
Di bawah naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), DPM (MAQAZ) Shoubra mengorak langkah dengan jayanya walaupun berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Hal ini juga telah membuatkan DPM (MAQAZ) Shoubra semakin hari semakin mula dipandang tinggi oleh warga azhari/azhariah.
Dalam memberikan khidmat bakti serta menyumbangkan pelbagai keringat demi melihat ahli-ahlinya sentiasa disiap siagakan dengan keperluan semasa mahupun ilmu yang pelbagai, DPM (MAQAZ) Shoubra sentiasa berusaha sedaya upaya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.
Dengan kesatuan ahli yang ada, DPM (MAQAZ) Shoubra telah banyak mengadakan program-program untuk kepentingan bersama sebagai menyahut seruan penaungnya iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Di samping sumbangan yang begitu menyeluruh kepada PMRAM dalam memenuhi wasilah bagi mencapai tema yang sering di canangkan iaitu "GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN", tanpa berbelah bahagi, DPM (MAQAZ) Shoubra sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan tema tersebut.
Saban tahun program-program berbentuk kerohanian, thaqafah, dan kebajikan, semuanya dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan semasa dan berusaha untuk memantapkan lagi ukhuwah sesama ahli.
Antara program yang menjadi kelaziman DPM (MAQAZ) Shoubra ialah kelas-kelas tafaqquh, perhimpunan mingguan Serambi, Halaqah Muzakarah, Kolokium Ilmuan (Q), Malam Senandung Aidilfitri (MSA), Hari Keluarga Shoubra (HKS), Dewan Ibnu Al-Jazari (DEIJA), dan Liga bola sepak Piala Exco.
Kini, DPM (MAQAZ) Shoubra melangkah setapak lagi dengan menganjurkan program-program terbaru sesuai dengan keperluan semasa bagi memantapkan jatidiri warga DPM (MAQAZ) Shoubra.
Antara program-program tersebut ialah Kursus Aplikasi Adobe Photoshop, Kursus Pembinaan Blog, Kursus Jenazah dan Kursus Pengurusan Organisasi.
Pada sesi kali ini, DPM (MAQAZ) Shoubra cuba menekankan 3 aspek utama dalam usaha untuk menyeru ahli-ahli supaya lebih menitikberatkan perkara-perkara asas sebagai huffaz. Pertama ROHANI, ke dua THAQAFAH dan yang ketiga UKHUWWAH.
Contoh program yang telah dianjurkan bagi memastikan pembawakan DPM pada kali ini terlaksana ialah Qiamullail Perdana / bulanan, Solat Sunat Hifzi, Puasa Sunat Isnin & Khamis, Forum Hijratur Rasul, ziarah AJKT ke rumah ahli dan sebagainya.
Ke tiga-tiga aspek ini cuba diserapkan di dalam program-program yang di anjurkan. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini menjadi bekalan amal soleh di sisi Allah.
0 comments:
Post a Comment