


Dalam muqaddimah mesyuarat malam itu, kami ahli mesyuarat sekali lagi diminta untuk menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham dan semua pejuang Islam.
Saya mula mengenali beliau ketika saya masih di sekolah menengah. Karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim. Bukunya ini sering saya dan sahabat2 bincang / diskusikannya di dalam usrah BADIB di SMA Al-Khairiah.
Tidak sia-sia kita membaca semua karangan beliau, kita pastikan temui keajaibannya. Ilmu yang dibentangkan kepada kita amat bermakna.
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.
Beliau juga pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia. Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.
Al-Fatihah.... [ Jenazah al marhum disembahyangkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan dikebumikan di perkuburan keluarga di Babur Raml. ]
0 comments:
Post a Comment