Wednesday, April 24, 2013

Setelah setahun lebih tidak "update"

Assalamualaikum semua... kira-kira sudah setahun lebih rasanya tidak mengemaskini blog ini. Blog ini saya telah bina ketika di Mesir. Entah macam mana tetiba saya tergerak hati untuk menulis coretan pada petang yang mendamaikan ini. Ketika hujan turun, petir sabung menyabung dan guruh berdentum seolah-olah mereka saling berkomunikasi. Malasnya nak menulis, disebabkan kerja yang sentiasa ada dan jadual yang begitu penuh. Seharian kami bergerak memikirkan bagaimana mahu melakar sejarah untuk mengembangkan pendidikan Al Quran dengan lebih jauh. Cukup. Malas. Full Stop. Doakan saya "rajin" menulis lagi....

Sunday, September 16, 2012

Filem : Innocence of Muslims

Filem berjudul Innocence of Muslims ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile, seorang pengarah fielm berketurunan Israel Amerika. Filem tersebut menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 orang penderma Yahudi. Trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam Youtube. Video tersebut telah menghina Baginda Nabi s.aw. dengan mewatakkan Baginda s.aw. Sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat. Ianya sebagai paparan menggambarkan Islam sebuah agama ‘kebencian’. Filem yang melabel Nabi Muhammad...

Saturday, September 15, 2012

Hukum Imam Membaca Al Quran Secara Langsung Dari Mushaf (Al Quran) Ketika Solat

Jawapan oleh Profesor Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir) :Saidatina Aisyah RadiyaLLahu'anhu pernah diimami solatnya oleh seorang maula (budak lelaki yang telah dimerdekakan) miliknya yang bernama Zakwan. Pada saat mengimamkannya itu, dia (Zakwan) membaca dari mushaf.(Disebutkan oleh Bukhari secara ta'liq (tanpa menyebutkan salah satu atau semua sanad, dan penyebutan dengan kalimah pasif). Sahih Bukhari, vol 1 hlmn 245, Bab Imamat al Abdi wa Al Maula; diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 2, hlmn 123; dan Baihaqi, As Sunan Al Kubra, vol 2, hlmn 253).Oleh itu, para alim ulama dari Mazhab Syafie dan Mazhab...

Sunday, August 26, 2012

Berhari Raya Mengikut Sunnah

Eidulfitri merupakan hari kita bersuka ria dan menzahirkan kegembiraan. Ia membawa makna kembali kepada fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih itu adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadhan. Maka dengan erti kata lain, tujuan kita berhari raya ialah bagi meraikan kejayaan kita berpuasa di bulan Ramadhan dalam masa yang sama mengekalkan momentum tarbiah Ramadhan yang mana maqsad (tujuan) utamanya iaitu menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. Eidulfitri Yang Di TuntutSebagaimana yang ditegaskan bahawa puasa disyariatkan bagi mencapai maqsad taqwa. Maka sambutan hari raya mestilah selari...

Friday, May 04, 2012

Tahniah teman...Don Daniyal

Cerita pasal ust don di BH online... Sudah berpunya Ustaz Don ada sebab setia kepada sebuah stesen TV saja USTAZ Don begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini. Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman menjadi penceramah bebas. Sentiasa cuba mengelak untuk berbicara soal peribadi dan lebih suka berahsia kerana baginya soal percintaan dan perkahwinan biarlah diketahui oleh individu yang rapat dengannya saja. Namun, dia tidak menafikan sudah bertunang...

Wednesday, April 25, 2012

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad, Umat Nabi Hud AS (BUKTI KEBENARAN AL QURAN)

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. Kemudian,...

Pages 381234 »