Saturday, April 14, 2007

Perutusan Mursyidul Am IM

PERUTUSAN TERKINI USTAZ MUHAMMAD MAHDI AQIF

Khawathir Tarbawiyyah - Pandangan Tarbiyah

Anda sudah sedia maklum mengenai realiti umat sekarang terutamanya apa yang sedang berlaku kini di Iraq, Palestin dan negara-negara umat Islam yang lain. Semua orang kini tidak bergantung kecuali kepada Ikhwan Muslimin. Dan kita berharap kepada Allah SWT agar persepsi ini terus berterusan. Oleh kerana itu, kita perlu membuat kajian tentang apakah yang perlu kita lakukan sekarang. Tanggungjawab kita ialah setiap akh perlu memikirkan, apakah yang ia telah lakukan untuk Dinul Islam ini. Antara perkara yang perlu kita lakukan ialah:

1. Kita mesti mendidik diri kita sendiri mengikut acuan agama ini yang menepati setiap sudut tasawwur Islam. Jangan takut celaan orang yang mencela. Ini disebabkan kita memikul satu risalah yang sedang mencabar tamadun-tamadun lain.

2. Kita mesti berusaha untuk menjaga tabiat jamaah ini dengan sistem, nilai, akhlak dan struktur jamaah itu sendiri. Kita mesti berusaha sehingga ia menjadi satu binaan yang sangat kukuh.

3. Berikan penekanan kepada soal tarbiyah amaliah (praktikal), hidup bersamanya (mu'ayashah) serta sentiasa mutaba'ah (followup) ahli dalam saf mengikut manhaj-manhaj yang difahami ikhwan.

4. Kita sedang menanggung tanggungjawab dan bebanan yang besar dalam merealisasikan kerja-kerja islah seperti yang kita harapkan (melalui 7 marahil amal). Oleh kerana itu, ia menuntut kita untuk berfikiran positif (ijabiyah) dan menggandakan aktiviti. Jangan ada dikalangan kita akh yang hanya menunggu-nunggu arahan dan taklimat (tanpa berbuat apa-apa). Bahkan setiap daripada kita wajib menyoal diri sendiri, apakah sumbangan yang telah diberikannya kepada Dinul Islam ini.

5. Kita mesti mengambil faedah dan peluang daripada alat-alat sebaran seperti internet untuk menyebarkan dakwah ini. Kita gunakan ia untuk menyatakan pandangan dan pendirian jemaah tentang isu-isu yang berlaku dalam dunia ini.

0 comments: