Salam Ma'al Hijrah 1428 buat semua kawan² dan teman semua yang masih berjuang setiap saat dalam menempuh rona kehidupan yang pelbagai ini. Sudah lebih 1400 tahun wafatnya Rasul, dan kini ummatnya menyambut sinar baru di tahun baru ini dengan pelbagai rencah asam garam kehidupan. Detik demi detik dikira, pejam celik kita sudah berumur dan semakin tua selaras dengan peredaran masa... betulke kita dah tua ? ke masih muda lagi baru tumbuh gigi ?
Di kesempatan ini saya bersama mengingatkan diri saya sendiri dan juga sahabat² yang lain tentang peranan dan perjuangan kita di alam yang ketiga ini... hah.. alam ketiga ? ..mai mana pula alam² nih... so itulah jgn lupa kita dah tempuh 2 alam sebelum ini... alam ruh dan juga alam rahim... kini kita di pertengahan kitaran sistem Allah yang bina begitu terperinci sekali... di Alam Ketiga Dunia inilah kita duk bermain Internet membaca tulisan saya yang tak seberapa ini.. So sama² berpesan pada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. teruskan perjuangan dalam hidup ini mencari redhaNya.. jgn putus asa dan lemah semangat, Allah sayang pada hambaNya sbb itu dia uji supaya kita berdoa padaNya selalu... so bbyklah berdoa utk kebaikan... doalah kita supaya bahagia di dunia dan akhirat.. mudah-mudahan kita beroleh kemenangan hakiki...
Apakah azam anda di tahun baru Hijrah ini ? moga anda telah merancangnya utk diri anda.. tetapkanlah matlamat dgn lebih strategik.. plan lah utk kejayaan.. jgn tak plan.. coz if u fail to plan, u plan to fail... jargon ini memberi erti pentingnya utk merancang hidup yang baik... jadikanlah setiap hari satu misi utk mencapai kejayaan.. hatta berjaya hafal satu baris ayat atau satu pengajaran dan iktibar demi mematangkan diri.
Berhijrahlah kepada yang lebih baik.. dan amalkanlah kaizen... uih.. kaizen.. nippon mana nih.. kaizen ini juga mengandungi unsur² hijrah... why? kerana ia mengajak kepada usaha pembaikan yang berterusan.. bermakna kita lakukan dgn lebih baik dari hari ke hari... itulah kaizen... change for the better" or "improvement", the English translation is "continuous improvement", or "continual improvement"....
Jgnla pulak kita jadi org yg malang dgn jadikan tahun baru ini lebih buruk dari tahun lepas.. ataupun hari ini lebih buruk dari semalam... sebaliknya mesti ada kaizen.. dan saidina Ali r.a pernah berkata jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini... nampaknya saidina Ali karamallahu wajhah sudah memahami kaizen lebih lama dari org jepun sendiri... itulah kelebihan org2 yang dibukakan hatinya utk Islam...
Oleh yang demikian, saya harapkan kita bersama pertingkatkan azam di tahun baru 1428H ini utk agama islam yang tercinta... semoga usaha dan niat mulia ini diberkati dan diredhai Allah swt... igtlah dunia ini fana... suatu hari akan hancur... begitu juga dgn bmw, ferrari, feraro roche, mahupun selipar jepun juga akan hancur suatu hari nanti... yang kekal hanyalah Dia... Dia itulah tuhan kita semua... moga kita berusaha utk menyumbang sesuatu ada Islam.. pertingkatkan ilmu, iman dan amal.. dan jadilah muslim dan mukmin sejati...
Sekian dulu nukilan kecil dari saya... selamat menyambut Ma'al Hijrah... wassalam.
0 comments:
Post a Comment