Monday, April 21, 2008

Qiraat 14



KESAN QIRAAT TERHADAP ILMU BALAGHAH DAN KEMU'JIZATANNYA

Di dalam ilmu Qiraat, terdapat berbagai-bagai bahasa di antaranya seperti tahqiq hamzah (تحقيق الهمزة) atau meng-ibdal-kannya (ابدال), kemudian fatah (فتحة) pada zawatil ya' (ذوات الياء) dan juga meng-imalah-kannya (امالة), kemudian men-dommah-kan (ضمة) ha' (الهاء) atau meng-kasrah-kannya (كسرة) pada kalimah (اليهم, عليهم, لديهم) ataupun menyambungkan huruf mimnya (الميم) dengan wau (الواو) (sillah mim jama' صلة ميم الجمع ) dan terdapat juga menyambungkan ha' (الهاء) dengan ya' (الياء) (sillah ya' – صلة الباء) pada kalimah (فيه) dan begitulah seterusnya.

Qiraat-qiraat ini adalah daripada Bahasa Arab yang fushah dan kita tidak boleh lari daripadanya. Perkembangan ilmu Qiraat ini adalah sama bangunnya dengan perkembangan Bahasa Arab malah Bahasa Arab ini tidak bercanggah lansung dengan ilmu Qiraat dan bagi seseorang yang ingin mengetahuinya dia akan cepat dapat mengetahuinya. Bahkan ilmu Qiraat menambahkan lagi tingkat pemikiran serta merupakan sebab untuk menambahkan lagi pentadabburan terhadap ayat-ayat suci al Qur'an al Karim.

Dan bagi para pengkaji kesusasteraan al Qur'an dan Qiraatnya adalah merupakan contoh yang tertinggi di dalam ilmu bayan [1].

Di dalam ilmu Qiraat terdapat bebagai-bagai jenis uslub di antaranya, sesetengah ayat dibacakan dalam bentuk ghaibah (الغيبة) dan kadang-kadang dibaca dalam bentuk mukhatabah (المخاطبة) iaitu pada ayat yang sama. Dan kadang-kadang dalam bentuk muzakkar (مذكر) dan kadang-kadang boleh ditukar kepada bentuk muannas (مؤنث) dan kadang-kadang dalam bentuk mufrad (مفرد) kemudian ditukar kepada bentuk jama' (جمع) dan begitulah seterusnya. Kesemua ciri-ciri kesusasteraan ini membawa kita kepada suatu perasaan bayaniah yang mana ia membuatkan kita menambahkan lagi pengamatan terhadapnya (iaitu terhadap al Qur'an) dan ciri-ciri ini (uslub Qiraat yang berbagai-bagai ini) merangkumi kesemua ma'ani balaghah dan banyak lagi dalam Qiraat-qiraat al Qur'an al Karim.

Ilmu Qiraat ini mengandungi banyak makna yang berbeza-beza dan bermacam-macam di mana makna-makna ini tidak ada satu pun yang berlawanan antara satu dengan yang lainnya. Ini terjadi apabila berlakunya sesuatu ayat itu dibaca dengan Qiraat bil-makna [2] yang mana Qiraat bil-makna ini tidak boleh digunapakai pada semua tempat. Ia hanya berlaku pada sesuatu ayat yang tertentu sahaja. Inilah merupakan kemuncak kepada ilmu balaghah dan merupakan salah satu bentuk-bentuk kemu'jizatan al Qur'an al karim.

Maka di sini kita akan sebutkanlah beberapa contoh bagi keterangan yang tersebut diantaranya:

Firman Allah s.w.t (طه): ia dibaca dengan alif (الألف) (iaitu selepas to - ط) serta fatah (فتحة) to' (ط) dan ha' () dan terdapat juga bacaan dengan meng-imalah-kan (امالة) kedua-duanya. Maka bacaan dengan imalah (امالة) itu seolah-olahnya ia merupakan nas yang terbentuk daripada dua perkataan iaitu to' (ط) dan juga ha' () iaitu dua nama bagi dua huruf daripada huruf hija'iyah dimana ia berasal daripada kalimah (طه) bukan daripada kalimah (wato'a) yang mana (طه) ini memberi maksud tersembunyi ke atasnya iaitu tersembunyi ke atas tanah dengan kedua belah kakimu. Baiklah, sekarang kita tumpukan kepada dua huruf ini iaitu bagaimana boleh dua huruf ini atau juga huruf-huruf yang terletak di awal surah seperti (nun), (ha' mim) dan sebagainya menjadi satu salah tanda kepada mu'jizat al Qur'an al karim. Maka jawapannya iaitu kita akan dapati bahawa al Quran ini adalah ditulis dengan huruf dari bahasa kamu sendiri yang mana walaupun ia daripada bahasa kamu, namun kamu tetap tidak mampu untuk memperbuat seperti itu. Maka jelaslah bahawa al Qur'an ini adalah datangnya dari Allah s.w.t. dan merupakan bukti kepada kebenaran nubuwwah dan kerasulan Nabi Muhammad saw . Maka istifadah daripada situ bahawa perlunya kita mengambil berat terhadap Qiraat ini yang mana ia merupakan keistimewaan kepada al Quran dan bukti akan kebenarannya.

*Manakala Qiraat dengan fatah (فتح) pula mengandungi isyarat kepada bukti kemu'jizatan al Quran, iaitu ia dikarang dengan huruf ini (to'طاء - ha'- هاء) yang mana dari huruf ini tersembunyi nama bagi sesuatu benda yang kamu tidak mengetahuinya. Dan bagaimana mu'jizat itu nampak iaitu ia adalah huruf yang kamu cipta tetapi kamu sendiri tercabar untuk mendatangkan sesuatu yang hebat sepertinya sedangkan kamu juga adalah dari kalangan fushah dan dalam masa yang sama kamu tidak mampu memberikan hujjah sekalipun kamu berlindung di bawah pedang dan darah kamu menjadi gantinya dan inilah maknanya.

Manakala takhfif (تخفيف) pada toha' (طه) iaitu ibdal hamzah (ابدال همزة) kepada alif pula memberi makna yang lain iaitu hukum meletakkan kaki yang terangkat ke atas tanah dan meninggalkan sesuatu yang sampai kepada had yang susah yang membawa kepada murawahah [3] di antara dua kaki kerana lamanya qiam di dalam solat malam.

Bukanlah kelebihan Qiraat itu berkisar setakat fatah dan imalah sahaja yang oleh para pakar bahasa, tetapi kami akan bawakan nanti satu persatu kelebihan dan keistimewaan Al Quran ini dalam bab yang akan datang.

Dan ini masih lagi terletak di bawah tajuk kesan Qiraat yang kami ambil daripada ulamak sebelum kami yang mana mereka kata dengan bahawa Qiraat ini merupakan salah satu bentuk keistimewaan Al Quran dan kesempurnaan serta kecantikannya.

Firman Allah s.w.t. (كل نفس ذائقة الموت ثم الينا ترجعون): kalimah " ترجعون" dibaca dengan khitab (تاء الخطاب) dan juga ghaibah (ياء الغيبة). Apabila dibaca dengan khitab bermaksud khitab untuk orang-orang beriman iaitu janji kepada mereka dengan ganjaran yang baik. Manakala bacaan dengan ghaibah pula mengandungi maksud bahawa huruf wau pada jama' muzakkar salim itu termaksuklah orang-orang kafir yang bermusuhan dengan orang-orang yang beriman dan maksud percakapan di situ adalah janji yang buruk untuk mereka. Dan mungkin barangkali wau di situ adalah untuk semua sekali di mana percakapan di situ bermaksud janji baik untuk orang mu'min dan janji buruk untuk selain daripada orang mu'min. dan ini merupakan uslub yang berbagi-bagai dan makna yang berbilang-bilang dan merupakan seni balaghah yang sangat tinggi.

Firman Allah s.w.t. (قالوا اجئتنا لتلفتنا عما وجدنا عليه ءاباءنا وتكون لكم الكبرياء فى الأرض ): dibaca " وتكون" dengan huruf ta' dan huruf ya'.dan orang yang berkata itu adalah dari kaum firaun dan maksud kepada musanna (مثنى) dalam jumlah itu adalah nabi Musa a.s dan nabi Harun a.s. Dibaca dengan ta' muannas (مؤنث) kerana " الكبرياء'" itu muannas walaupun muannasnya itu majazi. Ini merupakan asal ---mutaarif --- di dalam Bahasa Arab.kemudian bahasa ini menzahirkan apa yang ada di dalam hati dan menggambarkan perasaan tersebut. Dan muannas pada makhluk kebiasaanya menunjukkan kepada sesuatu yang lemah berbanding kepada muzakkar. *(dengan ta` ker ya`???)Dan Qiraat pertama iaitu dengan ta' menggambarkan bahawa suatu kaum itu pada sesetengah waktu mereka memandang hina dengan ketakabburan yang mereka anggapkan terhadap nabi Musa as di dalam percubaannya yang sangat mustahil iaitu meninggalkan apa yang diwujudkan oleh datuk nenek moyang mereka. Dan permusuhan tersebut muncul disebabkan oleh percubaan yang dilakukan oleh nabi Musa as tersebut. dan inilah apa yang mereka gambarkan daripada tujuan mereka berdua itu iaitu untuk memperoleh ketakabburan di atas muka bumi.

Manakala Qiraat dengan muzakkar pula adalah kerana muannas itu bukanlah muannas yang hakiki tambahan pula kalimah "تكون" itu terpisah daripada kalimah " لكم ". Maka, mentazkirkan sesuatu yang muannas merupakan satu ta'ziman atau memandang hebat terhadap sesuatu itu.

Maka, Qiraat ini (iaitu dengan muzakkar) menggambarkan bahawa satu kaum itu pada sesetengah waktunya mereka memandang hebat akan usaha yang ingin dicapai oleh Nabi Musa as dan saudaranya itu iaitu untuk mencapai ketakabburan di atas muka bumi ini dengan menyelewengakan apa yang di ada-adakan oleh nenek moyang mereka. Maka dapatlah difahami bahawa dua Qiraat ini mengandungi dua makna. Dan telah pun diceritakan secara terperinci akan keadaan kaum tersebut yang digambarkan setiap keadaan mereka pada sesetengah waktu. Tetapi disana ada bentuk makna yang lain iaitu mungkin Qiraat dengan muannas itu memberi makna bahawa sebahagian daripada kaum nabi Musa itu memandang rendah akan hasil perjuangan dakwah baginda as dan Qiraat dengan muzakkar pula menerangkan keadaan kaum yang memandang hebat akan hasil dakwah tersebut [4] berdasarkan bentuk makna yang disebutkan sebelum ini dan inilah semua bentuk keadaan, waktu dan balaghah yang terkandung di dalam Qiraat tersebut.

Firman Allah s.w.t. (وتمت كلمت ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلماته): perkataan kalimat (كلمت) dibaca dengan ifrad (افراد) dan jama' (جمع). Maka, bacaan *dengan ifrad adalah dengan maksud ia itu jenis iaitu maksudnya adalah apa yang dimaksudkan oleh orang yang bercakap. Kemudian, dibaca dengan jama' pula adalah dengan maksud bahawa kalimat rabbaniah yang berbagai jenis samada kalimat perintah, tegahan, janji baik ataupun janji yang buruk, iaitu maksud lain bagi maqasid percakapan. Dan setiap ini membawa kepada bayan keterangan yang terlalu luas.daripada -------takhfif diri-------- yang tidak cukup dengan satu bentuk makna.dan ia bukanlah daripada apa yang diperselisihkan oleh lahjah Bahasa Arab. Kemudian firman Allah s.w.t. (لا مبدل لكلماته) adalah ittifaq dibaca dengan jama' dimana bacaan dengan jama' ini tidak memberi makna melainkan dengan satu makna sahaja. Dan bacaan ifrad pada Qiraat pertama adalah ganti kepada jama'.kerana ia merupakan isim jenis.dan setiap Qiraat dengan bentuk ifrad adalah datang dengan uslub yang fasih, dan berkumpulnya jama' dan ifrad itu di tempat yang satu menunjukkan betapa istimewanya Al Qur'an ini sebagai dalil kemu'jizatan dan balaghah yang sangat tinggi.

Firman Allah s.w.t. ( ولا تقولوا لمن ألقى عليكم السلام لست مؤمنا ) : dibaca " السلام " itu dengan alif selepas lam dan tanpa alif. Bacaan salam tanpa alif itu adalah daripada perkataan "استسلم" bermaksud orang yang zahirnya mengikut apa yang dibawa oleh Islam. Kemudian bacaan dengan alif pula bermaksud orang yang menzahirkan ucapan salam (assalamualaikum) dan perkara tersebut adalah merupakan tanda bahawa ia adalah seorang yang telah masuk ke dalam Islam.

Begitulah sehingga seterusnya Qiraat-Qiraat yang mempunyai makna yang banyak dan berbagai-bagai.

Sampai di sini dulu kami persembahkan kesan-kesan Qiraat di dalam ilmu balaghah dan mu'jizatnya. Dan tidaklah nampak kesan Qiraat ini di dalam ilmu balaghah melainkan dengan dua bentuk,

Pertama: tidak mengetahui ilmu I'jaz al qur'an

Kedua : ilmu balaghah ini memerlukan kaedah-kaedah di mana ia hanya dapat dicapai bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan sahaja maka ia akan mendatangkan satu kalam yang penuh dengan balaghah sepertimana yang dilakukan oleh fusahah dari kalangan arab. Sedangkan Qiraat pula sangat susah ke atas ilmu untuk menjadikannya kaedah yang mampu dicapai oleh seseorang untuk menghasilkan satu karya kesusasteraan yang mempunyai banyak Qiraat seumpama Qiraat di dalam al Qur'an atau lebih kurang begitu. Oleh sebab itu, kita dapati sangat sedikit sekali ---nazir--- bagi Qiraat di dalam sastera orang-orang fushah yang terdahulu samada dari kalangan arab jahiliah mahupun dari golongan muslimin.

Kalau kita dapati pun ia hanyalah seumpama ---qahqariah bagi hariri--- bukan pada ---iir----dan bukan juga pada nafir -----yang mempunyai makna yang agung dan uslub yang hebat serta menyentuh hati dan perasaan.ini kerana, Qiraat adalah merupakan salah satu dari bentuk-bentuk mu'jizat yang tidak dapat disingkap melainkan hanyalah al Qur'an. Adapun kesan Qiraat yang merupakan sebab lahirnya sekolah-sekolah ilmu balaghah adalah satu perkara yang biasa, yang tabi'ie bagi orang Islam yang berkhidmat untuk kitab yang mulia ini. namun, sekolah-sekolah tersebut itu masih lagi sedikit, yang mana untuk menambahkan bilangannya memerlukan suara yang kuat untuk disampaikan.

Wallahu a'lam



[1]Salah satu ilmu di dalam ilmu balaghah

[2]contoh qiraat bil makna seperti kalimah "فتبينوا" dibaca dengan "فتثبتوا" dan sebagainya

[3]mungkin maksudnya di situ, seseorang yang terlalu lama berdiri dan ia letih lalu dia meletakkan kakinya diatas kaki yang lain untuk mengurangkan keletihan tersebut. Wallahu a'lam

[4]Beza antara bentuk makna ini dengan yang sebelum ini adalah dari segi apa yang dipandang hina dan dari segi apa yang dipandang mulia. Sebelum ini kaum tersebut memandang hina akan ketakabburan yang ingin dicapai oleh nabi Musa as. Manakala pada perenggan ini pula bentuk penafsiran lain bagi qiraat ini ialah kaum tersebut memandang hina akan hasil dakwah itu sendiri samada adakah berjaya ataupun tidak dakwah tersebut.

0 comments: