Ya Allah, berilah aku peluang dan kesempatan kepadaku, isteriku, ibubapaku dan kerluagaku untuk pergi menjadi tetamuMu ya Allah di tanah suci Mu.... Amin....
2 & 3 Disember 2007 – Kursus Haji bersama Al-Fadhil Ustaz Aidil anjuran PMRAM di
Asrama Darul Aman
5 Disember - Sekitar jam 7.30 pagi kami bertolak dari Hayyu Sabie’ ke Suez
- Sekitar jam 2 petang kami masuk ke dalam perut kapal DAHAB
“PASAKKAN NIAT DEPANI CABARAN..”
- Bersiap dan bersegera menuju ke Masjidil Haram untuk menunuaikan
umrah. Semua Jemaah Haji PMRAM menunaikan Haji Tamattu’.
“Berjalan bermusafirlah, melihat keagungan Allah, Beerjalan mncarilah, rahsia ciptaan Allah.. Selamat menunaikan ibadah haji…”
16 Disember - Sekitar jam 11.30 malam kami bersiap sedia dan memakai ihram dengan niat untuk menunaikan haji. Kami bertolak menuju ke Mina sekitar jam 3.45 pagi dari pejabat muassasah yang menguruskan urusan haji kami.
17 Disember / 8 Zulhijjah - Sebelum Subuh kami tiba di Mina. Tidak semua dari jemaah haji menuju ke Mina pada hari ini, tetapi Alhamdulillah kami di beri kesempatan untuk ke Mina pada hari Tarwiah - 8 Zulhijjah sunat berada di Mina sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
“Ya Allah, aku mohon padaMu, janganlaah Kau jauhkan aku dari rahmatMu, Kau redhailah aku dari mula aku dicipta & dilahirkan di dunia ini, redhailh aku sehingga aku bertemu denganMu.. Ya Allah, redhailh aku..redhailah hambaMu ini ya Allah….”
18 Disember / 9 Zulhijjah – Hari Arafah. Kami bertolak dari Mina sekitar jam 8.30 pagi menuju ke Arafah. Wuquf di Arafah adalah kemuncak bagi ibadah haji. Nabi SAW ada bersabda : “الحج عرفة”. Khemah kami terlalu jauh dari Jabal Rahmah dan Masjid Namirah. Kami tidak berkesempatan untuk mendengar khutbah dari Masjid Namirah
Nabi juga ada menyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Tidak terlihat syaitan pada hari yang ia merasa lebih kerdil, lebih terusir, lebih hina dan lebih marah ketimbang hari Arafah, hal itu tidak di karenakan pada hari ini ia melihat turunnya rahmat Allah dan terhapusnya dosa-dosa manusia.” HR Malik.
Selepas masuk waktu Maghrib kami mula bergerak menuju ke Muzdalifah. Alhamdulillah perjalanan yang tidak terlalu sesak menyebabkan kami sampai lebiah awal di sana. Setibanya di Muzdalifah kami terus menunaikan solat sebagaimana yang di anjur oleh nabi. Seterusnya kami mengutip batu untuk melontar Jamrah Aqabah pada esok hari...
19 Disember / 10 Zulhijjah – Jam 7.30 pagi kami bertolak menuju ke Mina. Kami tiba di Mina sekitar jam 10.45 pagi dan terus bersiap untuk menuju ke Jamaraat bagi menunaikan Wajib haji yang ke 4 iaitu melontar Jamratul Aqabah. Setelah selesai kami pun bertahallul.
Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh sebahagian daripada kami. Aku adalah di antara mereka yang sesat itu… Kami sesat apabila pulang dari Jamtarul Aqabah. Khemah yang di cari tidak dijumpai. Letih bukan kepalang. Banyak khemah yang kami tempuhi antaranya kawasan khemah jemaah haji India, Iran, Indonesia dan yang lain-lain. Sehinggalah kami bertemu dengan papan tanda “ Mina Ends here” dan "Muzdalifah Starts Here". Usaha dan terus usaha… akhirnya dengan bantuan polis dan pegawai yang bertugas, kami berjaya dan selamat sampai di khemah.
20 – 22 Disember / 11, 12 13 Zulhijjah - Melontar ketiga-tiga Jamarat pada hari-hari Tasyriq. Waktu terluang yang ada kami gunakan kesempatan untuk bermunaqasyah. Ada di antara kami yang menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan Tawaf Haji/Ifadhah dan Saie Haji. Aku, Syukri, Saiful dan Anuar menunaikan Tawaf Haji/Ifadhah dan Saie Haji pada 12 Zulhijjah iaitu pada hari Jumaat. Berkesempatan mendengar khutbah Jumaah yang di sampaikan oleh Syeikh Shuraim.
22 Disember / 13 Zulhijjah –Setelah melontar ketiga-tiga Jamarat selepas Zohor, kami mencari kenderaan untuk pulang ke Makkah. Kami tiba di rumah sewa sekitar jam 4.30 petang…. Alhamdulillah selesai manasik haji….
"Alhamdulillah, selesai sudah manasik haji..semoga Allah menerimanya..hajjan mabrura wasa'yan masykura wazanban maghfura wa amalan solihan maqbula..amin.."
23 Disember – Kami mengambil peluang untuk berehat. Kami hanya berulang alik ke Masjidil Haram dan beriktikaf.
24 Disember – Jumpa Ust Syarif – Mutawwif Felda Travel Sdn Bhd. Menggunakan perkhidmatan beliau untuk mengepos Air Zam-Zam dan Kurma ke rumah di Malaysia.
25 Disember - Kami hanya berulang alik ke Masjidil Haram dan beriktikaf. Di samping membeli belah di sekitar Masjidil Haram.
26 Disember – Jumpa sahabat lama – Sek. Men. (A) Darun Naim. Mohd Ali Dasir.
- Perjumpaan pelajar Yayasan Pahang yang menunaikan haji bersama Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato’ Saariah.
27 – 29 Disember - Dalam tempoh yang ada ini kami tidak melepaskan peluang untuk menunaikan umrah. Kesempatan yang ada juga kami menunaikan umrah badal waris-waris yang telah kembali ke rahmatullah.
30 Disember - Ziarah tempat-tempat bersejarah sekitar Makkah. Antara tempat-tempat yang sempat diziarahi ialah Jabal Thur (tidak mendaki), Arafah- Jabal Rahmah, lalu di tempat-tempat manasik haji, Masjid Ja’ranah, Jabal Nur – Gua Hira’ (tidak mendaki).
31 Disember – Awal pagi aku dan Fikri keluar dari rumah sewa dan menuju ke Jabal Nur. Alhamdulillah berjaya mendaki Jabal Nur dan berkesempatan masuk ke dalam Gua Hira’ walaupun terpaksa bersesak dengan jemaah yang lain. Gua Hira’ merupakan tempat Nabi SAW berkhalwah dan bertahannus dan di sini juga baginda menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril – Surah Al’Alaq : 1 – 5.
1 Januari 2008 - Awal pagi aku dan Fikri keluar dari rumah sewa dan menuju ke Jabal Thur. Alhamdulillah berjaya mendaki Jabal Thur dan berkesempatan masuk ke dalam Gua Thur walaupun terpaksa bersesak dengan jemaah yang lain. Gua Thur merupakan temat persembunyian Nabi SAW bersama Sahabat Saidina Abu Bakar r.a sebelum meneruskan perjalan menuju ke Madinah dalam peristiwa Hijrah.
2 Januari - Ziarah kubur di perburan Ma’la. Sempat masuk dan ziarah maqam Saidatina Khadijah r.ha.
3 Januari - Berkesempatan menunaikan solat sunat di dalam Hijr Ismail.
5 Januari - Tawaf Wida’ dan bersiap untuk meninggalkan Makkah. Jam 2.15 kami mula bergerak menuju ke Madinah dengan menaiki bas yang telah diuruskan oleh muassasah.
"Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik"
6 Januari - 12.30 pagi selamat tiba di Madinah. Kami menginap di Hotel Afrah berhampiran dengan Masjid Abu Dzar. Pada paginya kami bersiap dan menuju ke Masjid Nabawi dan terus ke Bab Salam untuk menzirahi maqam Rasulullah SAW yang tercinta serta maqam Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar ra. Kemudian terus keluar melalui Bab Baqi’ dan menuju ke Perkuburan Baqi’. Pintunya di tutup. Pada petangnya kami beriktikaf di dalam Masjid nabawi dan Alhamdulillah berkesempatan untuk masuk ke kawasan Raudhah. Rasulullah SAW bersabda “ما بين بيتي ومنبري روضة من رياض الجنة”.
Malamnya berkesempatan berjumpa dengan Mohd Asshik, pelajar Universiti Madinah. Berkesempatan tidur di Universiti Islamiyah, Madinah.
7 Januari
Selepas Isyak kami mula mengemas dan bersipa untuk berangkat meninggalkan Madinah al-Munawwarah menuju ke Jeddah. Kira-kira jam 12.30 pagi kami bertolak.
8 Januari - Selamat tiba di Madinah Hujjaj, Jeddah. Satu hari satu malam kami berada di sini.
9 Januari - 4.30 petang kami mula bergerak menuju ke Pelabuhan Jeddah dan setelah selesai urusan di Imigresen, kami terus menaiki kapal. Sekitar jam 2 pagi kapal mula bergerak menuju ke Suez. Sememangnya kami berhadapan dengan keadaan yang tidak terkawal.... Kapal bergoyang terlalu kuat, sehinggakan ada di kalangan kami yang pening-pening dan muntah-muntah... Alhamdulillah aku masih dalam keadaan stabil...
12 Januari - Jam 3 pagi kami Selamat tiba di pelabuhan Suez. Sekitar jam 12.45 tengahari kami bertolak pulang ke Kaherah. Sekitar jam 4.15 petang kami selamat sampai di Hayyu Sabie’.
“Semoga perjalanan ini diberkati & titipkanlah perjalanan ini sebagai satu titik hijrah dalam diri….”
2 comments:
sala..us zarimi pergi haji ngan zaujah ke? camna tu..bukan ke time tu tak kawin lagi??hmmm..selamat hari raya haji
Salam sdr.,
Boleh sy dapatkan contact rumah sewa di Mekah?
Jazakallahukhayran,
shilarazlan@yahoo.com
Post a Comment