
Beliau turut menyentuh nasib umat Islam di Palestin yang hingga kini tidak berubah kerana sikap umat Islam yang mencari idelogi ciptaan manusia daripada Islam yang telah lengkap diturunkan oleh Allah. Beliau turut memetik kata-kata Saidina ‘Umar Al-Khattab r.anhu sewaktu pembukaan Kota Baitul Maqdis dengan berkata, “Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jika kita mencari selain Islam kita akan dihina oleh Allah.” Turut menyampaikan ucapan ialah tokoh pemuda, Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi yang juga mantan pimpinan mahasiswa Mesir di Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) sekitar tahun 1992.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Pembantu Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), En.Daud Jamil dan Yang Dipertua KPKM, Ustaz Nor Halif Mohd Nor. Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua KPKM, Ustaz Muhammad Najid Abdullah ketika mempengerusikan majlis mewakili KPKM mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan buat En.Daud Jamil serta Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) atas keizinan menggunakan dataran sebagai lokasi ceramah. Menurut beliau, ini kerana pihaknya tidak dapat menampung jumlah kehadiran yang ramai jika diadakan di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru berdasarkan pengalaman majlis pada masa lalu. Pihak KPKM turut mengucapkan penghargaan terima kasih buat Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah dan Majlis Keluarga Kebajikan Kedah (MKKK) dan semua rumah negeri di kawasan Hayyul ‘Asyir atas kerjasama yang diberikan.
0 comments:
Post a Comment