Thursday, May 28, 2009

PEPERIKSAAN.....IMTIHAN, EXAM....


SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN SYAHADAH
kepada sahabat2 seperjuanganku,... berusahalah sebaik mungkin, moga2 Allah membantu kalian,.. kalian pastikan peroleh kejayaan, insya'Allah, Amin...
buat betui2, pas ni buleh blk msia, samb. perjuangan...kahwin plak.. he he :-)

-----------------------------------------


Segelintir pelajar mengatakan bahawa "peperiksaan ni dunia aja, tak penting pun." Sekarang timbul beberapa persoalan: Adakah peperiksaan yang kita duduki sekarang ini benar-benar "dunia" sahaja seperti yang dikatakan? Dan adakah peperiksaan ini penting dan perlu? Apakah pandangan Islam?

Hidup manusia ini tidak pernah terlepas daripada ujian. Bagi mereka yang beriman, Allah SWT akan sentiasa menguji mereka sebagai tanda kasih-Nya, menambah keimanan mereka dan melihat siapa dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk ayat 2:


"Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya..."


Firman Allah juga dalam Surah al-Baqarah ayat 214:


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? ...


Dalam Surah al-Ankabut ayat 2 Allah berfirman:


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?


Terdapat banyak lagi ayat al-Quran dan hadis nabawi yang menunjukkan bahawa hidup kita ini penuh dengan ujian dan dugaan. Ketahuilah bahawa manusia tidak akan maju jika tidak ditimpa ujian. Kita lihat contoh karbon: satu elemen penting yang membentuk tanah yang kotor pada masa yang sama merupakan kandungan asas berlian yang bergemerlapan. Karbon yang berada di dalam bumi mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang amat dahsyat barulah ia boleh menjadi berlian yang sungguh bernilai. Manakala karbon yang berada di atas bumi tanpa mengalami apa-apa kekal menjadi tanah yang dipijak-pijak. Begitulah juga manusia. Manusia perlu diasah dengan ujian dan digilap dengan dugaan untuk menjadi individu yang benar-benar hebat dan berkualiti.

Peperiksaan merupakan ujian bagi kita sebagai pelajar. Peperiksaan merupakan peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita melihat kembali kekurangan-kekurangan kita dalam pembelajaran. Peperiksaan merupakan kesempatan untuk kita memperbaik diri kita untuk Islam. Peperiksaan merupakan satu wasilah untuk kita berdakwah melalui keputusan yang cemerlang. Peperiksaan melatih kita berusaha yang terbaik untuk kepentingan Islam. Dan... peperiksaan merupakan salah satu daripada jalan kita merapatkan hubungan kita dengan Allah SWT. Maka bagaimanakah pula peperiksaan boleh dikatakan "dunia" sahaja?

Namun peperiksaan boleh jadi dunia sahaja - jika tidak disertakan niat kerana ALLAH. Kita selalu mendengar hadis Rasulullah SAW, setiap amalan itu menurut niatnya. Jika kita mengambil peperiksaan kerana Allah dan rasul-Nya - mensasarkan keputusan cemerlang demi kepentingan Islam, insyaAllah keredhaan Allah-lah yang akan kita dapat. Jika kita mengambil peperiksaan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang supaya dapat hidup dalam kemewahan pada masa hadapan, maka kekayaan dan kemewahanlah yang akan kita peroleh. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperbetul dan memperbaharui niat kita menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun ini.

Dalam pada itu, walaupun sekiranya kita berniat menduduki peperiksaan kerana Allah dan rasul-Nya, amalan kita ini tidak akan diterima jika tidak mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak. Janganlah pula kita tekun mengulangkaji - kononnya demi kepentingan Islam - hingga kita mengabaikan tanggungjawab fardu kita seperti meninggalkan solat dan sebagainya. Janganlah pula kita bersembang dengan yang bukan mahram kononnya bertanya tentang peperiksaan - komunikasi antara lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi tidaklah salah jika untuk tujuan pembelajaran, tetapi peraturan yang telah digariskan dengan syarak harus diikuti dengan tegas seperti menjaga cara berpakaian, memelihara lenggok kata dan gaya bahasa, menjaga pandangan, dan berkomunikasi untuk pembelajaran dan pembelajaran sahaja, tiada hal lain. Memandangkan amat mudah bagi nafsu dan syaitan untuk mempengaruhi kita melanggar batas-batas ini, seboleh-bolehnya hendaklah kita elakkan komunikasi antara yang bukan mahram dan carilah jalan lain yang lebih selamat dan tidak meragukan.

********************

Apabila dipesan oleh para guru dan Umana' supaya menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan ulang kaji memandangkan peperiksaan sudah hampir, terdengar omelan yang mengatakan "Belajar kerana Allah, bukan kerana peperiksaan."

Memang benar, kita harus belajar kerana Allah dan kerana-Nya semata-mata. Oleh itu, kita perlu belajar sepanjang masa kita bergelar pelajar. Namun, perlu diingat bahawa dalam Islam kita mempunyai konsep tawazun atau keseimbangan. Kita juga mempunyai konsep aulawiyat atau keutamaan. Ketika Minggu Sukan, kita bersukan dan kita belajar, tetapi kita harus fokus kepada sukan. Ketika Mahrajan Thaqafi kita membuat persiapan dan kita belajar, tetapi kita harus fokus kepada persiapan untuk mempersembahkan yang terbaik kepada masyarakat. Sekarang kita menduduki peperiksaan maka kita harus fokus kepada peperiksaan. Kita perlu menyeimbangkan aktiviti-aktiviti kita. Tidak pantas kita aktif dalam sukan dan banyak terlibat dalam Mahrajan Thaqafi tetapi tidak berusaha yang terbaik untuk menduduki peperiksaan. Buat masa sekarang, fokus kita ialah peperiksaan. Kita masih belajar kerana Allah, cuma fokus kita kepada pembelajaran harus dilebihkan buat masa sekarang semasa peperiksaan sedang berlangsung. Perlu juga sentiasa diingat dalam hati bahawa kita ialah PELAJAR, tugas kita BELAJAR. Belajar kerana Allah untuk Islam. Seperti kata seorang ustazah di SMIK, berdakwah melalui keputusan peperiksaan.

Akhir kalam, kita perlu ingat bahawa menduduki peperiksaan kerana Allah ialah IBADAH. Peperiksaan merupakan ujian dan peluang yang dikurniakan oleh Allah untuk menambahkan keimanan kita dan memperbaik kelemahan kita. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini, dan yang lebih penting lagi, marilah kita bertaqwa kepada Allah dan beramal untuk Islam dengan penuh iltizam supaya kita gembira menerima "kad laporan amal" pada Hari Prestasi ALLAH di Padang Mahsyar kelak!

*Marilah kita mendoakan kejayaan kita, sahabat-sahabat kita, dan semua pelajar Islam yang lain yang berjuang menegakkan kalimah Allah dan menyempurnakan salah satu daripada kewajiban kita sebagai pelajar Muslim.

Wallahua'lam.

Monday, May 25, 2009

Sukan PASTI MALAYSIA Neg Pahang X - 26 : Berlangsung dengan jayanya!!!




24 Mei, Bandar Jengka - Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Kaw. Kuala Krau kerana telah berjaya menjadi tuan rumah SUKAN PASTI MALAYSIA kali ke 26 : Peringkat Negeri Pahang 2009.

Sukan PASTI ini telah berlangsung ddi Kompleks Sukan Bandar Jengka dengan jayanya.

Program ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ust Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang. Seterusnya diikuti ucapan oleh Al-Fadhil Ust Shahril Azman Bin Abdul Halim Al-Hafiz.

Antara aktivi-aktivti yang dijalankan ialah Bolah Sepak, Bola Jaring dan beberapa sukaneka yang disediakan kepad semua lapisan masyarakat.

Menurut AJK pendaftaran, lebih kurang 400 orang ramai termasuk peserta dan kontijen telah hadir menjayakan sukan Pasti pada kali ini.

Pihak penganjur mengucapkan jazakumullah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan sukan pada kali ini.

Sumber: Blog DPP KAW. KUALA KRAU

Saturday, May 23, 2009

SUKAN PASTI MALAYSIA : Peringkat Negeri Pahang 2009



Tuesday, May 19, 2009

Bilangan Sebenar Ayat Al-Quran

Assalamualaikum wbt...

Baru2 ni saya berkesempatan utk singgah ke Darul Ansar, salah sebuah kedai buku serta barangan Islamik di Kuantan Parade. Saya terpandang satu cd yang tertulis pada cd tersebut "Bacaan Ayat Al-Quran 30 Juz - 6666 ayat". Apa yang saya fikirkan ketika itu ialah masih kedapatan lagi salah faham terhadap bilangan sebenar ayat Al-Quran di dalam masyarakat Melayu. Saya rasa pengetahuan ini sangat perlu di perbetulkan. Memang semasa saya di sekolah rendah lagi telah didedahkan tentang bilangan ayat Al-Quran sebanyak 6666, tetapi bilangan itu adalah salah dan pihak yang berwajib perlu memperbetulkannya.

Berdasarkan apa yang saya pelajari, dalam "Ilmu Fawasil" (Ilmu Tentang Bilangan Ayat al-Quran) tidak pernah saya menjumpai bilangan ayat al-Quran sebanyak 6666... Dalam 6 riwayat yang ada tiada satu riwayat yang menyatakan bilangan ayat Al-Quran itu 6666.

Berkata Imam Ad-Daani: “Para ulama sepakat mengatakan bahawa bilangan ayat Al-Quran melebihi 6000 ayat, tetapi mereka berselisih pendapat tentang bilangan yang lebih dari 6000 tersebut”

Berikut adalah pandangan-pandangan ulama dalam masalah ini:

1. Pendapat pertama Ahli Madinah : 6217 ayat (diriwayatkan dari Nafi’)


2. Pendapat kedua Ahli Madinah : 6214 ayat (diriwayatkan dari Syaibah bin Nasshoh) dan 6210 ayat (diriwayatkan dari Abu Ja’far bin AlQa’qa’)


3. Pendapat Ahli Mekah : 6220 ayat (diriwayatkan dari Ibnu Khathir Al-makkiy)


4. Pendapat Ahli Kufah : 6236 ayat (diriwayatkan dari Hamzah AzZayyat, Al-Kisaie dan Khalaf bin Hisyam)

5. Pendapat Ahli Basrah : 6205 ayat (diriwayatkan dari ‘Aashim bin ‘Ajjaj Al-Jahdari)


6. Pendapat Ahli Syam : 6226 ayat (diriwayatkan dari Yahya bin Harith Az-Zammari)

Kesimpulannya tiada riwayat yang menyatakan bilangan ayat Al-Quran itu 6666. Punca perselisihan bilangan ayat-ayat Al-Quran ini ialah Nabi SAW membaca Al-Quran dengan diwakafkan di setiap akhir ayat sebagai isyarat tentang kedudukan akhir ayat. Kemudian setelah sahabat baginda mengetahui perkara tersebut, Nabi SAW menyambung satu ayat dengan ayat selepasnya yang ada kaitan makna untuk menyempurnakan maksud dan kefahaman ayat tersebut, lalu ada yang mengaggap bahawa kedua-duanya dikira satu ayat dan ada yang menganggap ia dua ayat yang berasingan. Khilaf ini tidak beerti ada penambahan ayat atau kurangnya ayat menurut pendapat-pendapat tersebut.


Akhirnya, bilangan yang diguna pakai oleh mushaf-mushaf Rasm Uthmani riwayat Hafs sekarang ialah bilangan Ahli Kufah iaitu 6236 ayat.


Wallahua’lam

Rujukan :
1) Al-Quran
2) Matan Nazimah al-Zuhri. Imam Syatibi, (Syarh Syeikh Abdul Fatah al Qadhi)
3) Al-Itqan. Al-Hafiz Jalaluddin Assuyuthi

Monday, May 18, 2009

JOM KE SANA!!!!

Report Polis Terhadap Ugutan Felda
Ke Atas Peneroka Tanam Sendiri
bersama Sdr Mazlan Aliman

22 Mei Jumaat 10 Pagi
IPD Kuantan

Semua Pejuang Keadilan Di Jemput Hadir

-------------------------------------------------------------------


Krisis Perak:
Pembunuhan Kejam Ke Atas Demokrasi

Bersama Pimpinan Pemuda PAS Pahang

Ust Suhaimi Saad
Ketua DPP Pahang

Ust Shahril Azman Abd Halim
Timbalan Ketua DPP Pahang

Sdr Abdullah Karim
Naib Ketua DPP Pahang(Peguam Muda)

Semua Di Jemput Hadir
25 Mei Isnin - 9.00 malam
Markaz Jengka 21

Terima Kasih Cikgu...BACALAH!!!


Kenangan 5 Muslim SMA Al-Khairiah 2001

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu..

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "mana kerja rumah". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja) Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "faham tak ? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "tak tahu, lupa, jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya.. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan 'terima kasih cikgu'..

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

dari: jarumemas.blogspot.com

Tuesday, May 12, 2009

Alhamdulillah, syukur...Allah makbulkan doa kami...

Assalamualaikum buat semua,...

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan jazakumullah khairan jaza' di atas kehadiran kalian ke majlis perkahwinan kami tempohari. doakan semoga perkahwinan kami diberkati.

Tidak lupa juga buat sanak saudara dan sesiapa yang terlibat menjayakan majlis walimah ini.

Semoga kita semua peroleh rahmat dan belas kasihan daripada Allah swt.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, "Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, satukanlah hati ke dua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan taqwa kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin isteri dan isteri solehah yang sentiasa membantu,murahkan rezeki dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh.Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawaddah dan Al-Rahmah. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia. Dengan taufiq dan hidayahMu, beruntunglah ke duanya dalam kehidupan di dunia dan akhirat."

Amin Ya Rabbal 'Alamin


Sabda Ra
sulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila telah berkahwin seseorang itu, maka ia telah
menyempurnakan separuh agamanya.
Pada separuh yang lainnya
hendaklah ia bertaqwa kepada Allah swt."
HR Baihaqi.Jazakumullah!!!

Friday, May 08, 2009

Muktamar DPPNP kali ke 27

....doakan kami.

اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك , والتقت على طاعتك ,
وتوحدت على دعوتك , وتعاهدت على نصرة شريعتك , فوثق اللهم رابطتها ,
وأدم ودها , واهدها سبلها , وأملأها بنورك الذي لا يخبو ,
واشرح صدورها بفيض الإيمان بك , وجميل التوكل عليك ,
وأحيها بمعرفتك , وأمتها على الشهادة في سبيلك ,
إنك نعم المولى ونعم النصير ,اللهم آمين ,
وصل اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Ya Allah, sesungguhnya Engkau ketahui hati-hati ini yang telah berhimpun atas dasar kasih kepadaMu, berjumpa atas dasar mentaatiMu, bersatu atas dasar dakwahMu, berjanji setia atas dasar membantu syariatMu, maka oleh itu teguhkanlah ikatan mereka, kekalkanlah kemesraan mereka, pimpinlah jalan mereka, isilah mereka dengan cahayaMu yang tidak akan terpadam, lapangkanlah jiwa mereka untuk merasai keimanan denganMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu. Hidupkanlah mereka dengan makrifatMu dan matikanlah mereka dalam keadaan syahid di jalanMu. Engkau adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenanlah permintaan ini. Ya Allah ucapkanlah selawat dan salam untuk junjungan kami Muhammad, kaum keluarga dan para sahabatnya.

Wednesday, May 06, 2009

"..agar kamu cenderung dan berasa tenteram.."


Allah swt berfirman :



Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:

Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)

(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda,3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya(QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang"

(Sahih Muslim)
Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)
Ibnu Ma’ud pernah mengatakan,

"Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)

Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,

"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku?
Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah


Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

Tuesday, May 05, 2009

TAFSIR TERBARU !!! Surah Yaasiiin


Tafsir ini telah dilancarkan pada majlis perasmian Mesy Agung PAS Kaw. Kuala Krau yang telah di Sempurnakan oleh Yb Dato'Haji IR Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Kedah D.A.

Dapatkan segera..!!!!! Hanya RM15 sahaja!!!

------------------------
Tafsir Al Quran surah Yasin tulisan Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al Hafiz, Pengetua Maahad Tahfiz Al Rahimiah Bandar Jengka, dilancarkan pada 3 April lalu.

Ustaz Shahril dilahir pada 2 Januari 1972 di Parit Gabis Bagan Serai Perak Darul Redzuan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 3. Beliau adalah antara pelajar awal Madrasah Tarbiah Islamiah Darul Hijrah, Paya Pasir, Maran sebelum melanjutkan pelajaran di Darul Qur an, Rusila Terengganu (1987-1889).

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Hafazan Al Quran di Universiti Anwarul Ulum, Karachi, Pakistan (1989-1992) kemudian mengikuti kelas pengkhususan Bahasa Arab selama saetahun di Universiti Abu Bakar Islamiah, Karachi (1993-1994).

Pada tahun 1995 -1999, beliau belajar di Universiti Al Farooqiah , Karachi dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (BA) dan kemudianya peringkat Sarjana (MA) di Universiti sama, sekembali ketanah air beliau berkhidmat sebagai pengetua Maahad Tahfiz Al Rahimiah, sehingga kini.

Selain daripada mengajar Maahad tahfiz , Ustaz Shahril turut memberi kuliah Tafsir kawasan sekitar Pahang , Selangor disamping dan memenuhi undangan diselururh negara. Beliau juga aktif didalam Dewan Pemuda PAS Pahang serta Persatuan Anak Peneroka Se Malaysia (Anak).

Kitab tafsir surah Yasin ini adalah buah tangan beliau yang ke lima selepas Tafsir surah al Fatihah, surah As sajdah, Surah An Insan dan Al Mulk sebelumnya.

Kitab setebal 207 halaman ini dibahagikan kepada mempunyai 18 Bab, keistimewaan kitab ini ia ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam semua peringkat usia. Ia dijual dengan harga RM15 senaskah.

Shahril berkata, sebahagian daripada hasil jualan kita ini akan diinfaqkan kepada PAS Kawasan Kuala Krau. Beliau boleh dihubungi melalui talian telefon 019-9300486 atau email shahrilalhafiz@yahoo.com.my

Friday, May 01, 2009

Coretan ringkas.....

Selamat Menghadapi Imtihan, siiru 'ala barakatillah...

Alhamdulillah, petang semalam sekitar jam 6 petang saya bertolak menuju ke Chenor. Destinasi saya ialah rumah us mad. He he, ziarah saya ke rumah Aniq, sebelum dia berangkat semula ke Mesir pada Sabtu, 2 Mei. Alhamdulillah, perasaan sedih dan hiba juga terasa, kerana sebenarnya Allah telah memberi peluang kepada dia untuk kembali semula ke negara berdebu itu, bumi anbia'.


Pada malamnya, sedang saya menyiapkan presentation untuk majlis pelancaran Kitab Tafsir Surah Yasiin karangan Us Shahril, telefon saya berdering, no yang tertera adalah no baru, pada awalnya saya tidak mengenali suara tersebut, namun saya cuba cam suara tersebut, Alhamdulillah, rupanya suara dari Mesir, Us Pon. Berkesempatan berbual dengannya sekitar 1/2 jam sahaja. Terima kasih kerana sudi berbual dengan saya, rindu saya pada teman2 di mesir cukup mendalam...

Ntah sejak akhir2 ini, ingatan saya pada mesir cukup berbekas dalam jiwa, diri memberontak seolah2 ingin kembali semula ke sana..... Seminggu yang lalu saya berkesempatan melihat gambar2 terbaru di galeri blog DPM Shoubra, terkenangkan markaz dan suasana bergerak kerja dengan sahabat....

Saya bercita2 untuk keembali semula ke mesir, tetapi ntah......x tau la bile :-)..

Saya masih ingat, tahun lepas, sekitar bulan April, Mei adalah musim membuat persiapan untuk imtihan syahadah,.... keperitan yang ditanggung untuk mengorbankan masa demi untuk berjaya di dalam imtihan syahadah pastinya berbekas dijiwa... Sebiah memori yang pasti tidak akan saya lupakan....Semuanya telah berlalu dengan kehendak dan kekuasaan Allah jua....


Akhirnya buat2 teman2 yang sedang berperang dengan musim intihan, semoga nusrah Allah bersama kalian,...buatlah yang terbaik,.. Allah pasti membantu orang2 yang sentiasa bersamaNYA..... Salam imtihan, Salam perjuangan..... Malaysia menanti kalian dengan harapan untuk menjadi agen perubah masyarakat serta sebagai penyelamat ummah!!!