Jam di Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam terbesar didunia sehingga menyempurnakan maksud hadis ” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ” lihatlah bagaimana pentadbiran Allah SWT dalam menyempurnakan maksud hadis Rasulullah SAW seperti dalam Video yang dipaparkan.Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.


www.gigitankerengga.blogspot.com













0 comments:
Post a Comment