Tuesday, November 27, 2007

PMRAM Menyerahkan Memorendum Kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia

26 November - Kaherah, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah menyerahkan satu memorandum kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan kedatangan beliau ke Mesir untuk merasmikan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007.

Memorendum yang telah disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melalui Yang Berhormat Dato' Mustapha bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia adalah beberapa pandangan dan sumbang saran PMRAM terhadap isu-isu kebajikan mahasiswa Malaysia di Mesir dan masyarakat di Malaysia.


Sebanyak lapan isu telah dimuatkan di dalam memorandum tersebut yang diharapkan dapat membantu masyarakat pelajar Malaysia di Mesir dan meningkatkan lagi modal insan di Malaysia. Isu-isu dan tajuk yang dimuatkan di dalam memorandum tersebut adalah:


Isu Pengajian Mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar
Isu Kelemahan Penguasaan Bahasa Arab
Mempelbagaikan Sumber Bantuan Kewangan Kepada Mahasiswa Al-Azhar
Memohon Kebenaran Untuk Kembali Beroperasi Di Pejabat Asal PMRAM
Menambah Produk Bacaan Ilmiah
Meningkatkan Kebajikan Golongan Saudara Baru
Membasmi Masalah Sosial
Meluaskan Jaringan Sektor Pekerjaan Di Kalangan Graduan Pengajian Islam



PMRAM berharap agar memorandum ini akan mendapat perhatian daripada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia demi memastikan survival ilmu dan keutuhan akhlak dan jati diri masyarakat Malaysia berada dalam keadaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Sunday, November 25, 2007

Baca jer....

APAKAH PERASAAN ANDA APABILA ANDA MEMANGGIL ANAK @ ISTERI @ PEKERJA ANDA ? TETAPI MEREKA BUAT TIDAK DENGAR DAN CUMA DATANG KEPADA ANDA SELEPAS 1 @ 2 JAM SELEPAS ANDA PANGGIL DENGAN BERKATA “ADA APA AYAH @ ABANG @ BOS ?. TADI AYAH @ ABANG @ BOS PANGGIL SAYA KAN ?” -

Sediakan jawapan anda terlebih dahulu sebelum baca yang seterusnya.


Mungkin anda akan lempang anak/isteri anda atau pecat pekerja anda. Di dalam kepala anda
anak/isteri/pekerja derhaka tak guna di simpan. Sesia aku bela/jaga atau beri gaji selama
ni.


Mungkin anda ada definasi lain yang lebih baik atau lebih buruk.


Soalannya : setakat apakah yang anda telah berikan kepada anak/isteri/pekerja anda ?
Makan ? Minum ? Rumah ? Wang ?


Lihat lah fakta ini dan renungilah kebenarannya………semoga kita sama sama beroleh manfaat
daripadanya.


Allah memanggil kita 5 kali sehari semalam melalui muazzin ( Azan waktu ).


Adakah kita pergi menyahut seruan Allah itu atau kita sebuk dengan urusan kita dengan alasan
waktu solat masih panjang lagi, ada mesyuarat dan lain lain alasan lagi.


Ingatlah Allah memberikan kita semuanya. Dari jari, tangan, kaki, mata, kepala dan segala
galanya yang ada ditubuh kita. Tak pernah minta di bayar. Rasa rasa kalau dia minta bayar
sewa tangan atau mata camne ?? Ataupun dia kata nak pakai alat kemaluan tu kena sewa setiap kali pakai ???


Dia (Allah) Cuma minta kita syukur kepada nya dan taat apa yang disuruhnya seperti yang
tercatit didalam al-Quran.


Datang Solat berjemaah setiap waktu apabila di panggil oleh Raja sekalian Alam.Gunakan hukum Allah sepenuhnya didalam kehidupan ini dan lain lain lagi.


Kalau “anak/isteri/pekerja” kita panggil tak guna/derhaka kerana ingkar bila dipanggil
mengadap kita ….apakah pula status kita disisi Allah bila dipanggil (AZAN) tapi kita buat
pekak / bodoh....


KITA DATANG SOLAT 1 @ 2 JAM KEMUDIAN SEDANGKAN ALLAH NAK KITA SOLAT JEMAAH (INGAT DIA) LEPAS SAJA AZAN HABIS.


BUKANKAH ITU MAKNANYA KITA TERAMAT DERHAKA KEPADA ALLAH SEPANJANG HARI. SUBHANALLAH…


INGATLAH semua yang ada didalam diri kita ini kita pinjam daripada Allah taala tanpa bayaran sesenpun.

Tuesday, November 13, 2007

Syabas Bersih!

Mari perbetulkan demokrasi pilihan raya yang pincang

Bagi pihak PAS saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan dan fahaman politik, yang telah turun berama-ramai untuk menjayakan Himpunan Aman BERSIH pada hari Sabtu 10 November, 2007 yang lalu.


Ternyata Himpunan Aman BERSIH itu telah berjaya walaupun terdapat usaha untuk menggagalkannya dari berbagai pihak.


Mudah-mudahan semangat dan daya juang yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu, akan berterusan sehinggalah ianya dipenuhi oleh pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).


Sesungguhnya demokrasi yang diamalkan di negara kita ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya sistem pilihan rayanya pincang dan tempang.


Saya turut merakamkan tahniah khas kepada Unit Amal Malaysia yang di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat kerana berjaya menjalankan tugas dengan penuh berani, amanah dan dedikasi.


Dan hakikat ini bukan hanya diiktiraf oleh pihak PAS malah semua yang hadir termasuklah kebanyakkan laman-laman web bukan PAS yang turut mengiktiraf dan menghargai peranan Unit Amal Malaysia itu.


Pimpinan dan seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS berbangga dengan keberanian, amanah dan dedikasi pasukan Unit Amal yang bertugas pada hari tersebut khasnya di kawasan Masjid Jamek, yang telah sekaligus mengharumkan nama parti dikalangan orang-ramai termasuklah media antarabangsa yang membuat liputan.


Ternyata pihak penganjur dengan bantuan Unit Amal Malaysia mampu untuk memastikan kelicinan dan ketenteraman mereka yang berhimpun secara aman pada hari tersebut, dan jika ianya berjalan tanpa gangguan sudah pasti tiada tangkapan atau penyuraian secara paksa perlu dilakukan.


Syabas dan tahniah kepada semua pihak, dan semoga perjuangan murni kita ini akan beroleh kejayaan, insyallah.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Wednesday, November 07, 2007

HIMPUNAN 100 RIBU - BERSIH


Presiden PAS lancar 'Alternatif Riding Club' Pahang

BANDAR JENGKA, 6 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang melancar 'Alternatif Riding Club' (ARC) dan VCD berkaitan Felda sempena Himpunan Generasi Kedua Felda di Bandar Jengka, dekat sini baru-baru ini.

Difahamkan Pahang adalah negeri keempat melancarkan kelab berkenaan selepas Selangor, Terengganu dan Perlis. ARC mempunyai 1,300 ahli di seluruh negara yang tubuhkan di bawah Lajnah Kebudayaan,sukan dan rekreasi Dewan Pemuda PAS Pusat.


Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, penubuhan Kelab bermotosikal ini adalah suatu usaha untuk mempelbagaikan kegiatan pemuda dalam usaha menarik remaja mendekatkan diri dengan parti.


Tuan Guru Presiden dalam ucapan sebelum melancarkan ARC menegaskan bahawa PAS bukan anti- sukan.


Menurutnya, hari ini rakyat, khususnya golongan muda dilekakan dengan hiburan yang melampau, sukan yang melalaikan seta projek-projek pembangunan.


"Sukan adalah agenda kita, tetapi di dalam sukan itu bukan sukan semata-mata, di dalam sukan ada solat, di dalam sukan ada kegiatan kemasyarakatan.


"Semasa PAS berkuasa di Terengganu dahulu pasukan Bolasepak Terengganu menjuarai Piala Malaysia yang sehingga ini masih gagal diulangi oleh pasukan negeri itu,"katanya.


Selepas pelancaran ARC, bekas pelumba motosikal kebangsaan, Yasir Said membuat satu demonstrasi menunggang motosikal secara betul dan selamat.


Sementara itu dalam satu majlis di Felda Tanjung, Jengka 20, Tuan Guru diberi penghormatan melancarkan pula VCD yang memuatkan isu-isu berkaitan kehidupan peneroka. VCD berkenaan dijual dengan harga RM5 sekeping.