Friday, April 02, 2010

Jangan kamu hampiri ZINA! wahai mahasiswa Mesir / bAl-Azhar!!!

Siapa Nak Bukti Isu Maksiat Di Bumi Mesir?


Selama ini, saya masih “tidak sanggup” untuk mendedahkan perkara sebegini. Tetapi apabila Us Hairul sudah mula “memanaskan” keadaan di dalam blognya, jadi, saya pun lebih berkeyakinan untuk memberitahu kepada semua tentang apa yang berlaku.

Pada 19 Mac lalu, saya telah dipertemukan oleh Allah dengan seorang “hamba Allah” yang dirahsiakan nama dan negerinya.. Setelah bersembang itu dan ini, terkejut hati ini apabila beliau mengatakan bahawa beliau pernah masuk ke kelab malam (disko) dengan bantuan seorang abang arab.

Beliau memberitahu beberapa senarai disko yang terletak di “bawah tanah”. Nak masuk disko tersebut perlu berpasangan lelaki dan perempuan. Kalau tak, tidak dibenarkan masuk. Hamba Allah ini memberitahu bahawa dia masuk guna orang Arab, jadi tak perlu pasangan. Atau dengan kata lain, masuk guna pintu belakang.

Dia menceritakan bahawa setiap kali memasuki disko-disko tersebut, dia akan menemui beberapa “budak haram jadah” dari kalangan Melayu.. Memang sah Melayu.. Kalau indon baik tak payah cerita. Biasanya untuk menghabiskan perbelanjaan di dalam disko, sebanyak LE 800 satu malam, itupun kalau tak jual badan.

Kalau jual badan, dapat income sikit. Jual badan kepada siapa? Telinga saya tidak mendengar hamba Allah itu mengatakan jual badan kepada Arab.. tapi, tak tahulah saya, dengan siapa lagi nak jual. Aktiviti zina sesama Melayu dah biasa dahhh... Telinga ini cepat pulak tangkap ayat ini.

Eh, bagaimana pula dengan arak? Jawabnya.. dalam disko mana yang takda arak.. abis mereka pun tonggang jugak ke? Dia menjawab : 800 tu termasuk sekali la.. satu pakej.. Perghh!! Arak pun dah jadi perkara biasa.

Bila ditanya, hang kenal tak siapa mereka tu?.. Ana tak kenal pun.. adus.. Susah jugak. Tapi kadangkala bertemu dengan orang yang sama di disko-disko yang berlainan. Fuh... sakit betul telinga ni. Kondom-kondom ni biasa je.. Dah biasa tengok kat situ.. dalam poket, dalam beg dan ... arghh pening.. Saya dengar pun pening..

Tanpa banyak cakap, saya ambil nombor telefon hamba Allah itu, dan beberapa identiti beliau. Saya juga telah melaporkan kepada hisbah untuk dibangkitkan dalam mesyuarat. Terima kasih kepada HISBAH, dan saya bersedia untuk bersama dalam mengatasi masalah ini.

Adakah hamba Allah ni reka cerita saja? Hakikatnya anda akan tahu kebenaran cerita ini sekiranya saya mendedahkan keseluruhan isi cerita. Ada beberapa babak yang tidak boleh diceritakan di sini. Semuanya penuh fakta!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments: