Monday, November 30, 2009

Apakah Mekah akan kembali ke zaman Jahiliah??

Mekah Kini

Hari ini suasana haji menjadi seolah-olah bertentangan dengan ajaran asas Islam itu sendiri. Jabal Omar Development yang diamanahkan untuk membangunkan Masjid al-Haram memperuntukkan $3.3 billion bagi merealisasikan impian kerajaan Arab Saudi, namun mengalami kesulitan dalam mencari dana yang sebegitu besar.

Umum beranggapan Mekah bakal menjadi sebuah tempat ibadat yang cukup hebat dan gah di mata masyarakat yang beragama lain sehingga kebanggaan itu menjadi salah satu faktor kepesatan sektor pelaburan di Mekah dan kawasan-kawasan sekitarnya. Anggapan sebeginilah yang melemahkan jiwa dan minda umat Islam di seluruh dunia sehingga kesan serangan Barat terhadap dunia Islam dipandang sebelah mata – akibat penyakit al-Waḥn (الوحن) di dalam hati umat Islam.

Tidak cukup dengan itu, Putera Saudi, Khaled al-Faisal di dalam sebuah pertemuan dengan wakil PBB pada bulan Ogos yang lalu, menyatakan bahawa Mekah akan dibangunkan menjadi bandar termaju dan tercantik di dunia. Pembangunan sebegini juga akan dilakukan kepada Madinah dan Mina bagi menyamaratakan tahap pembangunan seperti di Mekah.

Sekali lagi Mekah akan kembali diingati dengan kemewahan disekelilingnya, dan bukan penghayatan penderitaan Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail dalam menempuhi suruhan berda‘wah serta ujian kecintaan terhadap keduniaan.

Malah, Bukit al-Safa dan Bukit al-Marwah kini ditutup sepenuhnya bagi memberi keselesaan kepada para jemaah haji dalam melakukan saei. Lantainya juga dilapisi dengan marmar mahal bagi memberi kemudahan para jemaah haji untuk berlari tanpa merasa tidak selesa.

Tidak dinafikan bahawa jemaah haji terdiri daripada pelbagai lapis masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk dunia, namun keselesaan sebegini akhirnya menjadi barah akibat hilangnya makna dan penghayatan saei dalam setiap jiwa para jemaah haji. Tujuh kali larian di antara kedua-dua bukit tersebut hanya menjadi memori di dalam album gambar, manakala penderitaan Siti Hajar mencari air buat puteranya akibat ditinggalkan suami yang keluar berdakwah hanya menjadi teks di dalam buku-buku agama.

Sujud atau Sembah?

Sewaktu di zaman jahiliyyah, Kaabah dikelilingi oleh beribu-ribu berhala yang dibawa masuk oleh masyarakat Mekah sendiri dan para pedagang yang datang dari negeri-negeri lain. Kemasukan berhala ini dipelopori oleh Amru bin Luhay bin Qamaah dan setelah itu lambakan berhala semakin bertambah akibat Mekah merupakan pusat perniagaan yang berkembang pesat.

Berhala-berhala ini menjadi sumber pendapatan yang utama di Mekah. Orang ramai yang berpusu-pusu datang ke Mekah akan menabur wang di setiap berhala yang disembahnya bagi mendapatkan apa yang dihajati. Wang-wang ini dikutip oleh pembesar Mekah ketika itu sehingga menjadikan mereka terlalu cintakan tuhan ciptaan mereka yang menjadi modal untuk mendapatkan keuntungan dengan cara yang paling mudah dan paling cepat.

Setelah umat Islam dapat mengambil Mekah atas pimpinan RasuluLlah SAW, berhala-berhala ini semuanya dimusnahkan. Pemusnahan kesemua berhala-berhala ini bagi menyatakan kebesaran Ka‘bah yang menjadi hanya satu-satunya tempat tertumpu sujud, namun bukan Kaabah yang disembah tetapi Allah SWT semestinya.

Solat mengadap Kabah merupakan syiar, sehingga menimbulkan ketaqwaan hati bagi muslim yang benar-benar menghayati syiar Allah SWT:

Demikianlah (perintah Allah); dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka (dialah orang yang bertaqwa kerana) sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

[QS al-Ḥajj 22:32]

Para ulamak juga sependapat bahawa jika Kaabah musnah sekalipun, umat Islam tetap akan solat dan tawaf tertumpu di tempat Kaabah. Inilah nilai makna yang diajar dalam Islam, penyembahan bukan kepada objek yang disembah tetapi penyembahan kepada Allah SWT melalui syiar yang digariskanNya kepada seluruh umat Islam.

Sungguh indah ajaran Islam sehingga ke hari ini, sewaktu mendirikan solat, setiap muslim akan menghayati penyembahan kepada Allah SWT dan bukan Kaabah walaupun kiblat yang dituju adalah Kaabah itu sendiri.

Mekah Kembali Ke Zaman Jahiliyyah

Kini Mekah kembali dibayangi masyarakat jahiliyyah disekelilingnya. ‘Berhala-berhala’ berwajah modenisme yang memberi keuntungan berlipat-ganda kepada pembesar Mekah sehinggakan ibadat haji dan umrah di Mekah menjadi kenangan manis dan amalan ritual semata-mata tanpa menusuk maknanya di dalam sanubari setiap jemaah haji. Malah, berhala-berhala ini menjadi pilihan golongan berkemampuan sehingga jurang antara kaya dan miskin semakin mendalam.

Solat umat Islam di seluruh dunia mencecah bangunan Hilton Mekah, sebelum tiba di Kaabah. Rukuk umat Islam di seluruh dunia merentasi KFC Mekah, sebelum menuju Kaabah. Sujud umat Islam menyembah Hotel Dar al-Tawhid Mekah, sebelum mencapai Kaabah. Inilah gambaran Mekah hari ini setelah permodenan dibangunkan tanpa mengambil kira teras ajaran Islam yang mengajar umatnya tentang kesederhanaan cara hidup dan keharmonian antara jasmani dan rohani.

Keduniaan yang sepatutnya ‘disembelih’ di Mekah, kini dibawa pulang semula ke tanah air masing-masing. Dan umat Islam masih seperti sebelum kedatangan mereka ke tanah suci Mekah – penindasan golongan mampu kepada golongan yang tertindas masih belum berakhir.

Erti Sebuah Korban

Generasi muda hari ini melihat perayaan ‘Īdu al-’Aḍḥā sebagai jenaka penyembelihan haiwan ternakan melalui sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) sesama rakan. Tidak cukup dengan itu, kartun dan animasi yang menjadikan ibadah korban sebagai humor tiba-tiba begitu popular di dalam blog-blog serta laman sawang yang lain.

Mengapa ini terjadi? Semua ini terbentuk daripada kerosakan pendidikan yang diberikan kepada mereka secara langsung atau tidak langsung. Nilai-nilai pendidikan yang tidak betul ini ini diterjemahkan melalui kelakukan harian mereka yang mengisyaratkan kita tentang ramalan iklim masyarakat Islam di Malaysia bakal menghadapi kerosakan yang sangat-sangat dasyat.

Penyembelihan haiwan bukanlah semata-mata melengkapkan ibadah haji, tetapi menjadi peringatan buat semua kaum muslimin agar memaknai kesempurnaan ajaran Islam yang disampaikan oleh Allah SWT melalui firmanNya:

Daging (haiwan korban) dan darahnya tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia memudahkan haiwan-haiwan itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah khabar gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha berbuat baik.”

[QS al-Ḥajj 22:37]

Jika rukun Islam yang terakhir serta merangkumi keseluruhan kelima-lima rukun Islam dihina sebegitu rupa oleh umat Islam sendiri, agaknya apa akan jadi dengan keadaan masyarakat Islam 10 tahun akan datang?

Ramalan bukanlah tanggungjawab kita, usaha memperbaiki keadaan ini merupakan kewajipan kita.

Apakah languan talbiah akan Allah terima, jika hanya mengejar haji mabrur sedangkan umat Islam di Palesti di sembelih sebagai binatang korban oleh Yahudi.. Saddam Hussin juga disembelih pada haji Raya Haji.. sebenarnya Nabi mengerjakan haji setelah tiada lagi suara tangisan bayi, tiada lagi suara rintihan umat Islam di merata dunia.. meraka berdoa dengan khusyuk kerana Allah telah berfirman : Hari ini Aku sempurnakan agama kamu… sedangkan hari ini kini berdoa dan bertalbiah hanyalah untuk kepentingan diri sendiri, untuk menyempurnakan hajat kita sahaja..

apakah Allah akan mengasihani kita,, apakah Allah hanya mementingkan kita dan tidak mementingkan umat Islam serata dunia yang tertindas?, apakah Allah rasa bangga dengan haji kita yang datang dengan cara mencantas giliran orang lain?

Sucikah niat kita?

Apa yang saya dapat fahamkan.. Islam terlalu syumul dan terlalu suci… kita dapat mengaburi mata-mata manusia kononnya kitab telah melakukan haji dan telah bertaubat serta kita telah berangan-angan kita akan memiliki syurga kerana segala-galanya telah sempurna.. Yang sebenarnya Islam pada diri kita sebenarnya hampir sempurna…Tetapi Ingatlah Islam bukan untuk diri kita, Islam untuk kemakmuran Alam Semesta.. Kita adalah Khalifah Allah yang memerintah Alam agar tidak ada lagi penindasan dan pembunuhan.. sebagaimana Rasulullah dan Sahabat lakukan.. Baharulah pada saat tersebut Allah menyayangi kita dan kita tidak segan dan silu untuk berdoa kepada Allah.. Tetapi pada hari ini Kita berdoa hanya untuk keselamatan diri kita sahaja..tidak malukah kita apabila kita berdoa hanya untuk diri kita sahaja dan tidak untuk umat Islam seluruh dunia dihadapan Allah Yang Maha Melihat.. bukankah telah ternyata bahawa kita sebenarnya hanyalah mementingkan diri sendiri dalam semua perkara sehingga dalam beribadat kepada Allah pun kita mementingkan diri dan tidak berdoa untuk umat Islam yang lain.

selagi kita beraqidah bahawa Allah akan menerima amalan seseorang apabila segala rukun dan syarat telah sempurna, maka selama itulah Islam tidak ada nilai di sisi dunia ini…kerana Islam tidak terbina untuk semua tetapi untuk individu sahaja.. sedangkan Rasulullah tidak rela mendengar dan melihat kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam.. Rasulullah tidak akan melakukan ibadat haji sehingga semua umat Islam terbela.. Malah ketika Rasulullah melakukan ibadat haji bersama-sama seluruh umat Islam dan jika yang tidak menunaikan ibadat haji pun rela dengan pemergian Rasulullah.. Baharulah Rasulullah melangkahkan kaki ke kota Mekah.. Kini kita melangkah kaki ke Kota Mekah dengan penuh dosa, umat Islam dibunuh dan sembelih di merata dunia tetapi kita tidak pergi membantu mereka… malah kita pergi berlakun di rumah Allah, Kononnya kita adalah insan yang warak dan mulia, kita menangis didepan Kaabah supaya mendapat PANGKAT haji mabrur daripada Allah SWT… semuanya Allah tahu kita tidak mengasihi umat Palestin, umat Islam Afghanistan dan lain-lain tempat umat Islam yamg tertindas tetapi kita hanya mengasihi pangkat haji mabrur melebihi segala-galanya. dengan pangkat haji mabrur kita akan gunakannya sebagai lesen untuk memasuki Syurga Allah .. inilah agama ciptaan Yahudi.. ternyata Yahudi mengajar kita sehingga ke lubang biawak… Maka benarlah Kefahaman Islam secara Yahudi dan Nasrani telah ditarbiahkan kepada kita sehingga dalam solat dan haji..kejarlah haji dan sempurnakanlah solat tetapi jangan peduli saudara-saudara kita yang disembelih di merata dunia… kerana hanya dengan haji dan solat kita akan dapat memilki syurga Allah …???

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa hamba-hambaNya yang berusaha memperbaiki keadaan ini.

[ Sumber ]

Friday, November 27, 2009

Perjalanan menuju Allah, Haji 1428H

Assalamualaikum semua,... alhamdulillah 3 tahun yang lepas Allah telah izinkan saya dan teman2 yang lain menunaikan ibadah haji. Ketika itu saya masih lagi menuntut di tahun 3 Maahad Qiraat Al-Azhar shubra.....

Ya Allah, berilah aku peluang dan kesempatan kepadaku, isteriku, ibubapaku dan kerluagaku untuk pergi menjadi tetamuMu ya Allah di tanah suci Mu.... Amin....

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tidak terhingga, Selawat salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Berkat doa sekian lama, dapat juga akhirnya menjejakkan kaki ke tanah haram untuk menunaikan haji.

    2 & 3 Disember 2007
    Kursus Haji bersama Al-Fadhil Ustaz Aidil anjuran PMRAM di
    Asrama Darul Aman

    5 Disember
    - Sekitar jam 7.30 pagi kami bertolak dari Hayyu Sabie’ ke Suez
    - Sekitar jam 2 petang kami masuk ke dalam perut kapal DAHAB

    “PASAKKAN NIAT DEPANI CABARAN..”

    8 Disember - 3.30 pagi selamat tiba di rumah sewa di Makkah al-Mukarramah
    - Bersiap dan bersegera menuju ke Masjidil Haram untuk menunuaikan
    umrah. Semua Jemaah Haji PMRAM menunaikan Haji Tamattu’.



    9 – 15 Disember - Peluang yang ada di manfaatkan sebaiknya… Dalam tempoh yang ada ini kami tidak melepaskan peluang untuk memperbanyakkan menunaikan umrah. Di samping itu, masa-masa yang ada juga dimanfaatkan dengan beriktikaf di dalam Masjidil Haram membaca Al-Quran dan cuba untuk menghabiskan baacan (khatam) di dalam masjid yang mulia ini. Waktu ini juga aku cuba untuk mengucup Hajar Al-Aswad, namun hanya berjaya menyentuh sahaja kerana kesesakan. Selain itu, ada juga di kalangan daripada kami yang berkesempatan bertemu dengan saudara serta teman-teman dari Malaysia, di sampng berkenalan dengan jemaah haji yang dating dari Malaysia. Dalam tempoh ini juga kami mencuri peluang untuk membali belah serta mencari barang-barang yang di pesan oleh teman-teman serta DPM (MAQAZ) Shoubra.

    “Berjalan bermusafirlah, melihat keagungan Allah, Beerjalan mncarilah, rahsia ciptaan Allah.. Selamat menunaikan ibadah haji…”

    16 Disember
    - Sekitar jam 11.30 malam kami bersiap sedia dan memakai ihram dengan niat untuk menunaikan haji. Kami bertolak menuju ke Mina sekitar jam 3.45 pagi dari pejabat muassasah yang menguruskan urusan haji kami.

    17 Disember / 8 Zulhijjah
    - Sebelum Subuh kami tiba di Mina. Tidak semua dari jemaah haji menuju ke Mina pada hari ini, tetapi Alhamdulillah kami di beri kesempatan untuk ke Mina pada hari Tarwiah - 8 Zulhijjah sunat berada di Mina sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

    “Ya Allah, aku mohon padaMu, janganlaah Kau jauhkan aku dari rahmatMu, Kau redhailah aku dari mula aku dicipta & dilahirkan di dunia ini, redhailh aku sehingga aku bertemu denganMu.. Ya Allah, redhailh aku..redhailah hambaMu ini ya Allah….”

    18 Disember / 9 Zulhijjah
    – Hari Arafah. Kami bertolak dari Mina sekitar jam 8.30 pagi menuju ke Arafah. Wuquf di Arafah adalah kemuncak bagi ibadah haji. Nabi SAW ada bersabda : “الحج عرفة”. Khemah kami terlalu jauh dari Jabal Rahmah dan Masjid Namirah. Kami tidak berkesempatan untuk mendengar khutbah dari Masjid Namirah

    Nabi juga ada menyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Tidak terlihat syaitan pada hari yang ia merasa lebih kerdil, lebih terusir, lebih hina dan lebih marah ketimbang hari Arafah, hal itu tidak di karenakan pada hari ini ia melihat turunnya rahmat Allah dan terhapusnya dosa-dosa manusia.” HR Malik.

    Selepas masuk waktu Maghrib kami mula bergerak menuju ke Muzdalifah. Alhamdulillah perjalanan yang tidak terlalu sesak menyebabkan kami sampai lebiah awal di sana. Setibanya di Muzdalifah kami terus menunaikan solat sebagaimana yang di anjur oleh nabi. Seterusnya kami mengutip batu untuk melontar Jamrah Aqabah pada esok hari...

    19 Disember / 10 Zulhijjah
    – Jam 7.30 pagi kami bertolak menuju ke Mina. Kami tiba di Mina sekitar jam 10.45 pagi dan terus bersiap untuk menuju ke Jamaraat bagi menunaikan Wajib haji yang ke 4 iaitu melontar Jamratul Aqabah. Setelah selesai kami pun bertahallul.

    Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh sebahagian daripada kami. Aku adalah di antara mereka yang sesat itu… Kami sesat apabila pulang dari Jamtarul Aqabah. Khemah yang di cari tidak dijumpai. Letih bukan kepalang. Banyak khemah yang kami tempuhi antaranya kawasan khemah jemaah haji India, Iran, Indonesia dan yang lain-lain. Sehinggalah kami bertemu dengan papan tanda “ Mina Ends here” dan "Muzdalifah Starts Here". Usaha dan terus usaha… akhirnya dengan bantuan polis dan pegawai yang bertugas, kami berjaya dan selamat sampai di khemah.

    20 – 22 Disember / 11, 12 13 Zulhijjah
    - Melontar ketiga-tiga Jamarat pada hari-hari Tasyriq. Waktu terluang yang ada kami gunakan kesempatan untuk bermunaqasyah. Ada di antara kami yang menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan Tawaf Haji/Ifadhah dan Saie Haji. Aku, Syukri, Saiful dan Anuar menunaikan Tawaf Haji/Ifadhah dan Saie Haji pada 12 Zulhijjah iaitu pada hari Jumaat. Berkesempatan mendengar khutbah Jumaah yang di sampaikan oleh Syeikh Shuraim.

    22 Disember / 13 Zulhijjah Setelah melontar ketiga-tiga Jamarat selepas Zohor, kami mencari kenderaan untuk pulang ke Makkah. Kami tiba di rumah sewa sekitar jam 4.30 petang…. Alhamdulillah selesai manasik haji….

    "Alhamdulillah, selesai sudah manasik haji..semoga Allah menerimanya..hajjan mabrura wasa'yan masykura wazanban maghfura wa amalan solihan maqbula..amin.."

    23 Disember – Kami mengambil peluang untuk berehat. Kami hanya berulang alik ke Masjidil Haram dan beriktikaf.

    24 Disember
    – Jumpa Ust Syarif – Mutawwif Felda Travel Sdn Bhd. Menggunakan perkhidmatan beliau untuk mengepos Air Zam-Zam dan Kurma ke rumah di Malaysia.

    25 Disember
    - Kami hanya berulang alik ke Masjidil Haram dan beriktikaf. Di samping membeli belah di sekitar Masjidil Haram.

    26 Disember
    – Jumpa sahabat lama – Sek. Men. (A) Darun Naim. Mohd Ali Dasir.
    - Perjumpaan pelajar Yayasan Pahang yang menunaikan haji bersama Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato’ Saariah.

    27 – 29 Disember - Dalam tempoh yang ada ini kami tidak melepaskan peluang untuk menunaikan umrah. Kesempatan yang ada juga kami menunaikan umrah badal waris-waris yang telah kembali ke rahmatullah.

    30 Disember
    - Ziarah tempat-tempat bersejarah sekitar Makkah. Antara tempat-tempat yang sempat diziarahi ialah Jabal Thur (tidak mendaki), Arafah- Jabal Rahmah, lalu di tempat-tempat manasik haji, Masjid Ja’ranah, Jabal Nur – Gua Hira’ (tidak mendaki).

    31 Disember
    – Awal pagi aku dan Fikri keluar dari rumah sewa dan menuju ke Jabal Nur. Alhamdulillah berjaya mendaki Jabal Nur dan berkesempatan masuk ke dalam Gua Hira’ walaupun terpaksa bersesak dengan jemaah yang lain. Gua Hira’ merupakan tempat Nabi SAW berkhalwah dan bertahannus dan di sini juga baginda menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril – Surah Al’Alaq : 1 – 5.

    1 Januari 2008 - Awal pagi aku dan Fikri keluar dari rumah sewa dan menuju ke Jabal Thur. Alhamdulillah berjaya mendaki Jabal Thur dan berkesempatan masuk ke dalam Gua Thur walaupun terpaksa bersesak dengan jemaah yang lain. Gua Thur merupakan temat persembunyian Nabi SAW bersama Sahabat Saidina Abu Bakar r.a sebelum meneruskan perjalan menuju ke Madinah dalam peristiwa Hijrah.

    2 Januari
    - Ziarah kubur di perburan Ma’la. Sempat masuk dan ziarah maqam Saidatina Khadijah r.ha.

    3 Januari
    - Berkesempatan menunaikan solat sunat di dalam Hijr Ismail.

    5 Januari
    - Tawaf Wida’ dan bersiap untuk meninggalkan Makkah. Jam 2.15 kami mula bergerak menuju ke Madinah dengan menaiki bas yang telah diuruskan oleh muassasah.

    "Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik"

    6 Januari
    - 12.30 pagi selamat tiba di Madinah. Kami menginap di Hotel Afrah berhampiran dengan Masjid Abu Dzar. Pada paginya kami bersiap dan menuju ke Masjid Nabawi dan terus ke Bab Salam untuk menzirahi maqam Rasulullah SAW yang tercinta serta maqam Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra. Kemudian terus keluar melalui Bab Baqi’ dan menuju ke Perkuburan Baqi’. Pintunya di tutup. Pada petangnya kami beriktikaf di dalam Masjid nabawi dan Alhamdulillah berkesempatan untuk masuk ke kawasan Raudhah. Rasulullah SAW bersabda ما بين بيتي ومنبري روضة من رياض الجنة.


    Malamnya berkesempatan berjumpa dengan Mohd Asshik, pelajar Universiti Madinah. Berkesempatan tidur di Universiti Islamiyah, Madinah.


    7 Januari

    - Ziarah tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah Al-Munawwarah. Antara tempat yang kami ziarahi ialah Masjid Quba’, kawasan magnet di Baydha’, Jabal Uhud dan ziarah Syuhada Uhud, Kompleks Pusat Percetakan Al-Quran, hanya lalu di Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh (kawasan Peperangan Khandak). Pada petangnya kami berkesempatan membeli kurma di Suuq Tamar .

    Selepas Isyak kami mula mengemas dan bersipa untuk berangkat meninggalkan Madinah al-Munawwarah menuju ke Jeddah. Kira-kira jam 12.30 pagi kami bertolak.

    8 Januari
    - Selamat tiba di Madinah Hujjaj, Jeddah. Satu hari satu malam kami berada di sini.

    9 Januari
    - 4.30 petang kami mula bergerak menuju ke Pelabuhan Jeddah dan setelah selesai urusan di Imigresen, kami terus menaiki kapal. Sekitar jam 2 pagi kapal mula bergerak menuju ke Suez. Sememangnya kami berhadapan dengan keadaan yang tidak terkawal.... Kapal bergoyang terlalu kuat, sehinggakan ada di kalangan kami yang pening-pening dan muntah-muntah... Alhamdulillah aku masih dalam keadaan stabil...

    12 Januari
    - Jam 3 pagi kami Selamat tiba di pelabuhan Suez. Sekitar jam 12.45 tengahari kami bertolak pulang ke Kaherah. Sekitar jam 4.15 petang kami selamat sampai di Hayyu Sabie’.

    “Semoga perjalanan ini diberkati & titipkanlah perjalanan ini sebagai satu titik hijrah dalam diri….”

    Thursday, November 26, 2009

    Salam Aidiladha 1430H

    Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
    Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

    Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

    Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

    Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

    Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

    Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

    Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

    Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
    Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

    Dikesempatan yang ada ini, saya, isteri dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Aidiladha. Sama-sama kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan penuh penghayatan melalui falsafah ibadah haji dan korban yang telah disyariatkan kepada kita....

    Ya Allah, peliharalah hambaMu ini dan kaum muslimin seluruhnya.....

    Puasa Arafah - 9 Zulhijjah

    Semua jemaah haji akan berwuquf di Arafah pada 9 Zulhijjah

    Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

    Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
    - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

    Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
    - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

    Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ....Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
    - Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

    Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

    Wednesday, November 25, 2009

    Alhamdulillah..syukur Ya Allah.

    Assalamualaikum...masyaAllah. sedar atau tidak seminggu saya berulang alik ke hospital. tanggal 18 november 2009, lebih kurang jam 1.30 pg,...saya terjaga dari tidur apabila mendengar esakan isteri yang sedang berperang dengan kesakitan.

    Saya merasakan esakan pada kali ini adalah esakan yang sangat berlainan dengan esakan malam2 yang sebelumnya. Isteri saya (zaujati) telah mengalami kesakitan dibahagian perut sejak seminggu yang lalu. 2 minggu yang lalu telah dikejarkan ke hospital jengka kerana tidak tertahan kesakitannya semasa berada di sekolah. namun doktor memaklumkan tiada apa masalah, cuma perkembangan kandungan di dalam perut yang membuatkannya sering terasa sakit.

    Pada ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu selepas mengikuti kursus P & P guru2 stam zon timur. saya mendapat berita ketika dalam perjalanan yang ketika itu baru sahaja masuk daerah negeri terengganu. saya cemas, namun apa yang saya boleh buat...hanya doa di dalam hati. semoga Allah permudahkann segala urursan.

    sejak dari peristiwa itu, isteri saya sering rasa sakit dibahagian perut dan saya dan dia menjangkakan bahawa sakit itu datangnya dari kenyataan doktor di hospital jengka tempohari....dan juga menjangkakan semacam tidak kritikal...

    tapi...tiba 18/11 sekitar jam saya terjaga dari tidur apabila mendengar esakan isteri saya yang sedang berperang dengan kesakitan. saya kaget pada mulanya, namun saya membuat keputusan untuk membawanya ke hospital jengka.

    sampai saja di h. jengka, lbh kurang 1/2 jam, saya di panggil doktor dan memberitahu saya bahawa selepas dijalani ujian air kencing dan darah isteri saya terkena apendiks dan akan dihantar ke hospital temerloh untuk dirujuk kepada pakar kerana dalam masa yang sama sedang mengandungkan baby 5 bulan. saya kaget.... terus saya menelefon mak di jengka 9 dan bersetuju untuk mengikuti saya ke hospital temerloh.

    Sekitar jam 3.30 pagi, isteri saya dibawa menaiki ambulans menuju ke hospital temerloh. saya pada masa itu mmbuat persiapan dan terus ke jengka 9 untuk megambil mak serta terus lagi meluncur ke hospital temerloh..

    sekitar jam 6 ptg itu juga dia di bawa ke dwan bedah untuk melakukan pembedahan. doktor memaklumkan bahawa 5-10% kandungan akan terjejas. ketika itu isteri saya telah menitiskan air mata, sedih sekiranya kandungan itu akan bermasalah selepas pembedahan.

    Jam 8 malam selesai menjalani pembedahan namun masih tidak sedarkan diri. abg dan akak dari kuala lumpur jugan sampai dan sempat menziarahinya. Keluarga saya dari jengka 15 juag datang dan menziarahi sekitar jan 9.30 mlm.....

    Alhamdulillah, selepas dimaklumkan doktor, isteri saya selamat dan kandungan juga tidak mengalami apa2 masalah. subhanallah, alhamdulillah... sujud syukur saya....

    Selepas solat jumaat dia dibenarkan pulang....hati saya sntiasa mengucap syukur...

    Pada keesokannya sepertia biasa, seolah2 semcam ok saja. namun isteri saya masih menngadu sakit di perut. saya anggap mgkin biasa. namun dia tidak tertahan. dan muntah2. segala yang dimakannya pasti akan keluar kemabali. hatta air kosong juga akan muntah.

    setelah dinasihatkan oleh mak, saya bawa semula isteri saya ke hospital jengka. setelah satu jam barulah di periksa dan di sahkan gastriks. ya Allah. isteri saya di tahansemula di wad hospital jengka.

    Allah....

    Hari Isnin barulah pulih dan dibenarkan keluar....saya tidak dapat ke maktab pd Ahad.

    Mungkin banyak yang saya pelajari dari peritiwa yang telah dialami ini. saya ucapkan terima kasih kepada jururawat di hospital jengka dan temerloh juga buat doktor yang merwatnya.

    namun suka juga untuk saya membuat sedikit komentar....saya amat berharap agar pihak kerjaan menaik taraf hospital jengka kepada perkhidmatan yang lebih baik. Penambahan doktor di situ juga perlu ditingkatkan. ini kerana bilangan penduduk di sekitar bandar jengka juga semakin ramai. Bandar Jengka merupakan satu daerah yang besar. hanya sekadar komentar, maaf.

    Alhamdulillah. saya sujud syukur dan panjatkan doa kepada Allah semoga Allah pelihara saya dan keluarga juga buat baby yang masih di dalam kandungan isteri saya supaya sntiasa sihat dan dalam pemeliharaan Allah.....amin....

    ----------------------------------------------------

    Apendiks

    Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

    Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).


    Stomach colon rectum diagram.gif

    Apendiks terbentuk ketika embrio dari kaekum. Dalam orang dewasa, apendiks berukuran purata 10 cm panjang tetapi berbeza antara from 2-20 cm. Sungguhpun lokasi asas apendiks agak tetap, lokasi penghujung apendiks boleh berbeza dari ( retrocaecal ) ataupun di pinggang ( pelvis ) sehinggalah terletak di ( peritoneum ).

    Sungguhpun kebanyakan orang percaya apendiks tidak berguna dan organ sisi, sesetengah yang lain percaya bahawa apendiks mempunyai fungsi dalam sistem lymphatik ( lymphatic system ).

    Operasi pembedahan membuang apendiks dikenali sebagai appendektomi.