Sunday, April 27, 2008

.:: kebaikan yang agung itu..semuanya dari ALLAH ::.

Assalamualaikum wbt


Syukur kepada Allah kerana sempat juga untuk menulis walaupun sedang berada di dalam fatrah imtihan...Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi Muhammad saw.

Medium dakwah di internet telah dimaklumi dengan kewujudan pelbagai laman web Islam. Namun demikian perkara menarik yang ingin diutarakan di sini ialah berkaitan dengan tulisan-tulisan yang dimuatkan di dalam blog-blog peribadi.

Menginsafi betapa pentingnya peranan dan kesan media elektronik dengan medan dakwah, maka golongan mahasiswa dan mahasiswi Islam atau para daie perlu memanfaatkan seluruh peluang yang ada bagi melatih diri menjadi penulis yang dengan tulisannya ia mampu menyampaikan mesej dakwah yang suci murni itu melalui blog-blog mereka.

Para dai’e wajar memprofesionalkan diri untuk tujuan menyampaikan mesej dakwah. Media elektronik mampu mencernakan keilmuan mereka melalui penulisan yang mantap, bernas serta mampu menyaingi kemelut penyebaran maklumat yang semakin canggih. Dunia dakwah menjelang abad ke-21 memerlukan tindakan-tindakan yang bijak. Setiap ruang yang dilihat berkesan untuk kepentingan Islam dan ummahnya perlu digarap sebaik mungkin. Ini penting supaya dakwah Islamiyah dan para dai’e tidak terpinggir dari perhatian masyarakat dan negara.

Sememangnya terbukti.... kewujudab blog yang begitu becambah di internet serta kupasan-kupasan dari blogger-blogger telah mempengaruhi keputusan PRU ke 12 baru-baru ini. Blog-blog yang ada telah banyak memberi maklumat di samping web-web berita yang sedia ada.

Tahniah kepada semua yang telah menyumbang idea, kupasan serta maklumat di dalam perkembangan dakwah Islamiah di Malaysia...!!! Mabruk buat Malaysia baru......

------------------------------------------------

Sehubungan dengan itu, pada tanggal 27 April 2006 blog ini diwujudkan. Hati tercetus apabila melihat blog Ustaz Fadzlah B Abd Rashid dan berminat untuk belajar...

Pada 28 April 2006 blog ini mula beroperasi...Terima Kasih Ustaz Fadzlah B Abd Rashid kerana telah memberi tunjuk ajar serta membuka jalan ke arah memantapkan lagi ilmu berkaitan dengan teknologi; antara ilmu yang sangat diperlukan di zaman yang canggih dengan teknologi ini.

Setelah meminta pendapat dari sahabat-sahabat, ramai yang memberikan komentar dan sokongan supaya blog ini dimuatkan dengan artikel-artikel yang berkaitan dengan Al-Quran & Qiraat. Sesuai dengan takhassus yang dipelajari maka sedaya upaya diusahakan untuk tujuan tersebut walaupun hanyalah sekadar artikel asas serta yang mudah. Semoga semua mendapat gambaran berkenaan dengan ilmu ini.

1 tahun telah berlalu...Blog ini juga telah beberapa kali bertukar wajah. Mungkin satu hari nanti akan berubah mengikut selera serta keadaan yang berlaku.....(",) serta mungkin juga artikel-artikel tidak hanya tertumpu kepada ilmu Al-Quran & Qiraat sahaja bahkan sebagaimana yang ada seperti sekarang ini....

------------------------------------------------

Terima kasih kepada semua yang memberikan komentar serta sokongan serta kepada semua yang pernah melayari blog ini...tiada yang diharapkan melainklan kebaikan yang agung itulah sebagai manfaat untuk diri kalian semua...

Layout terbaru ... ha ha ha... x der kerja dah. (",)

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA

JAZAKUMULLAH

0 comments: