Tuesday, September 15, 2009

Kekasih yang akan dirindui....

Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus."

Namun ianya tetap akan pergi meninggalkan kita dan belum tentu kita dapat bertemu dengannya walaupun rindu dan berharapnya kita untuk bertemunya tersangatlah kuat.

Ramadhan yang akan disesali.... mungkin... kerana apa??? kerana di dalam bulan Ramadhan banyak perkara yang Allah jadikannya sebagai satu masa yang begitu baik untuk dilipatgandakan ibadah...berbanding bulan2 yang lain.... begitu juga pahala dan ganjaran yang luar biasa daripada bulan2 yang lain....

Di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Allah meletakkan Gelaran taqwa bagi mereka yang berjaya memanfaatkan Ramadhan dengan sebaiknya. Taqwa adalah tingkatan dan darjat manusia yang paling tinggi dan paling mulia.

Di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini...Allah jadikan dia sebagao Bulan pengampunan...setiap dari kita melakukan kesilapan dan dosa...peluang untuk bertaubat dan memohon kemapunan dan janji Allah bahawasanya Dia akan menerima tabuat dan memberikan keampunan kepada hambaNya di dalam bulan ini.

Di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..Pahala setia amalan dilipatgandakan berbanding 11 bulan yang berbaki. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu ratus lipat gandanya." (HR. Bukhari Muslim). Bahkan amalan-amalan
sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib. (HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah).

Di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Ini bermakna rahmat Allah melimpah ruah di bulan ini.

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang istimewa, dan Allah sahaja yang membalas pahala mengikut kehendaknya. Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadith qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat danmakanannya kerana Aku." (HR Bukhari Muslim).

Di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Do'a dikabulkan.. adanya Lailatul Qadar, dan berbagai lagi kelebihan yang Allah sediakan bagi mereka yang memanfaatkan bulan Ramadhan.

Kini Ramadhan akan pergi, hanya beberapa hari lagi. beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mengaktifkan diri dengan ibadah dan malanglah bagi mereka yang tidak peduli dengan rahmat Allah ini.

"Ya Allah pertemukan kami dengan Ramadhan yang akan datang...."

0 comments: