Sunday, December 18, 2011

12 Sebab Korang Menyesal Beli Tablet Dari Laptop

Disini ada 12 Sebab korang akan menyesal beli tablet dari laptop.

Mungkin ada pengguna yang pening nak memilih mana satu nak beli sama ada laptop atau tablet PC. Di sini, saya nak cerita kan apakah kelebihan laptop jika nak dibandingkan dengan tablet PC. Laptop atau notebook- kedua-duanya merujuk pada komputer riba.

Kini, laptop boleh didapati dengan pelbagai versi seperti netbook, gamers notebook, business dan yang terkini ialah ultrabook. Laptop mempunyai kelemahan iaitu sukar dibimbit ke mana-mana seperti tablet dan memerlukan beg galas, namun itu tidak menjadi masalah kerana di sini banyak kelebihan laptop yang boleh kita senaraikan.

1.Laptop mempunyai pemproses lebih pantas
Dari segi spesifikasi, laptop mempunyai pemproses lebih laju daripada tablet. Ini kerana laptop perlu melakukan pelbagai tugas yang lebih banyak berbanding tablet.

2.Laptop lebih murah
Kini, harga laptop lebih murah jika berbanding tablet. Contohnya laptop kini boleh didapati dengan RM1200 sahaja. Ini kerana tablet merupakan produk premium-price serta terlibat dengan bayaran bulanan untuk data plan. Laptop hanya melibatkan bayaran sekali sahaja.

3.Laptop untuk perniagaan
Laptop sesuai digunakan untuk mengurus bisnes. Untuk menaip Excel, slide presentation dan Word lebih mudah menggunakan laptop berbanding tablet. Laptop juga mempunyai port untuk disambungkan ke projector untuk kita membuat presentation.

4.Kebanyakan laptop boleh ditingkatkan
Jika laptop sudah lama dan lembab, kita boleh upgrade RAM atau hardisk. Bateri juga mudah dicari ganti berbanding tablet yang tidak ada pilihan ini.

5.Laptop menawarkan pelbagai games
Jika kita mempunyai laptop berkad grafik, kita boleh bermain games yang canggih,serius dan berdefinisi tinggi. Kebanyakan games untuk laptop dan PC memerlukan keyboard dan mouse untuk bermain. Manakala tablet punya bermain games jenis casual dan tidak serius seperti Angry Birds, Fruit Ninja dan sebagainya yang memerlukan sentuhan skrin dan pergerakan tablet.

6.Mudah menonton video
Kita mudah menonton video menggunakan laptop kerana kita boleh letakkan di mana-mana dan kita duduk di atas kerusi sambil makan keropok. Manakala tablet kita perlukan aksesori tamabahan supaya tablet berkedudukan tegak dan kita boleh menontonnya tanpa perlu memegangnya.

7.Mempunyai banyak port
Laptop mempunyai banyak port yang boleh dicucuk seperti USB2.0, HDMI,DVI,VGA dan Firewire manakala tablet mempunyai port yang sangat terhad.

8.Skrin laptop lebih selamat daripada kerosakan
Laptop boleh buka tutup manakala tablet terdedah pada kerosakan fizikal disebabkan tiada apa yang melindungi (kecuali kita beli aksesori tambahan untuk melindungi skrin)

9.Senang untuk melihat apa kita buat di tablet
Tablet menghadapi masalah privacy. Contohnya, di dalam komuter atau LRT, jika menggunakan tablet, orang berdiri depan kita, duduk tepi kita mudah melihat apa yang kita tengah layan. Jika laptop, skrin kita agak tertutup dan tidak terbuka sangat.

10.Flash
Tablet seperti iPad tidak membenarkan flash dimainkan pada web browser manakala tablet lain juga ada yang tidak menyokongnya. Laptop tiada masalah itu.

11.Video format
Kita boleh menonton pelbagai jenis format video di laptop dan jika tidak boleh dimainkan pun, kita hanya perlukan codec untuk mengatasi masalah tersebut. Manakala tablet membenarkan format-format tertentu sahaja untuk aplikasi memainkan video.

12.Banyak aplikasi boleh diinstall
Laptop membenarkan banyak aplikasi yang membolehkan kita buat kerja berat seperti melakukan kerja-kerja grafik berdefinisi tinggi, rendering, programming manakala aplikasi tablet bergantung pada apa yang ada di android market ataupun itunes (ipad).

Kesimpulan
Tablet bukanlah pengganti laptop. Sebaliknya ia adalah gajet seperti smartphone, iPod dan PSP. Kita tidak memerlukan tablet jika sudah memiliki laptop sebaliknya jika kita hanya memiliki tablet pasti kita perlukan komputer samada PC mahupun laptop.

2 comments:

Anonymous said...

saya hanya perlu gadget untuk office, facebook dan game, so saya guna tablet rm500 lebih sahaja :)

ok jugak!

model ini
http://www.tabletshop-malaysia.com/2012/07/tablet-8.html#more

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

salam, saya mohon ambil entry ni untuk assignment saya. Terima kasih