Monday, January 03, 2011

Cara Nak Save Bookmarks Dalam Firefox dan Opera

banyak kali format lap top, tapi x tau cara nak save bookmark kat fire fox. ini dia cara-cara nak simpan Bookmarks dalam Firefox. Tujuan save sebab nak simpan Bookmarks ini adalah supaya ia dapat dimasukkan kembali ke dalam Firefox setelah komputer diformatkan.

Di sini di terangkan cara-cara nak menyimpan Bookmarks dari Firefox, dan juga Opera:

Bagaimana Nak Save Bookmarks Dalam Firefox

  • Pada menu utama Firefox, klik pada Bookmarks > Organize Bookmarks
  • ff-bookmarks-01
  • Bookmarks Manager akan dipaparkan. Di sini anda dapat melihat segala Bookmarks dalam Firefox anda. Untuk save Bookmarks, klik pada menu File > Export
  • ff-bookmarks-02
  • Taipkan nama bagi Bookmarks anda, dan klik butang Save. Siap ^^

Jadi, bagaimana pula anda hendak masukkan semula Bookmarks itu sekiranya komputer telah diformat? Caranya sama sahaja seperti di atas, cuma anda perlu klik File > Import pada Bookmarks Manager dan pilih fail Bookmarks yang anda telah simpan tadi.

Bagaimana Nak Save Bookmarks Dalam Opera

  • Cara nak save Bookmarks dalam Opera adalah jauh lebih mudah. Klik pada menu File > Import and export dan anda akan diberikan pilihan untuk Save ataupun masukkan kembali Bookmarks anda.
  • op-bookmarks-01

Dengan langkah-langkah di atas ini, anda boleh save Bookmarks anda dan bawa ia ke mana sahaja. Bookmarks dalam Firefox juga boleh dimasukkan ke dalam Opera, dan sebaliknya. Selamat mencuba ^^

1 comments:

Anonymous said...

I'm truly enjoying the design and layout of your blog. It's a
very easy on the eyes which makes it much more enjoyable
for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer to
create your theme? Excellent work!

Feel free to surf to my blog - Recommended Site