kesalahan serta meminta keampunan Allah SWT diatas segalanya. Akhirnya Allah memberikan mereka kemenangan yang mudah.
Hasil dari sentuhan al Quran, mereka menjadikan Iman sebagai neraca, panduan dan sistem hidup mereka. Mereka bahkan terlalu izzah dengan keimanan dan Islam hingga tidak mampu untuk membandingkan Islam dan sistem hidup yang lain. Islam dilihat sebagai karya dari pelukis agung sedangkan sistem-sistem lain umpama contengan kanak-kanak kecil yang masih belum mengenal erti kehidupan. Mereka merasa malu dan terhina jika di dalam jiwa mereka masih merasa ada pilihan antara Islam dan sistem hidup yang lain.
Al Quran benar-benar dekat dan memberi kesan pada jiwa mereka tetapi hari ini al Quran terasa begitu jauh dari jiwa kita apatah lagi untuk memberi kesan pada jiwa kita. Kenapa? Inilah satu persoalan yang perlu kita hayati dan cari penyelesaiannya.
Syed Qutb dalam bukunya ‘Seni penggambaran Dalam al Quran’ menyebutkan bahawa sekiranya kita benar-benar memahami bahasa al Quran ketika membacanya kita akan terasa seolah-olahnya al Quran ini sebuah filem dengan gambaran dan watak-watak yang hidup.
Sekiranya kita berusaha untuk ‘memahami bahasa iman’ kita melihat satu babak demi satu babak yang menggambarkan suasana dan watak watak yang hidup. Kita akan melihat pergerakan yang menyentuh jiwa serta suasana yang mendebarkan dan menggemparkan jiwa. Ketika kita sedang asyik menghayati ayat-ayat hukum tiba-tiba kita dikejutkan dengan pertanyaan tentang Hari Qiamat.
Al Quran mengemukakan peristiwa yang dapat dirasakan dengan indera, dapat disaksikan dengan mata kepala. Kemudiannya gambaran yang dilukiskannya itu ditingkatkannya dengan memberi kehidupan yang menjelma atau gerakan yang berulangkali terjadi. Pengertian yang diperolehi dalam fikiran lalu menjelma menjadi suatu keadaan atau gerakan. Sedang suasana kejiwaan menjelma, jiwa mula menjadi layar putih atau panggung pertunjukan. Tiba-tiba contoh kemannusiaan mula muncul dan hidup. Lalu peristiwa-peristiwa, pengalaman, cerita dan panorama dihidangkan dalam benruk watak yang hidup (personafikasi) yang terasa begitu dekat dan hidup serta bergerak. Sehingga akhirnya muncul dialog-dialog yang melengkapkan semua unsur-unsur gambaran atau tayangan. (Syed Qutb)
Ketika manusia yang ingin terus ingin melakukan maksiat itu bertanya “bilakah Hari Qiamat” Allah tidak memberikan jawapan dengan menayatakan tarikh atau tempoh masa sedangkan Allah berkuasa melakukannya tetapi Al Quran menjawab dengan satu jawapan yang mendebarkan jiwa dengan segala gambaran yang hidup dan melahirkan suasana kejiwaan yang menakutkan.
"Maka apabila mata terbelalak, dan bulan pun hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan, pada hari itu manusia berkata “Kemana tempat nak lari”. Tidak! Tidak ada tempat berlindung! Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu. Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikan. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri, meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya....” (Al Qiamah: 7-15)
Tidakkah kita merasai sentuhan Al Quran. Inilah jawapan yang mendebarkan jiwa; Ketika manusia terbelalak, terkejut dan takut melihat dahsyatnya hari Qiamat. Tidakkah kita terbayangkan wajah-wajah yang ketakutan, setelah hidupnya melupakan hari kematian, dosa-dosa dipandang ringan kini mereka melihat alam yang dihancurkan. Gunung ganangnya seperti debu-debu yang berterbangan. Bulan mul terpadam cahayanya dan matahari dan bulan bertembung dan hancur. Tidakkan kita melihat wajah-wajah yang ketakutan itu mencari tempat perlindungan, bukan perlindungan dari gempitanya hari Qiamat tetapi lari dari dosa dan maksiat yang menjadi dara h daging mereka selama ini. Tidak kita merasa sayu dan pilu apabila Allah mengatakan “Tidak! Tidak ada tempat berlindung” tiada lagi tempat untuk kita lari dari azab Allah SWT, bahkan akan dikhabarkan seluruh kejahatan kita hinggakan tidak satupun yang kekal sebagai rahsia, segalanya akan dibongkarkan bahkan seluruh anggota kita akan menjadi saksi.
Begitulah hidupnya gambaran yang diberikan al Quran agar jiwa kita tersentuh. Akhir sekali dibulan Ramadhan ini, marilah kita menghayati satu lagi firman Allah SWT yang merupakan hadith Qudsi. Hayatilah dengan jiwa kita sambil kita menghitung nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung dan dosa dan keengkaran kita yang tidak terbilang. Semoga jiwa kita menjadi lunak dan bersedia untuk mendapat sentuhan Al Quran.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.
Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.
Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri.
Nasihat Ramadhan
Assalamualaikum buat semua....Alhamdulillah sempat juga saya melayari blog ini untuk berkongsi bersama teman-teman... Sedarilah akan kedatangan bulan yang penuh dengan rahmat ini. Jangan kita lepaskan peluang untuk mengecapi kurniaan Allah kepada kita dengan kedatangan bulan Ramadhan...
Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:
أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, amin, amin".
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 'Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.
Kemudian Jibril berkata lagi. 'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin’ ".
Kemudian Jibril berkata lagi.'Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin'." [Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]
Mudah2an TAQWA milik kite....Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua....
KEM MOTIVASI BELAJAR
Kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran bergantung kepada beberapa faktor. Salah satu faktor ialah motivasi. Motivasi dalam diri pelajar boleh terbina dengan adanya rangsangan-rangsangan luar yang diberikan. Justeru IP Enterprise (sebuah syarikat kepunyaan alumni Badan Dakwah SMA Pahang) dengan kerjasama Biro Dakwah Masjid An Najah Taman Temerloh Jaya telah mengadakan Kem Motivasi Belajar. Program yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar agar mereka mendapat kejayaan dalam apa-apa peperiksaan.Program ini telah diadakan bertujuan memberi semangat kepada pelajar serta mendedahkan kepada pelajar bahawa tuntutan berlajar merupakan satu perkara yang penting dalam Islam dan belajar merupakan satu ibadah.
Program ini telah berjalan dengan jayanya pada 15 Ogos 2009 (Sabtu) bermula jam 8 pagi hingga 4 petang bertempat di Masjid An-Najah, Taman Temerloh Jaya.

Telah disertai sekitar 20 - 25 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 - 5 sekolah-sekolah daerah Temerloh.

Antara pengisian yang diterapkan ialah motivasi belajar, Motivasu Kendiri serta Motivasi Ibadah. Selain itu, para pelajar juga diterapkan dengan aktivi bermodul yang bermotifkan mendidik diri agar lebih bermotivasi dan bersemangat sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal tiba ada bulan yang akan datang.
Semoga dengan adanya progrsm seperti ini dapat membantu para pelajar dalam usaha mencari kejayaan yang cemerlang dari segi akademik mahupun ibadah.
[ http://ipahangent.blogspot.com/2009/08/kem-motivasi-belajar.html ]
Ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna - Sempena Ramadhan (Siri 2)
Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas. Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:
1. Perbaikan Aqidah
Anda mendapati bahwa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahwa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, niscaya Anda mendapati bahwa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an.
Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah; “Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.” (Al-Baqarah: 21-22)
Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun, “Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.” (Al-Mukminun: 84-90)
Allah swt. juga berfirman di surat yang sama; “Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.” (Al-Mukminun: 101-103)
Allah swt. juga berfirman; “Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (Az-Zalzalah: 1-8)
Allah swt. berfirman; “Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.” (At-Takatsur: 1-4)
Wahai Akhi, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.
2. Pengaturan Ibadah
Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.” (Al-Baqarah: 43)
“…diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.” (Al-Baqarah: 183)
“…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.” (Nuh: 10)
Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.
3. Pengaturan Akhlak
Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt. “Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.” (Asy-Syams: 7-8)
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d:11)
“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Ar-Ra’d: 19-24)
Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras. “Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).” (Ar-Ra’d: 25)
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi” (Al-Baqarah: 219),
Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas “Seperempat Juz Khamr” dalam Al-Quran yang diawali dengan lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz saja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.
Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.
Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.
Ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Siri 1)

Petikan Ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna Sempena kedatangan Ramadhan Al-Muazzhom
Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik: Assalamua'laikum wa rahmatullah wa barakatuh...
Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.
Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.
Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.
Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.
Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya ; “Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ” (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)
Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.
Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini.
Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.
Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.“Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”
Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.
Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya, “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).” (Al-Baqarah:185)
Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (Al-Baqarah: 185)
Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut.
“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.” (Al-Baqarah: 185)
Kemudian, lihatlah wahai Akhi, kesan dari semua ini. “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah; 186)
Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda, “Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"
Wahai Akhi, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.
Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya. ” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.” (Al-Baqarah: 185)
Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.
..bersambung....















