Wednesday, February 02, 2011

LMAM Mengesa Semua Penuntut Malaysia Dibawa Balik

"Hasil daripada komunikasi dengan Persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi lebih 5000 orang pelajar di Mesir semalam, beberapa perkara yang dibincangkan dan mesti diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia lebih 10,000 orang yang berada di 10 negeri seluruh Mesir.

Berikut adalah pendirian kami;

1- Menggesa Kerajaan Malaysia membawa balik seluruh pelajar Malaysia di sana bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan setempat yang dikira selamat kerana keadaan yang berlaku telah menjalar ke seluruh negara jiran dan seluruh Mesir. Tindakan ini juga dilakukan oleh beberapa negara lain seperti Britain dan lain-lain selepas melihat situasi di sana yang semakin bahaya.

2- Kerajaan Malaysia mesti memberikan keyakinan kepada seluruh pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung semula dan menamatkan pelajaran mereka.

3- Harapan kepada seluruh media, sila dapatkan maklumat yang tepat supaya tidak berlaku pencanggahan dan menambahkan keruncingan bagi pihak pelajar dan keluarga mereka. Boleh dapatkan maklumat secara langsung dari Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime +20113771841.

4- Kami telah menubuhkan Unit Aduan Dan Maklumat khusus bagi isu ini untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan kebajikan untuk pelajar Malaysia di sana. Sila hubungi ;

Nama

Negeri

No. Telefon

Mohd Farhan Madzlan

-

019-2103035

Syed Toriq

Perlis

013-5190501

Mohd Nizam Mohd Noh

Kedah

019-5586401

Ahmad Farizan Abd Hadi

Pulau Pinang

013-6650388

Zawawi Hasan

Perak

013-5908377

Syed Abdul Kadir

Selangor

017-7770282

Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman

Kuala Lumpur

012-3484140

Norazman Muhammad

Negeri Sembilan

019-6400062

Zarul bin Salleh

Johor

019-6813876

Mohd Saifuddin

Pahang

013-9341730

Mohd Azizul Hisham

Terengganu

019-9544780

Abdul Fatah

Kelantan

013-9210960



Akhirnya, kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana. Dan kami akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa.


Sekian, Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas

Mohd Farhan Bin Madzlan
Timbalan Presiden
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
Malaysia


sk: Presiden ILMAM Malaysia "

0 comments: