Assalamualaikum semua,... alhamdulillah 4 tahun yang lepas Allah telah izinkan saya dan teman2 yang lain menunaikan ibadah haji. Ketika itu saya masih lagi menuntut di tahun 3 Maahad Qiraat Al-Azhar shubra.....
(http://syababghardhuffaz.blogspot.com/2009/11/perjalanan-menuju-allah-haji-1428h.html#comments)
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tidak terhingga, Selawat salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Berkat doa sekian lama, dapat juga akhirnya menjejakkan kaki ke tanah haram untuk menunaikan haji.
2 & 3 Disember 2007 – Kursus Haji bersama Al-Fadhil Ustaz Aidil anjuran PMRAM di
Asrama Darul Aman
5 Disember - Sekitar jam 7.30 pagi kami bertolak dari Hayyu Sabie’ ke Suez
- Sekitar jam 2 petang kami masuk ke dalam perut kapal DAHAB
8 Disember - 3.30 pagi selamat tiba di rumah sewa di Makkah al-Mukarramah
- Bersiap dan bersegera menuju ke Masjidil Haram untuk menunuaikan
umrah. Semua Jemaah Haji PMRAM menunaikan Haji Tamattu’.
9 – 15 Disember - Peluang yang ada di manfaatkan sebaiknya… Dalam tempoh yang ada ini kami tidak melepaskan peluang untuk memperbanyakkan menunaikan umrah. Di samping itu, masa-masa yang ada juga dimanfaatkan dengan beriktikaf di dalam Masjidil Haram membaca Al-Quran dan
“Berjalan bermusafirlah, melihat keagungan Allah, Beerjalan mncarilah, rahsia ciptaan Allah.. Selamat menunaikan ibadah haji…”
16 Disember - Sekitar jam 11.30 malam kami bersiap sedia dan memakai ihram dengan niat untuk menunaikan haji. Kami bertolak menuju ke Mina sekitar jam 3.45 pagi dari pejabat muassasah yang menguruskan urusan haji kami.
17 Disember / 8 Zulhijjah - Sebelum Subuh kami tiba di Mina. Tidak semua dari jemaah haji menuju ke Mina pada hari ini, tetapi Alhamdulillah kami di beri kesempatan untuk ke Mina pada hari Tarwiah - 8 Zulhijjah sunat berada di Mina sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
“Ya Allah, aku mohon padaMu, janganlaah Kau jauhkan aku dari rahmatMu, Kau redhailah aku dari mula aku dicipta & dilahirkan di dunia ini, redhailh aku sehingga aku bertemu denganMu.. Ya Allah, redhailh aku..redhailah hambaMu ini ya Allah….”
18 Disember / 9 Zulhijjah – Hari Arafah. Kami bertolak dari Mina sekitar jam 8.30 pagi menuju ke Arafah. Wuquf di Arafah adalah kemuncak bagi ibadah haji. Nabi SAW ada bersabda : “الحج عرفة”. Khemah kami terlalu jauh dari Jabal Rahmah dan Masjid Namirah. Kami tidak berkesempatan untuk mendengar khutbah dari Masjid Namirah
Nabi juga ada menyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Tidak terlihat syaitan pada hari yang ia merasa lebih kerdil, lebih terusir, lebih hina dan lebih marah ketimbang hari Arafah, hal itu tidak di karenakan pada hari ini ia melihat turunnya rahmat Allah dan terhapusnya dosa-dosa manusia.” HR Malik.
Selepas masuk waktu Maghrib kami mula bergerak menuju ke Muzdalifah. Alhamdulillah perjalanan yang tidak terlalu sesak menyebabkan kami sampai lebiah awal di
19 Disember / 10 Zulhijjah – Jam 7.30 pagi kami bertolak menuju ke Mina. Kami tiba di Mina sekitar jam 10.45 pagi dan terus bersiap untuk menuju ke Jamaraat bagi menunaikan Wajib haji yang ke 4 iaitu melontar Jamratul Aqabah. Setelah selesai kami pun bertahallul.
Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh sebahagian daripada kami. Aku adalah di antara mereka yang sesat itu… Kami sesat apabila pulang dari Jamtarul Aqabah. Khemah yang di cari tidak dijumpai. Letih bukan kepalang. Banyak khemah yang kami tempuhi antaranya kawasan khemah jemaah haji India, Iran,
20 – 22 Disember / 11, 12 13 Zulhijjah - Melontar ketiga-tiga Jamarat pada hari-hari Tasyriq. Waktu terluang yang ada kami gunakan kesempatan untuk bermunaqasyah.
22 Disember / 13 Zulhijjah –Setelah melontar ketiga-tiga Jamarat selepas Zohor, kami mencari kenderaan untuk pulang ke Makkah. Kami tiba di rumah sewa sekitar jam 4.30 petang…. Alhamdulillah selesai manasik haji….
"Alhamdulillah, selesai sudah manasik haji..semoga Allah menerimanya..hajjan mabrura wasa'yan masykura wazanban maghfura wa amalan solihan maqbula..amin.."
23 Disember – Kami mengambil peluang untuk berehat. Kami hanya berulang alik ke Masjidil Haram dan beriktikaf.
24 Disember – Jumpa Ust Syarif – Mutawwif Felda Travel Sdn Bhd. Menggunakan perkhidmatan beliau untuk mengepos Air Zam-Zam dan Kurma ke rumah di Malaysia.
25 Disember - Kami hanya berulang alik ke Masjidil Haram dan beriktikaf. Di samping membeli belah di sekitar Masjidil Haram.
26 Disember – Jumpa sahabat lama – Sek. Men. (A) Darun Naim. Mohd Ali Dasir.
- Perjumpaan pelajar Yayasan Pahang yang menunaikan haji bersama Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato’ Saariah.
27 – 29 Disember - Dalam tempoh yang ada ini kami tidak melepaskan peluang untuk menunaikan umrah. Kesempatan yang ada juga kami menunaikan umrah badal waris-waris yang telah kembali ke rahmatullah.
30 Disember - Ziarah tempat-tempat bersejarah sekitar Makkah. Antara tempat-tempat yang sempat diziarahi ialah Jabal Thur (tidak mendaki), Arafah- Jabal Rahmah, lalu di tempat-tempat manasik haji, Masjid Ja’ranah, Jabal Nur – Gua Hira’ (tidak mendaki).
31 Disember – Awal pagi aku dan Fikri keluar dari rumah sewa dan menuju ke Jabal Nur. Alhamdulillah berjaya mendaki Jabal Nur dan berkesempatan masuk ke dalam Gua Hira’ walaupun terpaksa bersesak dengan jemaah yang lain. Gua Hira’ merupakan tempat Nabi SAW berkhalwah dan bertahannus dan di sini juga baginda menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril – Surah Al’Alaq : 1 – 5.
1 Januari 2008 - Awal pagi aku dan Fikri keluar dari rumah sewa dan menuju ke Jabal Thur. Alhamdulillah berjaya mendaki Jabal Thur dan berkesempatan masuk ke dalam Gua Thur walaupun terpaksa bersesak dengan jemaah yang lain. Gua Thur merupakan temat persembunyian Nabi SAW bersama Sahabat Saidina Abu Bakar r.a sebelum meneruskan perjalan menuju ke Madinah dalam peristiwa Hijrah.
2 Januari - Ziarah kubur di perburan Ma’la. Sempat masuk dan ziarah maqam Saidatina Khadijah r.ha.
3 Januari - Berkesempatan menunaikan solat sunat di dalam Hijr Ismail.
5 Januari - Tawaf Wida’ dan bersiap untuk meninggalkan Makkah. Jam 2.15 kami mula bergerak menuju ke Madinah dengan menaiki bas yang telah diuruskan oleh muassasah.
"Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik"
6 Januari - 12.30 pagi selamat tiba di Madinah. Kami menginap di Hotel Afrah berhampiran dengan Masjid Abu Dzar. Pada paginya kami bersiap dan menuju ke Masjid Nabawi dan terus ke Bab Salam untuk menzirahi maqam Rasulullah SAW yang tercinta serta maqam Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra. Kemudian terus keluar melalui Bab Baqi’ dan menuju ke Perkuburan Baqi’. Pintunya di tutup. Pada petangnya kami beriktikaf di dalam Masjid nabawi dan Alhamdulillah berkesempatan untuk masuk ke kawasan Raudhah. Rasulullah SAW bersabda “ما بين بيتي ومنبري روضة من رياض الجنة”.
Malamnya berkesempatan berjumpa dengan Mohd Asshik, pelajar Universiti Madinah. Berkesempatan tidur di Universiti Islamiyah, Madinah.
7 Januari
- Ziarah tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah Al-Munawwarah. Antara tempat yang kami ziarahi ialah Masjid Quba’, kawasan magnet di Baydha’, Jabal Uhud dan ziarah Syuhada Uhud, Kompleks Pusat Percetakan Al-Quran, hanya lalu di Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh (kawasan Peperangan Khandak). Pada petangnya kami berkesempatan membeli kurma di Suuq Tamar .
Selepas Isyak kami mula mengemas dan bersiap untuk berangkat meninggalkan Madinah al-Munawwarah menuju ke Jeddah. Kira-kira jam 12.30 pagi kami bertolak.
8 Januari - Selamat tiba di Madinah Hujjaj, Jeddah. Satu hari satu malam kami berada di sini.
9 Januari - 4.30 petang kami mula bergerak menuju ke Pelabuhan Jeddah dan setelah selesai urusan di Imigresen, kami terus menaiki kapal. Sekitar jam 2 pagi kapal mula bergerak menuju ke
12 Januari - Jam 3 pagi kami Selamat tiba di pelabuhan
“Semoga perjalanan ini diberkati & titipkanlah perjalanan ini sebagai satu titik hijrah dalam diri….”
0 comments:
Post a Comment