26 November - Kaherah, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah menyerahkan satu memorandum kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan kedatangan beliau ke Mesir untuk merasmikan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007.
Memorendum yang telah disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melalui Yang Berhormat Dato' Mustapha bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia adalah beberapa pandangan dan sumbang saran PMRAM terhadap isu-isu kebajikan mahasiswa Malaysia di Mesir dan masyarakat di Malaysia.
Sebanyak lapan isu telah dimuatkan di dalam memorandum tersebut yang diharapkan dapat membantu masyarakat pelajar Malaysia di Mesir dan meningkatkan lagi modal insan di Malaysia. Isu-isu dan tajuk yang dimuatkan di dalam memorandum tersebut adalah:
Isu Pengajian Mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar
Isu Kelemahan Penguasaan Bahasa Arab
Mempelbagaikan Sumber Bantuan Kewangan Kepada Mahasiswa Al-Azhar
Memohon Kebenaran Untuk Kembali Beroperasi Di Pejabat Asal PMRAM
Menambah Produk Bacaan Ilmiah
Meningkatkan Kebajikan Golongan Saudara Baru
Membasmi Masalah Sosial
Meluaskan Jaringan Sektor Pekerjaan Di Kalangan Graduan Pengajian Islam
PMRAM berharap agar memorandum ini akan mendapat perhatian daripada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia demi memastikan survival ilmu dan keutuhan akhlak dan jati diri masyarakat Malaysia berada dalam keadaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
0 comments:
Post a Comment