PROJEK BAHRUL MAZI
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR
Baru-baru ini Presiden PMRAM datang ke DPM (MAQAZ) Shoubra untuk merasmikan praogram. Di akhir ucapan, beliau membuat promosi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai proses menaip semula Kitab Bahrul Mazi. Menyahut seruan tersebut beberapa pelajar dari Shoubra telah menyertai projek tersebut.
Sebelum mesyuarat kali pertama diadakan bersama Us Mohamad Bin Arshad pada hari Rabu 10 Januari 2007, sememangnya begitu sukar untuk mencari tenaga-tenaga yang berminat. Namun setelah diusahakan Alhamdulillah beberapa sahabat telah menunjukkan minat serta kesungguhan walaupun sibuk dengan tugas-tugas masing-masing.
Setelah mesyuarat diadakan, kata putus telah diambil untuk menyiapkan peringkat permulaan iaitu Jilid pertama - Juz 1 & 2. Semua petugas mesti menyiapkan lebih kurang 46 mukasurat.
Walaupun mempunyai masa yang agak singkat semua yang terlibat akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugas masing-masing.
Doakan semoga usaha murni ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan memperolehi keberkatan dari-Nya. Amin.
0 comments:
Post a Comment