Salam Maulidur Rasul buat semua...Sama-sama kita banyakkan selawat kepada banginda, bukan sahaja ketika Maulidur Rasul tapi bila-bila masa!!!
PERMAI dedah rahsia Al-Quran
Program MOTIVASI AL-QURAN anjuran Persatuan Alumni Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Negeri Pahang (PERMAI) dengan kerjasama PULAPA Jengka telah berjaya dilaksanakan.
Program selama 3 hari 2 malam ini telah disertai seramai 45 orang peserta di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Jengka, Temerloh dan Maran dan beberapa pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Jom BOIKOT!!!
Semoga kita terhindar dari membeli barangan boikot ini...boikot mesti diteruskan....
Free Palestin
Semua umat Islam diseru supaya membantu saudara se-Islam di bumi Palestin walau dengan apa cara sekalipun!!!
Syeikhul Maahad
Masyayeikh Al-Qurra Maahad Qiraat Al-Azhar Shubra, Kaherah, Mesir
"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang telah sanggup berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat , menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)"
SelamatPengantinBarubuatAbg Nedi &Shahida yang telah selamat menjadi sepasang suami isteri. Semoga Kekal hingga ke syurga abadi,...insya'Allah. Layarilah bahtera rumahtangga sebaiknya, sesungguhnya nikmat perhubungan halal ini merupakan tanda2 kebesaran Allah dan nikmat yang besar dalam Islam!!!!
Cuti pertengahan tahun, 2 minggu yang lalu saya di KL (Kuala Lipis). Saya sedang mengikuti KPLI-KDC di IPGM, IPTAA.
<< gambar dari tingkat bilik saya :-)
Kini saya juga berada di KL, tetapi Kuala Lumpr. Alhamdulillah saya selamat sampai di bandar yang memeningkan kepala ini. Naik metrobus jam 10.15 pg tadi dan sampai sekitar 12.35 tghari. Saya bersama, us nafizal, ustz azilawati & ustz suhaila dari maahad sas. Kami di jemput hadir ke mesyuarat pemantapan STAM di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur.
Sampai sahaja dipekeliling, Alhamdulillah Abang De (abg ipar) ada dan terus membawa kami ke hotel. Alhamdulillah.
Tentatif masih kabur. Yang dalam makluman hanyalah pendaftaran bermula jam 2.00 ptg hingga jam 6.00 petang.
Sekitar jam 3.17 ptg barulah kami boleh cek in hotel ni. duduk melungu di lobi dari jam 1.45 ptg.
Alhamdulilllah saya dan us nafizal selesai urusan registration. Tingkat 21. Masuk je dalam bilik saya membuka laci meja. Terpampang satu buku "HOLY BIBLE". Saya pernah terdengar cerita sebelum2 ini tentang kebanyakan hotel2 di Malaysia disediakan BIBLE di setiap bilik. Saya hanya diam. tetapi hari ini saya lihat dengan mata kepala saya sendiri. Sungguh licik dakyah mereka. Sepatutnya pihak berkuasa seharusnya memikirkan bagaimana untuk menyebarkan juga risalah Islam walaupun di ceruk2 bilik hotel di mana2 sahaja!!!
Ustaz Nafizal!!! lepas ni kita ada pgram apa?
Ntah la, ana pun x tau. Depa x bg pun tentatif kat kita. kata pendaftaran pukul 2 tadi. tp x de apa2 pun.
Tidak dinafikan, sememangnya masyarakat FELDA merupakan satu komuniti yang ramai dan berlatarbekangkan identi yang bermacam-macam.Masyarakat FELDA umumnya dikatakan masyarakat yang mempunyai masalah sosial. Persoalannya kenapa?? Apa yang saya lihat dari dahulu sampai sekarang ramai dikalangan remaja/belia, beliawanis, pemuda, pemudi yang sudah tidak segan silu membuka aurat, atau dengan kata lainnya tidak menutup aurat dengan sebaiknya.
Apa yang pelik, jika dilihat dalam sesebuah keluarga, ibu dan bapanya merupakan orang yang kuat agama. Kebiasaannya orang yang kuat agamanya ditafsirkan dengan kopiah di kepala atau tudung. Bapanya berkopiah dan ibunya bertudung tetapi anak remajanya tidak mengenal erti menutup aurat.Yang lelakinya memakai seluar pendek dan yang perempuannya tidak bertudung dan ditambah lagi dengan memakai pakaian yang ketat. Saya aykin, memang iman tidak dapat diwarisi.... tetapi di manakah konsep pendidikan daripada ibubapa kepada anak-anaknya....
Semestinya difahami bahawa menutup aurat merupakan kewajipan agama yang sudahpundiketahui umum umat Islam. Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadits dan kesepakatan para ulama. Akan tetapi ramai umat Islam yang mengabaikan dan bersifat acuh tak acuh akan tuntutan dan kewajipan menutup aurat ini, baik lelaki mahupun perempuan.
Apa yang menyedihkan ialah cara atau tren berpakaian segolongan individu, khususnya perempuan, tidak menepati dengan apa yang digariskan oleh syara‘. Pakaian yang mereka pakai bukan untuk menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan semata-mata agar dipandang cantik dan bergaya.
Lebih mengecewakan lagi, anggapan sesetengah individu itu bahawa memadai apabila dia memakai tudung sahaja, maka sudah bermakna dia menutup aurat. Sedangkan pakaian yang dipakai nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘, seperti memakai seluar yang ketat atau pakaian pendek, nipis (jarang) dan kain berbelah, sama ada mereka sedari ataupun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai itu adalah mengghairahkan. Bahkan cara bertudung pun masih menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau disembunyikan.Ada pula yang memakai pakaian yang lengkap menutup aurat pada waktu-waktu tertentu sahaja, seperti ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan dan kedukaan seperti kematian, tetapi tidak pada waktu-waktu lain.Sikap sebahagian wanita-wanita muslimah seumpama ini menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar menutup aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.
Tuntutan Menutup Aurat Adalah Perintah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mewajibkan lelaki mahupun perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan caracara menutup aurat itu. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara‘ bererti mentaati perintahNya. Bilamana menutup aurat merupakan suatu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu kederhakaan.
Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan.
Ancaman dan balasan Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibatmelanggar tuntutan ini ialah laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya itu tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat dihidu oleh mereka, sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak bolehmenghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)
Oleh itu, kita hendaklah mengenakan pakaian untuk menutup aurat sebagaimana yang disuruh syara‘ kerana mentaati perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya kerana tuntutan fesyen semasa atau kesesuaian tempat dan keadaan.
Menutup Aurat Nikmat Anugerah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan bahan-bahan pakaian di muka bumi dan memberikan manusia keupayaan menghasilkan pakaian sebagaimana yang ditegaskan melaluifirmanNya:
ﭽ ﭴﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆﮇﮈﮉﭼ
Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (danbersyukur)”. (Surah al-A‘raaf: ayat 26) Ayat ini menjelaskan bahawa bahan pakaian yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya itu sebagai tanda-tanda limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya untuk menutup aurat mereka.Maka mereka yang mengabaikan kewajipan ini dengan mendedahkan aurat mereka adalah orang-orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai nikmat tersebut. Banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapat daripada kewajipan menutup aurat ini. Islam tidak mensyariatkan sesuatu melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.
Tuntutan menutup aurat ke atas wanita adalah untuk kebaikan bagi diri kaum wanita juga.
Di antara rahsia atau faedah menutup aurat yang khusus bagi wanita sepertimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an ialah untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik dan dengan berpakaian sedemikian, maka mereka tidak akan diganggu. Secara tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat atau berlakunya perkara yang buruk, umpamanya kes rogol.Oleh itu, kewajipan menutup aurat juga merupakan satu nikmat yang wajib disyukuri, iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan ini.
Bagaimana Cara Menutup Aurat Yang Dituntut Syara‘?
Sebelum dijelaskan cara menutup aurat bagi wanita sebagaimana yang dituntut oleh syara‘, perlu disebut terlebih dahulu bagaimana aurat wanita itu di hadapan lelaki bukan mahramnya. Secara sepintas lalu, bagaimana aurat perempuan dalam sembahyang, maka itulah juga auratnya di luar sembahyang. Apa yang boleh nampak di hadapan orang-orang yang bukan mahramnya hanyalah kedua tapak tangan dan muka sahaja, manakala keseluruhananggota badan yang lain merupakan aurat yang wajib ditutup. Cara berpakaian bagi perempuan yang sempurna menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki syara‘ itu dirujuk kepada firmanAllah Ta‘ala:
ﭽ ﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪﮫﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔﯕﭼ
Tafsirnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59)
Dalam ayat di atas telah jelas menyatakan bahawa pakaian yang dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh tubuh pemakainya.Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha: َ
أن أسماء بنت أبي بكر رضي الله عنهما دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رِقاق ، فأعرض عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال لها :" «يا أسماء إن المرأة إذا بلغت المِحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا»
وأشار إلى وجهه وكفّيه "
Maksudnya: “Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallamberpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadits riwayat Abu Daud)
Berdasarkan kepada dua dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut:
1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.
2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.
Petang sabtu yang lalu (13 Jun 2009) sedang saya menyediakan preparation untuk mesyuarat AJK DPP Kaw. Kuala Krau, saya menerima sms dari seorang sahabat memaklumkan kembalinya Ustaz Dr. Fathi Yakan ke rahmatullah. (1933 – 2009). Semoga Allah merahmati ruh al marhum al ustaz Dr. Fathi Yakan , seorang ulama' al mujahid yang terbilang di zaman ini . Menghabiskan usia di medan perjuangan . Pidato dan karyanya sangat membina dan mendidik ummah . Al Marhum adalah ulama' bertaraf dunia yang mempunyai saham perjuangan yang cukup besar dan luas .
Dalam muqaddimah mesyuarat malam itu, kami ahli mesyuarat sekali lagi diminta untuk menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham dan semua pejuang Islam.
Saya mula mengenali beliau ketika saya masih di sekolah menengah. Karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim. Bukunya ini sering saya dan sahabat2 bincang / diskusikannya di dalam usrah BADIB di SMA Al-Khairiah.
Tidak sia-sia kita membaca semua karangan beliau, kita pastikan temui keajaibannya. Ilmu yang dibentangkan kepada kita amat bermakna.
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.
Beliau juga pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia. Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.
Al-Fatihah....[ Jenazah al marhum disembahyangkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan dikebumikan di perkuburan keluarga di Babur Raml. ]
Alhamdulillah, satu Ijtima' Tahunan ILMAM seMalaysia telah diadakan pada 12 Jamadil Awal 1430H bersamaan 05 Jun 2009, hari Jumaat, di Dewan Seminar Masjid Negeri Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Dengan kehadiran yang melepasi 100 orang pelajar lepasan al-Azhar termasuk pelajar lepasan perubatan yang terdiri daripada muslimin dan muslimat. Majoriti adalah di kalangan muslimin. Kebanyakkan mereka adalah terdiri dari lepasan al-Azhar yang graduate pada tahun 2000-2008.
Dengan keberadaan di dalam suasana yang amat selesa dalam dewan tersebut, ditambah dengan kehadiran perasmi dan abang-abang yang bergerak aktif dalam menyebarkan dakwah Islam, yang bertepatan dengan tugas sebenar bagi seorang lepasan al-Azhar, dengan idea-idea dan motivasi yang diberikan oleh mereka memuhasabahkan lagi kepada para hadirin dan hadirat dalam ijtima' tersebut tentang tanggungjawab asal bagi seorang lepasan al-Azhar.
Dengan dihidangkan dengan Nasi Kukus Ayam Berempah, memberi gambaran insyaAllah di masa akan datang, Ijtima' ILMAM seMalaysia kali ke-2 dapat dimeriahkan dan dijayakan oleh tuan rumah yang akan ditentukan di masa akan datang.
Harapan yang diberikan kepada kepimpinan ILMAM Pusat sekarang oleh muslimin dan muslimat yang hadir dengan harapan semoga ILMAM mencapai kejayaan yang cemerlang di persada negara dan antarabangsa. InsyaAllah...sumber :blog ILMAM
****alhamduillah, saya berkesempatan hadir Ijtima' ini. Se,pat juga bertemu teman2 yang dahulunya bergerak kerja bersama di bumi anbia'.. semoga ukhuwah kita kekal selamanya....amin...lepas ni boleh adakan lagi ijtima' ni.... :-)
Ijtima' ILMAM SeMalaysia 05 Jun 2009 (Jumaat)Jam 7 - 10 malam
bertempat di
Dewan Masjid Shah Alam
Semua Graduate From Mesir Dijemput Hadir. KEHADIRAN anda adalah mengikut ILMAM negeri masing-masing. Sila Rujuk ILMAM Negeri Masing-masing. ( Pahang ; Sila Hubungi Us Azraie : 0199841106)
Menutup aurat bukan sekadar bertudung
-
Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis,
selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk *free hair*.
Ga...