Selamat Datang Anak-Anak Luar Nikah Dari Mesir
Setelah lama tidak menulis, saya ingin mengucapkan: Ahlan Wasahlan.
Ahlan Wasahlan buat kalian yang bakal hadir kalau masalah gejala couple yang makin menakutkan di Mesir terus dipandang sepi.
Ahlan Wasahlan buat anak-anak gampang yang tidak berdosa kiranya pihak-pihak agen yang mengaut teman-teman pelajar dari Malaysia terus membutakan mata daripada keruntuhan akhlak yang berlaku di hadapan mata kepala mereka.
Welcome buat anak-anak yang bakal lahir kiranya seluruh pihak terus tidak mengambil perduli dengan hubungan lelaki dan wanita yang tidak dibatasi Syarak.
Welcome untuk bakal anak-anak itu kiranya kita yang mengetahui kesedudukan antara pria dan dara yang tengah mengelamun cinta gila tanpa takutkan murka Allah terus membiarkan mereka gila dirasuk syaitan yang sedang ketawa.
Ya. Seakan kita semua di Mesir sedang berlatih untuk mengucapkan ucapan selamat datang itu.
Sabtu lepas, saya hampir gila dalam mesyuarat Hisbah PMRAM Pusat apabila mendengar laporan hisbah setiap peringkat bermula sekitar jam 2 petang hingga 4 petang yang rata-ratanya melaporkan berita mual gelagat mahasiswa Islam Malaysia yang menuntut ilmu di Mesir. “Pelajar perubatan lelaki perempuan berdua-duaan di dalam bilik”, “Pelajar perempuan itu berpakaian menunjukkan lurahnya”, “Pelajar itu dan kekasihnya memasuki kelab malam”, “Pelajar lelaki itu di rumahnya ada pakaian wanita”, “Pelajar itu di rumahnya ada arak” dan ……………………………
Gila. Memang gila. Mana boleh kita biarkan maksiat demi maksiat terus melampau-lampau berlaku di Mesir.
“Woi bodoh! Kau nak tuduh budak-budak yang dating dan lepas satu rumah tu berzina ke? Mana saksi kau?!!”.
Saya jawab: Aku tak kata diorang berzina, tapi kalau kita masih selamba biarkan tindakan berpeleseran jantan betina tanpa dibatasi syarak itu terus berlaku tanpa sekatan, tindakan dari semua pihak, maka kita sebenarnya sedang menanti keputusan yang sama.
Semua pihak mesti bertanggungjawab. Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, agen-agen yang mengadakan program pengajian perubatan di Mesir, Hisbah PMRAM Pusat beserta hisbah-hisbah di setiap cawangan mesti buat satu tindakan segera sebelum semuanya terlambat.
Kalau budak buat maksiat tak rasa malu bahkan rasa berani untuk tekan budak-budak yang nak menegur, budak-budak hisbah PMRAM tak boleh rasa takut untuk membantu budak-budak ini agar kembali mentaati Allah yang Maha Perkasa.
14 comments:
-
salam..
astaghfirullah..terkejut sy dengar berita ini..
kebnyakan kita terlepas pandang hal ini kerana rata2 daripada kita menggannggap mesir adalah zon selesa, zon selamat,biah solehah mustahil benda2 sepetri ini berlaku , lainlah kalo blaja di europe..tapi sedarlah, selagi dunia tak kiamat, selagi itulah syaitan akan terus menhgasut manusia ke arah kejahatan..tak kiralah di mana kita berada..
Jauhilah couple, kerana ia permulaan atau pencetus kepada zina..
dunia dah nak kiamat.. semua ikut telunjuk nafsu ngan syaitan..
Moga Allah tetapkan iman kita semua dan jauhkan kita daripada maksiat.. moga kita dalam hidayat Allah sentiasa..
Salam..
P/S: teruskan usaha membasmi maksiat.. tahniah kepada HISBAH PMARAM -
salam ust,
saya cuba buat carian tentang blog2 pelajar malaysia yg belajar di mesir sekarang. malang sekali apabila didapati ada blog dipenuhi gambar n aktiviti mereka dipenuhi dengan aktiviti yg kurang berfedah seperti ke kaw2 hiburan, taman2 permainan2 dlln. pada hemat saya pun ia sudah menggambarkan sebahagian kecil sahaja dari " sisi gelap" pelajar di sana. Apatah lagi jika diselidiki dgn lebuh terperinci. Bukankah kata orang " mesir semua ada, baik ada jahat pun ada ". Alangkah baiknya kalau mereka ke sana mendapat kebaikan dan alangkah jahatnya kalau mereka ke sana mendapat mendapat kejahatan.
Ustaz, itulah produk pendidikan malaysia yg di hantar ke mesir bukan dengan niat untuk mendapat keberkatan ilmu Allah.
Nilai keimanan yang teguh sangat mahal sekarang ust. ustaz dn sahabat2 yg membuat kerja agama ini akan tahu ertinya "agama seperti menggenggam bara api" dan bara apai ini lebih panas di malaysia. kadang2 kat mesir pun panas juga.
Agama ialah ketenangan. kita akan rasa tenang, aman, damai dan selesa jika tiada perkara yg mendatangkan murka Allah. tetapi kita akan sesak nafas, pening kepala, jantung berdegup laju, suhu badan tinggi, keadaan badan tidak stabil jika kita bertemu dengan maksiat Allah. Bukan begitu ust? Bukankah Imam Nawawi membawa hadis yg lebih kurang begitu maksudnya dlm hadis 40.
Ust dan sahabat2, buatlah kerja agama kerana ia bukan hanya sekadar pada sijil, ijazah dlln, tetapi ia adalah kerja kehidupan yang kita berada sekarang. Gila ust akan mendapat pahala drp tidak gila org yg membuat maksiat.
pesanan saya ust tarik nafas dalam2, lepas dan banyakkan beristighfar krn apa yg akan ust tempuhi selepas ini adalah lebih dashyat.
Siru Ala Barakatillah.
( terkenang bersama ust bermuzakarah kitab Qawaid Fiqhiyyah karangan Syeikh Dr Bakar Ismail di musolla rumah pahang selepas subuh 2003 ) -
Begitulah keadaannya tak kira dimana sahaja apabila hati manusia tidak lagi mempunyai perasaan takut terhadap Tuhannya.
Perkara seperti ini semakin berleluasa apatah lagi sewaktu masyarakat dunia memandangnya sebagai suatu yang biasa dan tidak mendatangkan dosa. -
Sohih ke ni? Atau hanya gimik pihak PMRAM jer.?Dulu kecoh pelajar malaysia kena ROGOL dengan pak arab..Masih ingat lagi masa muktamar PMRAM tahun 2007. Salah seorang perwakilan daripada BKAN Kelantan menggemparkan suasana Muktamar PMRAM,dengan mengatakan bahawa ada akhwat kita (mahasiswi Malaysia) yang di ROGOL. Menurut perwakilan itu lagi, akhwat yang di ROGOL itu sampai dijahit 'kemaluannya' dengan beberapa jahitan (lebih dari tiga jahitan)..Tapi bila disediliki..Tidak ada khabar ianya berlaku..sekiranya ada, mengapakah pihak PMRAM mendiamkan diri?Kenapa pihak JPMK dan pihak kedutaan Malaysia tidak dimaklumkan hal yang begitu serius ini?..Sekiranya ada pelajar kita yang di ROGOL, minta pihak PMRAM datangkan bukti..Rasanya sudah beberapa tahun isu ini diperkatakan..Tetapi sampai saat ini, pihak PMRAM tidak dapat membuktikan kebenaran fakta isu yang diperkatakan dalam Muktamar Tahunan PMRAM tersebut...Dan kini, sekali lagi, PMRAM cuba membangkitkan isu yang agak serupa..Kalau betul seperti yang didakwa..Saya CABAR PIHAK PMRAM datangkan BUKTI...sekian..Wassalam..
-
assalamualaikum..
Nampaknya budaya ini semakin membarah disini. Apa tugas kita, tugas hisbah dan PMRAM?
Asasnya sekarang, adalah keruntuhan Iman dan taqwa dihati para pelajar kita. Kita perlu membawa mereka kembali kepada takutkan Allah bukan takut kepada HISBAH atau PMRAM atau JPMK atau Kedutaan. Tapi takut dan iman kepada ALLAH. Sekarang kita lihat para pelajar al-azhar lelaki atau perempuan mmg cukup tidak menjaga pemakanan. Minum air coca-cola, schweppes, molto, brg yg perlu diboikot yg telah pasti ada yg haram didalamnya. Tetapi ramai dikalangan kita yg tidak mengindahkannya. Bahkan ramai juga para pimpinan kita. Tahukah kita, rakyat dibarat telah ramai yg meninggalkan coca-cola, dan segala bentuk makanan yg ditaja oleh syarikat YAHUDI. Tapi pelajar2 al-azhar mesir masih memandang enteng perkara ini.
Unsur makanan yg bercampur BABI adalah penggiat utama kepada unsur sosial yg semakin membarah ini. INgat ekonomi Ummat Islam amat rendah. Ekonomi yg dikuasai kuffar pasti beragenda meruntuhkan Islam. Mana mungkin air tangan yg sentiasa membunuh dan menghancurkan Ummat akan memberikan makanan yg baik2 kepada Ummat Islam.
Ambillah sensitivi yg kuat untuk ini. Berhenti lah minum dan makan yg Haram dan Syubhah. Hati yg gelap tidak akan mungkin mudah menerima cahaya petunjuk.
Seiring usaha dakwah yg tidak boleh berhenti. Jangan hanya sibuk bersufi, jangan hanya sibuk berbola, tapi kita pencilkan tafaqquh fiddin yg boleh dibilang dengan jari pelaksanaannya.
Bila ramai yg keluar tafaqquh ada pula suara2 dr kita yg bimbang tidak akan ada yang ambil cakna ttg persatuan. Timbul dilemma dihati banyak sahabat kita. Dimana pokok asalnya. Besama bincangkan. Keruntuhan akhlak masyarakat kadangkala berpunca dari keruntuhan akhlak para pemimpin juga. Sama- sama bermuhasabah. Jangan hanya PROSMA yg bermatian melawan dan memboikot yahudi. Sedang yang lain masih berseronok dengannya.
Kembalikan kesedaran kepada iman dan taqwa kepada ALLAH. Barulah masalah ini akan ada penyelesaiannya. -
Salam.. Siapa nak bukti isu maksiat di bumi Mesir di kalangan Melayu. Sila klik http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/siapa-nak-bukti-isu-maksiat-di-bumi.html
-
assalamualaikum..ana sebagai pelajar perubatan juga turut terkesan dengan masalah ni..kadang2 malu juga nak mengaku ana ni student perubatan..xsangka la ada pelajar perubatan cam ni..alhamdulillah, ana msih dapat menjaga diri ana ni..duk BKAN Perak ni selamat walaupun orang asyik kata syadid tapi kesyadidan tu ana rasa amat bagus untuk menjaga diri ana dan sahabat2 lain..
-
YE...SY SALAH SEORG PERUBATAN MANSURAH..BOLEH DTG SNI LIHAT SAKSIKAN MAKSIAT BERLELUASA..COUPLE,ARAK,SABAN TAHUN..HARAP SGT PHAK JPMK DTG TRUN SNDRI SAKSIKN ANK MSIA DSNI ATAU HNTAR BALIK SHJ MEREKA.HISBAH SNTSA BENTERas MAKSIAT WPUN HISBAH DISNI DICERCA.
-
salam
hakikat ni perlu kite terima bersama..
first sekali kite perlu rse diri kite y melakukan.. akan tetapi tidak..
moga² org y membaca artikel terbaru ust dpt bersama² u membanteras gejala ini..
sye harap ia tidak berleluasa.. -
jom kita pakat-pakat tolong hisbah..
"MAJULAh HISBAH UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA" -
sama2 banteras maksiat...
-
PMRAM - Unit Hisbah
PERUBATAN - JAKSI
Bukan PERUBATAN dan PMRAM - ???
-In case klu nk letakkan tanggungjawab mencegah kpd persatuan shj-
Pada malam majlis penutup Cairo Sport's Day anjuran PERUBATAN, Prof Madya Dr Jamil, pengarah JPMK juga ada menyebut masalah sosial yg berlaku ini. Bahkan beliau sendiri menyebut kewujudan pelajar perempuan dan lelaki tinggal serumah, strsnya menyeru ke arah membanteras gejala ini.
So, klu pihak MSD sendiri dah akui perkara ni mmg terjadi, serta disebut di tempat umum, bolehlah kiranya mereka yg masih dahagakan bukti ke Pejabat Kedutaan, dapatkan data dan setelah yakin serta percaya, iringi dgn tindakan.
Baru2 ni heboh juga satu lg berita yg membabitkan maruah seorang akhawat perubatan. W/pun tdk mustahil bg saya utk mencari siapakah mangsa, takkan nk geledah benda yg orang rahsiakan? Semua ada aib masing2, letakkan diri di tempat mangsa.
Takkanlah bila orang tgh bubuh tepung kat ayam kita masih nk pertikai adakah di sana kemungkinan besar utk ayam itu digoreng? -
salam ustaz.....
baru-baru ni saya turun ke mansurah menemani pegawai melaka melawat pelajar perubatan melaka yang di masukkan ke hospital......mula-mula saya terkejut kedatangan kami di sambut dengan pelajar yang duduk berbual di hadapan asrama mereka....kalau lelaki jer x per laaa ni lelaki dan perempuan.... macam takda apa-apa......hilang rasa segan dan silu....walhal yang datang ni pegawai dari rumah negeri.....ish x tau lah aper dah terjadi.....ada saya tanya adik medic di sana mereka kater setakat keluar pergi makan kfc pukul 1 pagi tu biasa....pening saya dengar....doakan mereka mendapat petunjuk ke jalan yang benar....yang bercakap bukan baik sangat tapi terpanggil tu menyentuh..... -
erm. saya bersetuju dgn apa yang berlaku di mesir.
cuma, ustaz.
saya secara peribadi, tak dapat terima cara marah-marah dan tembak-menembak apatah lagi memalukan mereka.
sebab bagi saya, ia akan menjauhkan jurang antara kita dan mereka. kalau mereka meninggalkan maksiat pon, mungkin hanya hipokrit.
tp, sebagai orang yg cetek pengalaman, saya harap..ustaz boleh diskusikan pasal ni. pasal method penyampaian kita. camna nak deliver message.
mungkin boleh jemput warga2 negara omputih ke..malaysia ke..dan sama2 mesir ke.. utk diskus bende camni.. method dakwah.
selamat maju jaya. dalam dakwah dan syariah.
0 comments:
Post a Comment