Saturday, March 14, 2009

Sejarah MASISUPA

MASISUPA merupakan aktiviti kokurikulum berencana untuk pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang, bertujuan
untuk mencungkil dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi mental, emosi, kerohanian dan intelektual.

Aktiviti kokurikulum pada peringkat awalnya diadakan secara berpusat, melibatkan acara ilmiah, sukan dan kraftangan. Aktiviti ini dikenali sebagai “Pekan Pelajar” pada awalnya. “Pekan Pelajar” yang terawal telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh pada tahun 1968.

Kejayaan “Pekan Pelajar” yang pertama mendorong Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Menengah Agama Pahang untuk menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan dengan memberi peluang penyertaan yang lebih meluas dan merangkumi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat. Aktiviti tersebut kemudiannya dikenali sebagai “Minggu Pelajar” kerana aktivitinya berlangsung selama seminggu.

MASISUPA (Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Pahang) kemudiannya diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada MASISUPA “Pekan Pelajar” dan “Minggu Pelajar” hasil persetujuan Majlis Guru Besar dengan dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Masisupa kali pertama telah diadakan di Sekolah Tinggi Sultan Abu Bakar, Pekan.

Masa terus berlalu dan MASISUPA dari hari ke hari telah banyak melahirkan pelajar yangberketrampilan serta mempunyai bakat di dalam setiap bidang yang di sertai. Kini MASISUPA telah menjangkau usianya yang matang. Pada tahun ini MASISUPA sudah berusia 25 tahun. Sekali lagi pada tahun ini Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan di pilih untuk menjadi tuan
rumah di peringkat pusat untuk merealisasikan objektif MASISUPA yang murni ini.

0 comments: