Wednesday, February 15, 2012

Kenyataan rasmi dari Al-Azhar berkaitan pembunuhan di Syria

1) Menuntut umat Islam dan Arab serta Liga Arab bertindak segera menghentikan pertumpahan darah dan kemusnahan di Syria ketika ini

2) Rakyat Syria tidak memerlukan kenyataan demi kenyataan yang mengutuk tindakan ganas tentera tetapi mereka perlu kepada tindakan berani dan segera dari masyarakat Arab terutama Liga Arab
3) Menyeru rakyat ...Syria yang mendukung revolusi untuk bersabar dan meneruskan perjalanan mereka bagi menuntut keadilan dan kebebasan serta membersihkan negara mereka dari kerosakan, kezaliman dan korupsi
4) Menegaskan bahawa sesiapa yang dibunuh tanpa hak maka dia adalah syahid.
5) Menyeru kepada tentera yang dijadikan 'alat' kepada pemerintah bagi membunuh saudara mereka dari kalangan anak bangsa bahawa keutamaan mereka ialah melindungi rakyat. Mereka perlu tahu bahawa tidak boleh mentaati kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah.
6)Wahai tentera Syria! Kalian sama sekali tidak layak untuk menjawab kelak di hadapan Allah pada Hari Kiamat: "Sesungguhnya kami menerima arahan dan kami terpaksa untuk membunuh saudara-saudara kami" kerana negara zalim itu hanya seketika tetapi negara ditegakkan atas kebenaran itu hingga Kiamat.

Firman Allah: ((Jangan kamu menyangka bahawa Allah lupa apa yang dilakukan oleh orang-orang zalim kerana Dia sengaja melewatkan azabnya pada hari mata manusia akan terbeliak)) Surah Ibrahim: Ayat 42

0 comments: