Sunday, July 11, 2010

PERMAI : Memotivasikan peserta dengan acuan Al-Quran

Ustaz Zarimi dengan Ceramah Motivasi Al-Quran

JENGKA, 9 - 11 JULAI 2010 - Program MOTIVASI AL-QURAN anjuran Persatuan Alumni Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Negeri Pahang (PERMAI) dengan kerjasama PULAPA Jengka telah berjaya dilaksanakan.
Program selama 3 hari 2 malam ini telah disertai seramai 45 orang peserta di kalangan pelajar-
pelajar sekolah menengah sekitar Jengka, Temerloh dan Maran dan beberapa pelajar yang telah
mendaftarkan diri.
Program ini bertujuan mendekatkan peserta dengan Al-Quran yang merupakan rahmat, petunjuk, penyembuh serta penyelamat umat manusia sepanjang zaman. Juga menerapkan motivasi melalui pendekatan Al-Quran sesuai dengan mukjizatnya sebagai perlembagaan kehidupan manusia.
Sesi mesyuarat urusetia..

Program ini cukup sesuai dianjurkan ketika saat begitu ramai remaja-remaja Islam yang terjebak dengan masalah soial yang kian parah. Dengan bimbingan dari urusetia dan fasilitator yang mempunyai ilmu, pengalaman dan bakat dari kalangan graduan Universriti Al-Azhar jurusan Al-Quran & Qiraat, USIM, UIA, UPSI serta beberapa universiti yang lain.

Pembentangan slot SWOT analisis

Antara program yang dianjurkan ialah ceramah 'Motivasi Bimbingan Al-Quran', SWOT Analisis, LDK, Debat Ala Parlimen, Jungle Tracking, Flying Fok dan beberapa aktiviti yagn sesuai dengan matlamat yang ada di dalam Falsafah Pendidikan Islam sebagaimana yang telah di gazetkan oleh Kementerian pelajaran malaysia.
Ketika pengembaraan "Jungle Tracking"

Menurut Pengarah Program, Ustaz Tajuddin bin mohd Zin, beliau berpuas hati dengan pencapaian peserta dan komitmen yag diberikan dalam setiap slot yang dijalankan. Kami pihak urusetia telah merancang program ini begitu lama sejak 2 bulan yang lepas, telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk memastikan setiap slot yang dijalankan menepati dengan objektif yang ingin di capai.

Taklimat oleh pegawai PULAPA Jengka

Selain itu, kerjasama yang sangat baik dari pihak PULAPA Jengka dengan menjalankan slot Jungle Tracking dan Flying Fok dengan begitu baik sekali dan sentiasa mengawasi serta memastikan setiap peserta berada dalam keadaan selamat dalam slot tersebut.

Pihak PERMAi juga amat berpuas hati dengan keadaan tempat di PULAPA Jengka kerana keadaannya yang bersih, tenang amat sesuai untuk pengajuran program seperti ini. ini kerana PULAPA Jengka telah melaksanakan konsep "5S" sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.

"saya sangat bertuah kerana menyertai program ini. Program ini telah mendedahkan kepada saya rahsia-rahsia Al-Quran di samping tidak mengenepikan aspek jasmani dan mental yang perlu di jaga." kata seorang peserta dari salah sebuah sekolah di daerah Jengka.

0 comments: