Friday, March 28, 2008

Untukmu PMRAM


PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR 2008


"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH JULANG IZZAH TEGUH WAHDAH"


PMRAM 2008 ; Membawa Gelombang Pendidikan Terancang

Oleh Setiausaha Agung PMRAM 2008


Mahasiswa seharusnya merubah kepada hasrat keinginan yang melampau. Sikap ingin mendalami dan ingin mencari sesuatu merupakan sifat yang seharusnya dicanai oleh semua mahasiswa Al-Azhar pada masa kini.


Ulama-ulama zaman silam sudah terbukti lahir sebagai pejuang yang terus beramanah mendaulatkan ilmu. Justeru, sebagai mahasiswa Islam abad ini, sikap ini merupakan tauladan yang seharusnya dijadikan contoh.


PMRAM 2008 meneruskan misi dengan meletakkan harapan bahawa ahli sentiasa peka terhadap perkembangan nilai ilmu sama ada yang dibentuk daripada teori pendidikan ataupun latihan yang berterusan. Amanah mendalami sebanyak mungkin ilmu yang ada di dunia ini merupakan tanggungjawab yang besar dan harus dipikul bersama.


Tema JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH adalah kunci besar utama yang perlu difahami dengan jelas oleh semua ahli. Usah membelakangkan amanah besar ini. Belajar dan terus belajar.

0 comments: