Tuesday, December 30, 2008

FILEM : "Sang Murabbi"-mencari spirit yang hilang...


Alhamdulilah saya telah berkesempatan untuk menonton filem terbitan Majelis Budaya Rakyat, dari Indonesia yang menceritakan tentang seorang Syaikhut Tarbiyah Ustadz Rahmat Abdullah..yang berjudul "Sang Murabbi" - "mencari spirit yang hilang”..


Filem ini adalah lain dari yang lain dimana kita lihat bermacam jenis filem yang banyak diisi oleh mistik, tahayul, khurafat, hedonisme dan pendedahan aurat tentunya…

Filem ini sendiri berkisah tentang perjalanan dakwah Ustadz Rahmat Abdullah. Bermula dari persepsi positif Ustadz Rahmat muda tentang profesion guru, yang merupakan cita-citanya ketika di bangku sekolah. Setiap kali apabila ditanya, apa cita-citanya, ia akan menjawab dengan mantap: menjadi guru!

Saya memetik sebuah tulisan sebuah blog berkenaan beliau..

“......Ustadz Rahmat memang berada di jenjang tertinggi partai, serta terpilih pula sebagai wakil rakyat di DPR pusat. Namun, ia kerap dipergoki sedang menyetop bus kota untuk mendatangi sebuah undangan. Ia kerap terlihat jalan kaki untuk jarak yang cukup jauh. Tak ada yang berubah, karena ia sadar betul bahwa langkah itulah yang dimulainya dulu sebagai permulaan di jalan dakwah.Hingga akhirnya, di sebuah hari yang sibuk dan berat, Ustadz Rahmat merasakan tanda-tanda kesehatannya terganggu. Namun, rasa tanggung jawabnya yang besar terhadap amanah dakwah, membuat ia tak begitu mempedulikan tanda-tanda itu.
Ia masih terlibat dalam sebuah syuro penting. Lalu, saat adzan berkumandang dan ia beranjak untuk memenuhi panggilan suci itu, ia berjalan ke tempat wudhu. Saat berwudhu, tanda-tanda itu makin kuat, menelikung pembuluh darah di bagian lehernya. Ia coba untuk menyempurnakan wudhunya, tapi rasa sakit yang merejam-rejam kepalanya membuatnya limbung. Disaksikan oleh Ustadz Mahfudzi, salah seorang muridnya, Ustadz Rahmat nyaris terjatuh. Ustadz Mahfudzi cepat memapahnya, lalu mencoba menyelamatkan situasi. Tetapi Alloh lebih sayang kepada Ustadz Rahmat Abdullah. Innalillahi wa innailaihi raaji’uun…Syaikhut Tarbiyah itu meninggalkan kita dengan senyum yang amat tulus…hujan air mata dari seluruh pelosok tempat mengiringi kepulangan beliau.

Subhanallah…banyak ibroh yang bisa dipetik dari perjalanan dakwah sang guru hingga akhir hayatnya..kata-kata sederhana tapi sarat makna,berikut petikan dialog pada salah satu adegan:
Seorang ikhwah:
Ustadz, gimana nih? Teman-teman udah pada kendor semangatnya. Kalau kita ketemu nggak pernah ngomongin pengajian lagi. Yang diomongin soalekonomi… politik… Gimana dong, tadz?!
Ustadz Rahmat :
Akhi, antum mesti sabar dan ikhlas. Antum tahu monyet?

ikhwah:
Ya, tahu Ustadz. Tapi bukan ane kan monyetnya?

Ustadz Rahmat :

(Tersenyum) Ada cerita, seekor monyet nangkring di pucuk pohon kelapa. Dia nggak sadar lagi diintip sama tiga angin gede. Angin Topan, Tornado sama Bahorok. Tiga angin itu rupanya pada ngomongin, siapa yang bisa paling cepet jatuhin si monyet dari pohon kelapa.

Angin Topan bilang, dia cuma perlu waktu 45 detik. Angin Tornado nggak mau kalah, 30 detik. Angin Bahorok senyum ngeledek, 15 detik juga jatuh tuh monyet. Akhirnya satu persatu ketiga angin itu maju. Angin Topan duluan, dia tiup sekenceng-kencengny a, Wuuusss…. Merasa ada angin gede datang, si monyet langsung megang batang pohon kelapa. Dia pegang sekuat-kuatmya. Beberapa menit lewat, nggak jatuh-jatuh tuh monyet. Angin Topan pun nyerah. Giliran Angin Tornado. Wuuusss… Wuuusss… Dia tiup sekenceng-kencengnya. Ngga jatuh juga tuh monyet. Angin Tornado nyerah. Terakhir, angin Bahorok. Lebih kenceng lagi dia tiup. Wuuuss… Wuuuss… Wuuuss… Si monyet malah makin kenceng pegangannya. Nggak jatuh-jatuh. Ketiga angin gede itu akhirnya ngakuin, si monyet memang jagoan. Tangguh. Daya tahannya luar biasa.Ngga lama, datang angin Sepoi-Sepoi. Dia bilang mau ikutan jatuhin si monyet. Diketawain sama tiga angin itu. Yang gede aja nggak bisa, apalagi yang kecil. Nggak banyak omong, angin Sepoi-Sepoi langsung niup ubun-ubun si monyet. Psssss… Enak banget. Adem… Seger…

Riyep-riyep matanya si monyet. Nggak lama ketiduran dia. Lepas pegangannya. Jatuh tuh si monyet.

Nah, akhi. Tantangan dakwah seperti itu. Diuji dengan kesusahan…Dicoba dengan penderitaan. .. Insya Alloh, kita kuat. Tapi jika diuji oleh Alloh dengan kenikmatan, ini yang kita mesti hati-hati. Antum mesti sabar… ikhlas…
Ingetin terus temen-temen antum,
jangan seperti monyet…;-) ...”

Sebuah filem yang baik untuk tontonan semua....
[ Trailer ]

"Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang
Berkilau di pandang orang
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina."
(Ust. Rahmat Abdullah)

HAPPY NEW YEAR

"hari ini lebih baik dari semalam,

hari esok lebih baik dari hari ini."

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H / 2009M

Tuesday, December 23, 2008

Ulama (guru) jalankan tugas nabi-nabi

Kehadiran nabi-nabi di muka bumi ini, adalah dirancang secara khusus oleh Allah SWT untuk menyelamatkan seluruh bangsa manusia agar melakukan peribadatan hanya kepada-Nya dengan ajaran yang tepat seperti yang diajarkan oleh nabi-nabi Ia bertujuan agar manusia hanya menyembah Tuhan yang sebenar iaitu Allah SWT.

Peranan nabi-nabi bukanlah kecil, memandangkan tugas utama mereka adalah mengajak manusia seluruhnya untuk kembali kepada fitrah asal kejadian mereka iaitu menyembah Allah, maka ia tidak terhenti hanya setakat itu, malah mengajar manusia juga ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tauhid kepada Allah.


Mereka (para nabi) juga terdedah kepada tribulasi yang mengancam kedudukan sebagai nabi. Walau bagaimanapun Allah SWT memelihara mereka bukan sahaja mudah ditimpa musibah yang berat-berat, malah memelihara mereka daripada sebarang unsur yang boleh menjejas nama baik serta harga diri.


Tribulasi, ujian semasa menjalankan tugas dakwah adalah perkara biasa yang mesti dilalui mereka yang bergelar 'pendakwah', ia bagi mematang dan memantapkan kesungguhan mereka ketika berdakwah.


Walau bagaimanapun mereka tetap manusia, ia berhadapan dengan jangka hayat yang telah ditetapkan oleh qada' dan qadar Allah, iaitu menghadapi ujian kematian. Hal ini juga termasuk dalam perancangan Allah kerana bagi-Nya golongan pelapis sudah disediakan.

Ia juga menandakan bahawa manusia tidak selama-lamanya bergantung kepada pihak tertentu seperti pengikut-pengikut para nabi terdahulu, begitu juga para sahabat mesti memikul tanggungjawab menyampaikan Islam sejurus selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.


Para sahabat memikul tugas menyampaikan ilmu


Setelah kewafatan baginda Rasulullah s.a.w., walaupun dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam sejarah tamadun Islam dan manusia, ia segabai satu pemergian yang telah dirancang Allah, agar tugas yang telah disampaikan sebelum ini dapat disambung oleh generasi selepasnya iaitu para sahabat.


Dalam kesibukan mentadbir negara, para sahabat tidak lupa tanggungjawab memberi kesedaran agama kepada rakyat di bawah pemerintahan mereka. Ini jelas berlaku semasa pemerintahan khalifah pertama, Abu Bakar as-Siddiq, ia disambung oleh Sayidina Umar bin al-Khattab dan begitulah seterusnya.


Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka, Mu'az Bin Jabal yang pernah dihantar baginda Rasulullah ke negara Yaman, pernah mengingatkan penduduk negara itu melalui satu ungkapan yang cukup masyhur: "Duduklah bersamaku dan beriman walau sesaat" daripada kehidupan kamu.


Kata-kata Mu?az meninggalkan kesan mendalam pada setiap diri penduduk Yaman, akhirnya menyebabkan mereka rasa bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pengetahuan agama, terutama ilmu akidah, fiqh, sirah, tafsir, hadis dan sebagainya yang dianggap sebagai ilmu-ilmu alat terpenting.


Ini bermakna, para sahabat telah menjalankan tugas dan peranan menyampaikan dakwah dan ilmu-ilmu Islam, hingga mereka juga terpaksa menyahut panggilan Ilahi untuk mengadap-Nya.

Maka tugas besar dan penting itu pula diambil alih oleh golongan Tabi'in yang memperlihatkan kesungguhan mereka berdakwah bagi memastikan kesinambungan ilmu-ilmu Islam dan dakwah diterima oleh generasi berikutnya.


Kegemilangan Islam terserlah pada zaman para ulama terbilang, mahu tidak mahu walaupun berdepan dengan pelbagai kerenah pemerintah dan rakyat yang semakin cenderung kepada kehidupan dunia yang berlebihan, dakwah Islam tetap diutamakan.


Pemerintah bersaing memuliakan ulama


Apabila Islam berkembang pesat dan semakin mendapat tempat di hati umat melalui pengembangan ilmu dan tamadunnya, terdapat para pemerintah dan ketua-ketua negara pada zaman silam, saling bersaing antara satu sama lain pada memuliakan para ulama, sasterawan serta cendekiawan.


Pernah disebut, bahawa suatu hari pada zaman silam, terdapat seorang pemerintah yang dikenali sebagai Khalifah Harun ar-Rasyid sering menjemput ulama ke istananya untuk menyemak sistem pemerintahannya, mereka dimuliakan dengan sebaik-baiknya oleh khalifah dan kemudiannya memberi hadiah atau sagu hati sebagai tanda ingatan.


Begitu juga sikap segelintir pemerintah yang cintakan agamanya, mereka menghantar utusan bagi mendapatkan khidmat para ulama untuk memantau sistem pemerintahan yang mereka jalankan agar selari dengan tuntutan hukum-hukum Islam.


Para utusan dibekalkan surat akuan pemerintah yang ditulisnya sendiri di atas sekeping warkah yang sangat mahal harganya untuk diserahkan kepada mereka agar bersedia untuk menerima jemputan pemerintah berkenaan.


Ia tidak lain adalah untuk menghargai sumbangan ulama dalam memartabatkan Islam sebagai agama yang benar daripada Allah SWT.


Kisah Khalifah Harun dengan guru anak-anaknya


Suatu hari Khalifah Harun menjemput seorang guru kepada anak-anaknya yang dikenali sebagai Kisaie agar datang ke rumahnya untuk menjamu selera bersama keluarganya.


Kisaie seorang guru agama yang semakin kabur penglihatannya, namun kesempatan yang terluang untuk mendapat keberkatan guru diambil oleh Khalifah Harun untuk mencucurkan air ke atas tangan guru berkenaan selepas selesai menjamu selera.


Kisaie kemudiannya menyuruh agar dibawakan kedua belah seliparnya, pada kesempatan itu, kedua-dua anak khalifah iaitu al-Amin dan al-Makmun masing-masing menerjah ke muka pintu untuk mendapatkan selipar gurunya.


Pada saat itulah terjadi perebutan di antara kedua-duanya. Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan agar masing-masing anaknya membawa selipar tersebut sebelah sahaja, mereka berdua akur dengan arahan tersebut.


Selepas tuan guru tersebut keluar dari rumah, salah seorang para hadirin telah bertanya kepadanya: Barangkali mungkin tuan guru kenal orang yang telah mencucurkan air ke atas tangan dan meletakkan selipar di hadapan kaki tuan guru tadi.


Kisaie menjawab: Manalah aku tahu semuanya, boleh jadi yang lakukan semua itu khadam, walau apapun semoga Allah sentiasa memeliharanya.


Orang yang bertanya tadi menjelaskan, bahawa sebenarnya yang mencucurkan air ke atas tangan tuan guru adalah khalifah sendiri sementara kedua-dua anaknya yang telah membawakan kedua-dua belah selipar.


Mendengar penjelasan itu, Kisaie segera memanjatkan doa kepada Allah agar kehidupan baginda khalifah sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah, di samping mengangkat taraf martabat dan kedudukan mereka, baik di dunia mahu pun di akhirat.


Allah memuliakan ulama


Allah SWT menegaskan melalui firmannya dalam ayat 122 surah at-Taubah: "Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah)."


Ayat di atas menjelaskan bahawa, menuntut ilmu itu satu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Ulama mesti belajar secara mendalam tentang urusan ilmu agama yang bertujuan supaya menyedarkan kaumnya daripada terjebak dalam melakukan perbuatan atau perkara yang bercanggah dengan nilai-nilai agama.


Jika tugas menuntut ilmu dapat dicapai dengan baik, kemudian dapat pula menyampaikannya kepada umat agar sentiasa berjaga-jaga dan waspada, tidak ada sebab mengapa mereka tidak dimuliakan Allah, itulah yang akan melonjakkan kedudukan sebenar ulama yang sebenar yang mahu dihasilkan oleh Islam.


Seorang tokoh ulama kontemporari, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi ada menjelaskan dalam bukunya 'Rasul dan Ilmu', apabila ulama mampu menjana lima perkara berikut, pasti mereka akan dimuliakan Allah SWT, sekali gus melonjakkan mereka diri sebagai pewaris tugas nabi-nabi:


Amanah terhadap ilmu yang dipelajari. Rasa mendalam terhadap tanggungjawab kepada agama, negara, masyarakat. Memilki ciri kemuliaan diri (untuk menyelamatkan agama daripada penyelewengan). Memilki ciri tawaduk yang diperlukan. Beramal sesuai dengan tahap ilmu di dada.


Ulama yang mendapat kehinaan


Perkara ini telah disingkap Allah melalui firman-Nya ayat 176 surah al-'Araf yang bermaksud: "Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."


Sesungguhnya Allah umpamakan ulama yang cenderung kepada kehidupan dunia yang berlebihan serta tidak menjalankan tugas menyampaikan Islam ibarat seekor anjing yang hina di sisi Allah SWT.


Kerana ayat tersebut diturunkan ke atas seorang ulama Bani Israil bernama Bal'am Bin Ba?urak, yang diamanahkan Nabi Musa untuk menyampaikan Islam kepada Firaun memandangkan keilmuannya yang cukup tinggi dibandingkan dengan orang lain pada waktu itu.


Bal?am bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi sesampainya dia di istana Firaun, dia berpaling tadah tidak mahu menyampaikan tugasnya untuk berdakwah, malah mengikut segala telunjuk Firaun yang menjanjikan pulangan lumayan.


Maka kisah tersebut diabadikan dalam al-Quran sebagai bahan renungan kepada generasi hari ini dan akan datang, agar tidak terperangkap dengan bisik rayu syaitan yang dikutuk Allah sampai hari akhirat.

Thursday, December 18, 2008

Selesai sudah sesi ini...

alhamdulillah, setelah lima minggu saya dan teman2 yang lain berkursus di IPTAA ni, akhirnya tamat juga,... tamat ker? eh2 belum lagi... 2010 nnti baru habis...

apa pun, bila pk semula,... x pernah merancang pun utk masuk ke maktab ni,.. dan tak pernah langsung merancang untuk memohon KPLI atau DPLI atau j-QAF... namun saya berkeyakinan bahawa Allah telah berikan kepada saya jalan dan hikmah untuk ke sini..

Keletihan dengan kuliah yang majoritinya dari pagi sampai ke petang dan kadang2 sampai ke malam... memamg meletihkan... terfikir, selama belajar dari tadika sampai ke mesir, tidak pernah merasai kuliah dari pagi sampai ke petang....

tapi apa yang menyeronokkan ialah saya peroleh banyak ilmu baru.... dan sebelum ni tidak pernah berada di dalam dunia pendidikan secara menyeluruh.... bila masuk ke KPLI ni, barulah nampak akan keadaan serta suasana berada di dunia pendidikan...

Apapun, semoga kursus ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman serta boleh menjadikan kami guru2 yang terlatih....

see you again....

TAMAT SEGERA SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

Oleh : Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
Penulis adalah AJK Kerja PAS Pusat.


Sekarang Kementerian Pelajaran pening kepala menanggani pengajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Akhbar Utusan Malaysia 17/12/2008 melaporkan ada tujuh opsyen hasil daripada persidangan meja bulat. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan persidangan meja bulat PPSMI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong memberitahu, semua opsyen tersebut adalah hasil lima siri persidangan meja bulat PPSMI yang disertai oleh wakil parti politik, tokoh akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Katanya, opsyen itu ialah meneruskan PPSMI seperti sedia ada, menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah selain memulakan PPSMI dari tahun empat hingga sekolah menengah.''Opsyen lain ialah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah selain penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.


''Opsyen turut menyentuh penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di tahun satu hingga tiga, penggunaan dwibahasa pada tahun empat hingga enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah dan memansuhkan mata pelajaran Sains di peringkat tahun satu hingga tiga tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.,'' katanya.


Fenomen ini berlaku akibat dasar yang gopoh di era Tun Dr Mahathir yang keras kepala tidak mahu terima pandangan cerdik pandai ketika melaksanakan dasar ini.


Tokoh yang lantang menentang pelaksanaan projek ini seperti Prof Shahrir Mohd Zin (pakar Methematik) UKM, Prof Dr Abdullah Hassan (UPSI), Prof Dr Awang Sarian (UPM) Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (UM) dan lain-lain lagi. Suara mereka macam curah dalam dauh keladi sahaja pada waktu itu. Malah dituduh mereka anti kemajuan.


Pelik bin ajaib yang sokong projek ini ialah Ketua Umno cawangan Jengka 1 Abdullah Ani dan Mohd Shahaimi Othman Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung . Nampaknya mereka lebih hebat dariapda cerdik pandai yang membantah projek ini. Inilah adalah sebahagian besar yang mewakili mentaliti Umno.


Pas daripada awal lagi kita menentang sehingga kita saman kerajaan Malaysia kerana melaksanakan dasar ini. ini bukan bererti Pas menentang Bahasa Inggeris. Kita iktiraf ia sebagai bahasa ilmu dan kena perkasakan cara belajar Bahasa Inggeris mengikut kaedah pembelajaran bahasa. Kerajaan kena muhasabah kenapa pelajar belajar bahasa Inggeris selama 11 tahun daripada darjah satu sampai tingkatan 5 masih lemah penguasaan bahasa Inggeris. Ini yang perlu diperbaiki, bukan tikus membaiki labu.


Tidak ada mana-mana kaedah untuk pandai bahasa kena belajar melalui mata pelajaran lain. Mana ada orang belajar bahasa Mandarin, Jepun, Korea melalui metematik dan Sains, malainkan cara Tun Dr Mahathir & Co sahaja.


Sebenarnya Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris adalah projek berniaga untuk talian hayat kroni. Cuba siasat siapa yang dapat tender computer note book, LCD, cetak buku. Bukan kerana pelajar lemah bahasa Inggeris tetapi kerana poket sudah tiris. Wang rakyat sudah dibelasah sebanyak 2.1B sejak pelaksanaan projek ini bermula pada 2003.


Setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM Menteri akan umumkan keputusan Metematik dan Sains meningkat, menandakan projek ini berjaya. Bukan sahaja murid terkejut, malahan guru juga terkejut. Kalau hendak tahu keputusan sebenar kena rujuk kepada cikgu di sekolah melalui keputusan percubaan yang diadakan di sekolah. Kerana markah lulus tidak dieksploit untuk menaikkan graf kelulusan.


Perlu dingat pelajar bukan bahan kajian, masa depan pelajar jangan dizalimi kerana dasar ini.Pelajar bukan ayam daging, kalau kena penyakit boleh dibuang. Pelajar adalah pelapis untuk masa depan negara. Nasib yang menimpa mereka jangan berlarutan sehingga menjahanamkan masa depan generasi akan datang terutama pelajar yang berada di luar bandar.


Kementerian pelajaran dengarlah nasihat dan rujuklah orang yang arif dalam bidang pendidikan. Janganlah malu untuk mengaku kesilapan. “Kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal dalam kesilapan”. Jangan pedulikan Tun Dr Mahathir, kita mesti memikirkan masa depan generasi akan datang. Kalau dahulu selemah mana sekalipun pelajar boleh juga mengira, sekarang mengira pun tidak tahu kerana mereka dizalimi dengan sistem yang telah dipaksakan kepada mereka.

Monday, December 15, 2008

Hati......

Buat hati-hati teman fillah di dunia sementara, di akhirat kan kekal selamanya..Apabila dikatakan semuanya yang dinikmati di alam fana ini hanyalah pinjaman, memang benar.. sekecil2 perkara sehingga sehebat-hebat benda yang dikecapi, ianya tidak lain tidak bukan, pinjaman dari Yang Maha Pemberi kepada hamba-hambaNya di bumi.. tidak kira pilihan yang dibuat oleh mereka yang pilih untuk tunduk padaNya ataupun tidak..Begitu juga dengan hati-hati di dalam sanubari setiap insan di dunia ini.. Hati yang diertikan bukannya hati yang mampu dilihat secara fizikalnya, yang dipelajari di bangku sekolah setibanya waktu cikgu biologi masuk untuk menerangkan ciri-ciri dan fungsinya..Namun, hati yang ingin dimaksudkan, hati yang lahir dari dalam jiwa nurani setiap insan.. di mana setiap perkara, perlakuan, percakapaan yang dilakukan di gerakkan oleh hati ini.. andai yang menggerakkan kenderaan di jalanan adalah engin yang terletak di dalamnya..ketahuilah,hati lah yang sebenarnya engin penggerak dalam tubuh manuisa..biarpun secara medikalnya, jantung yang memastikan aliran darah tiba pada tempatnya pada waktunya..akan tetapi, ia bukanlah neraca timbangan dalam setiap perkara yang dilalui.. hati inilah yang menentukan neraca yang kan ia gunakan dalam membuat keputusnAndai engin kenderaan perlu diservis setelah ia bergerak sejauh xxKM, ketahuilah, begitu juga hati insani.. dan sesungguhnya, hati-hati setiap insan, jauh lebih banyak bergerak, berkerja berbanding engin di dalam kenderaan jalanan.. Jesteru itu, hati-hati ini perlu sentiasa diservis, berulang kali.. bukan hanya setelah ia lemah, baru hendak diperbaiki..Pabila ingin membeli kenderaan bermotor ini, pasti yang mampu beraksi dengan baik menjadi pilihan..Dan hati-hati insan di dunia ini.. bagaimana untuk menjadikan diri tampil ke hadapan, biar tampak di dalam jutaan hati-hati lain di kala hati-hati ini semuanya tampil menghadap Ilahi?Biarpun tahu hati diri tidak mungkin setanding para rasul dan nabi.. tidak mampu sebaris beratur dengan para sahabat.. tidak layak untuk berkumpul bersama mujahid-mujahidin.. namun, ketahuilah.. keberadaan di dunia ini, di akhir zaman ini, ada kelebihan yang diberi.. kerinduan nabi untuk berjumpa di jannah nanti.. hanya kerana hati-hati ini tulus ikhlas bergerak menuju Ilahi biarpun tidak sempat bersama nabi untuk menyiarkan panjiNya di muka dunia..tiada dorongan yang langsung (berhadapan) darinya..Sebagai da'ie yang dipilih oleh Yang Maha Esa.. Maha Mengetahui.. hati-hati yang bersemi di dalam sanubari, insyaAllah sudah mula beroperasi dengan giat dan proaktif.. Oleh itu, sentiasalah melawat hati diri, agar mudah dikesan di saat ia mula lelah... mula hadir garis-garis kurang sihat.. Apabila dapat dikesan di awal waktu, sudah pasti senang untuk diubati.. kerna masih lagi tidak severe injury yang di hadapi.. jangan ditangguh untuk diubati.. jangan biarkan ia sendiri tanpa follow-up yang kerap.. kerna keseorangannya mampu mengajak kehadiran mereka yang tidak diundang.. yakni, si dia yang berjanji untuk merosakkan hati-hati mu'min mu'minin di dunia..Untuk memastikan hati-hati ini agar tetap sihat.. antara servis yang boleh dilakukan oleh jasad-jasad yang memikul hati-hati ini adalah...bibir tidak lekang dari zikrullah dan istighfar..zikrullah mengingatkan hati bahawa ia masih lagi belum mencapai matlamat..hadirnya ingatan pada Ilahi.. menjadi daya tolakkan pada hati untuk kembali beroperasi dengan kesungguhan yang baruistighfar melahirkan rasa tunduk dalam hati.. agar tidak riak dalam setiap amal yang dilakukannya, digerakkannya..dan juga perlunya doa sentiasa..dan bukan hanya sekadar selepas solat ataupun saat hendak menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan.. Doa-doa mendekatkan hati pada PenciptaNya.. kerana ia tahu, segala keputusan yang dibuat, semuanya di gerakkan oleh ilham dariNya.. dan seandainya ia terjatuh ke kawasan laranganNya, maka, kan gelap hitamlah pandangannya pada sekitarnya.. Doa bisa menundukkan hawa nafsu yang sentiasa kan cuba menggoda hati, manariknya kuar dari pendirian untuk melalui fitrah ia dicipta.. Tidak lupa pada hadiah dariNya pada umat Muhammad (saw).. kalamullahNya yang diaturkan di dalam Quran.. perlu hati-hati ini sentiasa menghayati peringatan dariNya, kisah-kisah yang ingin disampaikan buat mengubati kegusaran hati para insan, hukum-hukum yang digariskan untuk dipatuhi agar hidup di muka bumi tidak rusuh.. tilawatilkan ia, tadabur kan maksudNya.. kiriman khas kalamullahNya buat para hamba yang memilih untuk menerimanya..Biapun kan sentiasa sibuk hati-hati ini.. dalam mengerakkan jasad di mana ia bersemi.. ketenangan masih mampu ia kecapi, andai ia disogokkan bekalan-bekalan yang dikatakan tadi.. (zikrullah, istighfar, berdoa, tawatil quran).Tiada yang mampu dikongsikan lagi dari hati ini di kala ini.. hanya satu harapan yang dibawa.. agar tatapan mata-mata yang meratapi perkongsian hati disini, akan membawa satu message yang kan dibawa ke dalam hati milik mata yang memilih untuk mendengar tatapan hati ini.. dari hati untuk hati..setiap pilihan hati-hati hambaNya, tidak mungkin dapat dinilai sekadar pandangan insan di dunia, semoga hati-hati di sini benar-benar telah memilih jalan yang hakiki, jalan yang tidak bersimpang dari matlamat menuju Ilahi biarpun ia penuh ranjau dan tusukan berduri, kan hati-hati ini teguh berdiri, melaksankan tugas selagi ruhnya miliknya tidak dibawa pergi..

Monday, December 08, 2008

EID MUBARAK - EIDULADHA 1429H





Selamat menyambut hari raya aidiladha, sama2 kita perbanyakkan takbir dan tahmid serta mengisi waktu2 yang penuh rahmat dan barakah ini dengan amalan yang berfaedah dgn tidak mencemarkannya dengan perkara2 yang melalaikan...





Aidiladha tahun ni saya berada di Jengka. kalau tahun lepas di mekah, 2 tahun sebelum tu di mesir.... teringat kenangan di sana... namun kadang2 kita selalu menilai sesuatu tempat utk menetukan kegembiraan menyambut hari raya.... di mana pun kita berada, apa yang sepatutnya ialah kita memanfaatkan sebaiknya hari yang berkat ini...




    klu di mekah 10 zulhijjah semua jemaah akan berpusu2 menuju ke mina untuk melontar jamrah... klu di mesir dulu, dpm/pmram tiap2 tahun menganjurkan korban,,,, tp d jengka ni???




      semua jemaah selepas solat hari raya bersalam2an dan kemudiannya menuju ke tempat penyembelihan.... sekarang ni musim hujan... hujan tidak menghalang untuk ibadah korban ini di laksanakan... Allahuakbar!!!!





        Saje mengisi masa terluang ni.... apa pun selamat hari raya aidiladha..... moga bertambah iman dan taqwa kita.... Amin ya Rabb... terimala kami sbg hamba-Mu,...ampunkan dosa kami...