banyak kali format lap top, tapi x tau cara nak save bookmark kat fire fox. ini dia cara-cara nak simpan Bookmarks dalam Firefox. Tujuan save sebab nak simpan Bookmarks ini adalah supaya ia dapat dimasukkan kembali ke dalam Firefox setelah komputer diformatkan.
Di sini di terangkan cara-cara nak menyimpan Bookmarks dari Firefox, dan juga Opera:
Bagaimana Nak Save Bookmarks Dalam Firefox
- Pada menu utama Firefox, klik pada Bookmarks > Organize Bookmarks
- Bookmarks Manager akan dipaparkan. Di sini anda dapat melihat segala Bookmarks dalam Firefox anda. Untuk save Bookmarks, klik pada menu File > Export
- Taipkan nama bagi Bookmarks anda, dan klik butang Save. Siap ^^
Jadi, bagaimana pula anda hendak masukkan semula Bookmarks itu sekiranya komputer telah diformat? Caranya sama sahaja seperti di atas, cuma anda perlu klik File > Import pada Bookmarks Manager dan pilih fail Bookmarks yang anda telah simpan tadi.
Bagaimana Nak Save Bookmarks Dalam Opera
- Cara nak save Bookmarks dalam Opera adalah jauh lebih mudah. Klik pada menu File > Import and export dan anda akan diberikan pilihan untuk Save ataupun masukkan kembali Bookmarks anda.
Dengan langkah-langkah di atas ini, anda boleh save Bookmarks anda dan bawa ia ke mana sahaja. Bookmarks dalam Firefox juga boleh dimasukkan ke dalam Opera, dan sebaliknya. Selamat mencuba ^^
1 comments:
I'm truly enjoying the design and layout of your blog. It's a
very easy on the eyes which makes it much more enjoyable
for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer to
create your theme? Excellent work!
Feel free to surf to my blog - Recommended Site
Post a Comment