Friday, May 04, 2012

Tahniah teman...Don Daniyal

Cerita pasal ust don di BH online...

Sudah berpunya

pix_gal0

Ustaz Don ada sebab setia kepada sebuah stesen TV saja

USTAZ Don begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini.

Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman menjadi penceramah bebas.
Sentiasa cuba mengelak untuk berbicara soal peribadi dan lebih suka berahsia kerana baginya soal percintaan dan perkahwinan biarlah diketahui oleh individu yang rapat dengannya saja.
Namun, dia tidak menafikan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga dengan pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir, dalam masa terdekat.

Ustaz Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 28, pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.

Bukan hanya golongan tertentu yang mendengarceramahnya, tapi daripada anak kecil sehingga golongan ibu bapa tertarik dengan penyampaian dan pendekatan Ustaz Don yang santai, bersahaja dan menghiburkan.

Ini boleh dilihat menerusi kejayaan rancangannya yang sudah menjangkau 100 episod.
Istimewa buat penonton yang setia menyokong rancangan itu, Ustaz Don menghadiahkan siaran langsung selama lebih 65 minit.

Pada siaran langsung istimewa itu kelmarin, kru produksi menyingkap sejarah kehidupan Ustaz Don dari zaman kanak-kanak sehingga ke dunia universiti.

Malah, lebih menarik lagi apabila dua bekas guru Ustaz Don ketika di bangku sekolah turut hadir membuat kejutan. Ustaz Yazid Salleh, ustaz yang mengajar pelajaran tahfiz Al-Quran dan Cikgu Noor Rijah Hassan, cikgu Bahasa Inggeris sewaktu dirinya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam.

Biarpun terkejut, terpancar kegembiraan di wajahnya, dan Ustaz Don hampir menangis kerana tidak menyangka kehadiran dua guru yang amat dikasihinya itu.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir ini akui kemunculannya di stesen TV AlHijrah adalah disebabkan stesen itu tampil menyebarkan pengajaran Islam, sama seperti dirinya yang mahu berkongsi ilmu dengan segenap umat Islam.

Menafikan dirinya terikat dengan TV AlHijrah, Ustaz Don bukannya tidak mahu menerima undangan stesen TV lain, tapi dia kekal dengan sebuah stesen memandangkan dirinya terikat dengan banyak komitmen lain.

“Bukan saya enggan ke stesen TV lain, cuma saya berpegang kepada prinsip ‘jika banyak air yang mengalir, lagi banyak yang perlu saya lap’, ia seperti lagi banyak tawaran yang saya terima, kemungkinan lagi banyak kesilapan saya akan lakukan.

“Cukuplah saya menjadi penceramah bebas di TV AlHijrah.

Lagi pun, AlHijrah bermula sebagai TV penyiaran mengenai Islam, dan saya juga orang Islam yang ingin menyebarkan dakwah, oleh itu, saya nampak keserasian saya bersama stesen TV ini.

“Saya memegang kuat kepada realiti, yang mana saya kurang gemar berceramah menerusi Facebook dan Twitter, kerana saya lebih gemar berjumpa dan bersemuka dengan orang ramai, supaya kita sebagai umat Islam berasa lebih dekat dengan satu sama lain.

“Saya hanya individu yang berpegang kepada al-Quran dan sunnah.

Saya tidak mahu dunia populariti mempengaruhi diri saya.

Perkara yang paling saya takuti adalah perasaan riak dan sifat munafik. Inilah sifat yang paling ditakuti oleh ulama, sebab bila-bila saja saya boleh lali dan berubah.

“Saya bersyukur dapat sampai ke tahap ini dan dapat mengecapi suasana begini, yang mana orang ramai sudah mula menggemari Islam. Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana memilih saya. Saya juga seperti manusia biasa dan saya tahu ada lagi orang yang lebih pandai daripada saya di luar sana,” katanya yang ditemui sejurus habis siaran langsung episod 100 program 30 Minit Ustaz Don.

1 comments:

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan