Saturday, November 05, 2011

Salam Aidiladha

Selamat Aidiladha kepada semua, khususnya yang beragama Islam.

Sempena dengan hari mulia ini, umat Islam akan menunaikan ibadah korban.

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya.


Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS yang diperintah Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.

0 comments: