Thursday, February 05, 2009

KONPIP 2009

( KONPIP 2008 di Kuliyyah Sultan Abu Bakar, Pekan )

Alhamdulillah, pada 23 Januari 2009 pejabat Maahad SAS telah menerima fax dari Jabatan Agama Islam Pahang, berkenaan dengan Konvensyen Pelajar Islam Pahang tahun 2009 yang akan di adakan pada hujung minggu ini ( 6 - 8 Februari 2009 ) bertempat di SMA Maran.

KONPIP, Konvensyen Pelajar Islam Pahang di bawah JAIP anjuran bersama Yayasan Darul quran Temerloh dengan kerjasama Badan Dakwah SMA Maran merupakan program tahunan dan KONPIP pada tahun ini merupakan konvemsyen kali yang ke 7.

Teringat saya semasa KONPIP yang diadakan di Maahad SAS pada tahun 2004, telah dijemput oleh moderator program untuk menjadi panel forum secara tiba2. Saya pada ketika itu masih menuntut di maahad tahfiz pahang pulang ke kampung dan berkesempatan untuk hadir ke KONPIP ketika itu. Saya dijemput tiba2 kerana panel sebenarnya tidak dapat hadir. Kira bidang terjunlah...itulah kali pertama saya hadir ke dalam KONPIP. Kali ke dua pada tahun 2006 dan hanya menjadi pemerhati.

Semasa saya di Mesir, saya hanya menerima perkhabaran dan cerita daripada teman2 tentang KONPIP. Alhamdulillah kesinambungan KONPIP sehingga kini masih berjalan dan sememangnya perlu di teruskan untuk kebaikan generasi dakwah di SMAN Pahang, juga melatih kepimpinan di kalangan pelajar.

Pada tahun ini pula, saya diamanahkan untuk menjadi guru pengiring membawa peserta daripada BADIK Maahad SAS untuk ke KONPIP kali ini.

Apa yang saya maklum, KONPIP sudah berusia 7 tahun. Lokaliti penganjuran KONPIP selepas KONPIP pertama di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh :-


2004 - Maahad Sultan Ahmad Shah, Jengka
2005 - Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh
2006 - Maahad Sultan Ahmad Shah, Jengka
2007 - Maahad Sultan Ahmad Shah, Jengka
2008 - Kuliyyah Sultan Abu Bakar, Pekan
2009 - Sekolah Menengah Agama Maran, Maran

Jazakumullah kepada semua teman2, sahabat2 dan semua yang terlibat dalam menjayakan konvensyen yang penuh bermakna ini....mudah2an KONPIP terus istiqamah dengan pembaharuan demi memantapkan badan dakwah di semua SMAN dan melahirkan generasi pelapis harapan ummah!!!

>>> Nantikan majalah AR-RISALAH sempena KONPIP 2009!!

0 comments: