Thursday, March 17, 2011

Lindungi (dan cipta) kekayaan anda dengan insuran

Lindungi (dan cipta) kekayaan anda dengan insuran

Bagaimana? Itu mungkin soalan yang terterjah di pemikiran kita. Sebenarnya jawapannya sangat mudah. Mudah itu bersyarat, iaitu memahami asas dan kepentingan insuran.

Kehidupan sehari-hari terdedah dengan pelbagai risiko. Tidak kiralah risiko kehilangan harta benda, kecederaan dan mungkin jua kematian. Kita tidak mampu menentukan itu semua kerana ia adalah bukan kemampuan akal, tetapi kita sebenarnya boleh bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Contoh yang mudah, apabila sebuah rumah tidak dikunci, maka peluang dan ruang bagi seorang pencuri untuk melaksakan tugasnya adalah mudah. Tetapi seandainya kita mengunci dengan mangga ‘solex’, memasang ‘grill’, siap dengan CCTV (yang tinggi kualiti), maka pencuri mungkin berfikir banyak kali untuk mencuri. Mungkin kita kata, ‘alah, kalau dia nak curi jugak, buatlah macamanapun, tetap akan dicuri’. Namun, disini ada perbezaan. Jika dibiar, mungkin hanya beberapa minit sahaja barang kita hilang. Tetapi bagi kes kedua, pencuri mungkin terpaksa memerah otak untuk melakar strategi, lalu terpaksa mengambil tempoh yang lama berbanding yang pertama. Kalau menikut teori perniagaan, sudah pasti ‘turnover’ bagi pencuri tersebut adalah tidak efektif dan pasti ‘Return on Invesment’ adalah rendah.

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah SAW bersama Rasulullah bermusafir, lalu apabila tiba di satu tempat, lelaki ini ‘parking’ untanya disebuah tempat tanpa mengikatnya. Rasulullah SAW bertanya tentang perbuatannya itu. Lelaki ini menjawab dengan ‘tawakkal kepada Allah’. Lalu Rasulullah SAW menyatakan ‘Ikat dulu untamu, kemudian barulah bertawakkal’

Risiko dalam kehidupan adalah perkara yang tidak boleh dielak, kerana masa depan tidak kita ketahui. Lalu, risiko ini boleh dipindahkan, dikongsi, dielak dan boleh dibuang. Ia bergantung kepada keadaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN >> http://syababghardhuffaz.blogspot.com/2009/12/perlindungan-kesihatan-takaful.html


Insuran adalah salah satu dari kaedah berkongsi risiko. Dahulu, elemen insuran ini adalah bersifat tanggungjawab sosial, tetapi kini ia telah menjadi satu institusi kewangan yang penting di dunia. Secara spesifik, ia adalah elemen dari perlindungan kepada kerugian kewangan atau ‘financial loss’.

Kita memiliki sebuah kereta. Amat jarang sekali seseorang membeli kereta secara cash. (Ada yang beli cash dengan pinjaman peribadi! - walaupun ia tindakan yang sangat tidak bijak). Biasanya ‘geran’ kereta itu akan dimiliki oleh ‘bank’ pembiaya. Antara syarat memperbaharui cukai jalan adalah insuran mesti ‘dibeli’ terlebih dahulu. Seandainya berlaku kemalangan, biasanya hutang di bank masih berbaki. Jika kenderaan itu ‘total loss’, hutang kepada bank masih perlu dijelaskan. Siapa akan menanggung? Pihak insuran biasanya akan memberi pampasan kepada pemilik tetapi ia bergantung kepada kadar 80-90% dari ‘jumlah yang diinsurankan’. Jika hutang kereta berbaki 4 tahun dengan jumlah pembiayaan berbaki RM20000, tetapi jumlah yang diinsurankan hanya RM10000 (minimum), kita hanya mendapat sekitar RM8000 (itupun biasanya lewat) dan terpaksa lagi menanggung RM12000. (itupun jika first party)

Oleh itu, jangan kita terlalu berkira dengan jumlah yang diinsurankan kerana ia melibatkan risiko yang tinggi apabila berlaku kejadian yang tidak diingini. Ada dikalangan kita menyatakan ‘kita ambik insuran yang minimum sahaja, third party pun tak pa’. Akibatnya, simpanan (kekayaan) kita terpaksa digadaikan untuk proses pembaikan atau membayar baki pinjaman atau membeli kenderaan baru!

Itu belum dikira dengan risiko kemalangan diri dan rawatan perubatan. Ramai dikalangan kita penjawat awam yang menyatakan, ‘saya ada hospital kerajaan untuk membiaya rawatan perubatan’. Tidaklah menjadi satu kesalahan kerana ia adalah manfaat perkhidmatan awam kepada kita. Namun, sebagai penjawat awam yang berdedikasi, kita perlu tahu tidak semua perkhidmatan kesihatan percuma diberi kerajaan. Contoh, anda kemalangan dan patah kaki. Jika doktor menyatakan perlu pembedahan untuk memasukkan ‘besi’ di kaki, harus diingat ‘besi’ itu perlu dibayar sendiri oleh pesakit, bukan kerajaan!. Siapa akan membayarkan? Simpanan (kekayaan) anda!

Dengan insuran kesihatan, anda mungkin mendapat manfaat yang lebih kerana ia ditanggung oleh insurer, ditambah lagi dengan rawatan perubatan di hospital swasta yang lebih pantas dan cekap. Duit ‘besi’ itu insurer yang bayarkan.

‘Alah, sama je. Kita bayar bulan-bulan tu untuk bayar rawatan tu lah’. Memang benar, dengan caruman itu, kita akan berkongsi risiko dengan pihak insurer. Adakah ia salah? Jika Rasulullah SAW mengarahkan mengikat dengan tali unta itu bagi mengurangkan risiko dicuri, harus diingat tali itu perlu dibeli dan menggunakan kos. Ini bermakna, untuk menngurangkan risiko, mesti ada kosnya. Hendak melindungi dan mengurangkan risiko kecurian rumah, maka manga perlu dibeli, grill perlu dibayar dan khidmat CCTV memerlukan kos juga!

Dengan inovasi industry insuran hari ini, sebenarnya produk seperti perlindungan dan pelaburan adalah kaedah untuk kita meningkatkan kekayaan di masa hadapan. Andainya kita membayar RM200 sebulan untuk perlindungan kesihatan, pada sesuatu tempoh matang, kita akan mendapat kembali caruman kita dengan penuh malah memperoleh dividen dan keuntungan yang tinggi. Malah, jika ditinjau pasaran industri insuran hari ini, keuntungannya jauh lebih tinggi dari ASB yang kita carum tiap-tiap bulan itu. Rata-rata merekodkan dividen dan nilai tunai mencecah dua angka.

Insuran bukan sahaja melindungi kekayaan, malah mencipta kekayaan! (Bagi umat Islam, insuran Islam atau takaful adalah pilihan terbaik).

BACA ARTIKEL BERKAITAN : http://syababghardhuffaz.blogspot.com/2009/12/perlindungan-kesihatan-takaful.html

Artikel di copy dari FB Azrul Azlan (SUMBER)

JOM SERTAI ETIQA TAKAFUL - HUBUNGI AGEN ANDA SEKARANG !!!

0199610849 - Mohd Zarimi Abu Zih.

0 comments: