Saturday, May 10, 2008

Ubuntu : Sebuah Sistem Operasi Berasaskan Linux

Dalam bidang sains komputer, Sistem Operasi (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas, dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan, dan pelayar web – wikipedia.

Pengenalan


Berasaskan kepada sistem linux dan bersumberkan Debian, Ubuntu merupakan sebuah sistem pengendalian atau sistem operasi komputer sebaris dengan Windows keluaran Microsoft dan Mac OSX keluaran Apple. Nama “Ubuntu” berasal dari perkataan Zulu yang membawa maksud “Kemanusiaan Untuk Semua”. Tidak susah untuk mencari sebab mengapa nama “Ubuntu” berasal dari bahasa Afrika kerana pengasas Ubuntu merupakan kelahiran Afrika Selatan. Dia yang saya maksudkan ialah Mark Shuttleworth, seorang jutawan perisian yang mendermakan keringat, idea dan penajaan untuk sebuah sistem operasi percuma menerusi syarikat Canonical kepunyaannya sendiri.

Sejarah

Ceritanya bermula apabila Mark Shuttleworth mengumpulkan penggiat perisian sumber terbuka sekitar tahun 2004 untuk membangunkan sebuah sistem operasi berasaskan linux yang baru. 6 Bulan kemudian, terbitlah hasil pertama mereka memakai nama Warty Warthog bernombor siri 4.10 yang melambangkan tahun (4=2004) dan bulan (10). Dalam tempoh 2 minggu sahaja selepas 4.10 dikeluarkan, Ubuntu mampu menarik sehingga 3000 pembangun dan penyumbang idea untuk memantapkan lagi versi seterusnya.

Ingin berkenalan dengan Ubuntu secara terperinci.....

      0 comments: