Wednesday, February 27, 2008

SPR menurut persektif Islam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan satu badan yang mengurus proses pilihan raya membabitkan calon-calon daripada pelbagai parti yang bertanding dalam negara.

Bagi merealisasikan tuntutan perjalanan proses pilihan raya lancar dan penuh disiplin, maka ia sepatutnya menjadi satu badan 'bebas' yang tidak memihak atau menampakkan kecenderungan kepada mana-mana parti yang bertanding.

Walaupun pilihan raya dianggap bukan penyelesai kepada pemilihan pemimpin untuk mentadbir negara, ia boleh dimanfaatkan dan dianggap penting bagi mengelak sebarang kemungkinan yang boleh merugikan banyak pihak, justeru kewujudannya amat dirasakan.

Pertandingan calon-calon dalam pilihan raya secara 'gentleman' akan memuaskan hati pihak yang menang dan kalah kerana telah berusaha gigih tanpa sebarang campur tangan pihak ketiga, seperti dua pasukan yang bertanding dalam sesuatu perlawanan, yang diadili seorang pengadil yang tidak memihak kepada salah satu pasukan itu.

Pasukan yang menang dan kalah sama-sama berasa puas kerana bertanding di atas padang yang rata dan tidak berat sebelah.

Tetapi apa yang berlaku dalam proses pilihan raya di Malaysia, pegawai SPR tidak menjadi pengadil yang baik. Mereka memihak kepada calon-calon parti pemerintah tanpa sebarang bantahan walaupun tindakan calon-calon tersebut terang-terang menyalahi peraturan pilihan raya.

Persoalannya di sini, di mana ketegasan SPR walaupun terdapat kenyataan pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menyelar parti-parti tertentu yang menggunakan media untuk berkempen.

Tetapi beliau lupa, belum pun hari penamaan calon, parti pemerintah BN telah menggunakan semaksimum media elektronik dan cetak untuk berkempen sakan. Tidakkah pegawai SPR tidak perasan tindakan negatif dan tidak sihat itu?

Apa tujuan sebenar peraturan baru dengan mengenakan setiap calon mematikan setem duti borang pencalonan beberapa hari sebelum pilihan raya, adakah calon-calon BN mematuhi peraturan tersebut?

Kenapa calon-calon BN yang didapati melanggar peraturan itu masih diterima pencalonan mereka dengan pelbagai alasan yang dikemukakan? Tidakkah SPR terutama pengerusinya percaya kepada ajaran Nabi Muhammad s.a.w. yang menegaskan, bahawa bukan daripada golonganku seorang Muslim yang berdusta.

Jelas di sini, SPR tidak berlaku adil dan memihak kepada BN, sedangkan BN sampai ke saat ini masih tidak bermaya untuk melaksanakan hukum Islam dalam al-Quran, mereka yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah terpaksa memilih salah satu kategori, sama ada jadi kafir, zalim dan fasiq (rujuk ayat 44,45 dan 47 surah al-Maidah), mereka hanya mampu mengadakan projek-projek mega berasaskan keperluan poket masing-masing.

Di manakah SPR dengan Sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang banyak mengajar kita erti keadilan sejagat?

Di manakah SPR dengan ayat-ayat tersebut di atas, sama-samalah rakyat buat perhitungan bagi mengembalikan kegemilangan Islam sebenar?

Thursday, February 14, 2008

Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syarak

Menegakkan Pemerintahan Islam
Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al 'Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu'la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud : ''mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya''.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:



''Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya''.



Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa'adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.



Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam




Ramai di kalangan 'alim ulama' yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima'ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma'ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:



''Para ulama' daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji'ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. "



Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.



Pendapat mereka ditolak oleh Ijma' mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.



Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara' dan berdasarkan 'Aqal
Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara' atau berdasarkan 'aqal atau kedua-duanya sekali?



Al Mawardi, Abu Yu'la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara' dan 'aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan 'aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta'ala:



Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:



Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi'in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).



Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:



''Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua''.



Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.



Cara-cara Menegakkan Pemerintahan IslamSebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.



Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai'ah Ammah.



Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan 'baiah 'ammah' di masjid Al Nabawi.



Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.



Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan IslamSama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama 'Baiah Ammah' atau 'Al Syahadah' maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:



''Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan bai'ah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah''.



Antara maksud lafaz baiah itu ialah: ''Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya''.



Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta'ala, maksudnya: ''Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu''. (At Talaq:2)



Firman Allah lagi, maksudnya: ''Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah''. (At-Talaq:2)



Firman Allah Ta'ala lagi, maksudnya: ''Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya''. (Al-Baqarah: 283)



Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:



''Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya''.



Mendaftar Diri Sebagai Pemilih




Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.



Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.



Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:



''Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib''.



Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara'.



Kesimpulan dan PenutupSemua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara' itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.



Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.



''Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib''.




Oleh : Dato' Haji Harun Taib

Monday, February 11, 2008

Qadhiyah Palestina dan Masa Depan Umat

Risalah dari Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Al-Ikhwan Al-Muslimun, 2-2-2008

Segala puji hanya milik Allah Tuhan Semesta Alam, shalawat dan salam semoga tercurah pada penghulu para mujahidin, imam para nabi dan rasul, yang diutus sebagai sekalian alam, beserta keluarga dan para sahabat, salam kesejahteraan yang berlimpah bagi mereka semua.




Selanjutnya…



Saat ini bukti nyata telah tampak dan terbuka lebar di mata seluruh dunia yang membuat malu mereka memiliki hati, khususnya setelah peristiwa yang fenomenal yang terjadi di Gaza, dan bagi kita tidak ada bayangan kecuali meneropong dengan pandangan ke depan akan masa depan umat kita (umat Islam), tergugah dan tergerak setelah peristiwa yang terjadi di Gaza berupa penghancuran blokade yang merupakan bagian dari tanggungjawab kita yang besar, kita menginginkan bahwa umat Islam keluar dari penderitaan yang selama ini dialami; baik berupa kedzaliman, penindasan dan penjajahan, serangan-serangan yang terencana dan konspirasi permusuhan terhadapnya; guna mendapatkan kekuatan, menghilangkan dan menghancurkan duri-duri penghalang serta membersihkan qadhiyah Palestina sebagai pusat dan inti permasalahan.



Inilah Kejahatan Zionis



Adalah merupakan kewajiban secara syar’i dan sangat urgen; baik dari sisi kemanusiaan, kebangsaan dan kenegaraan untuk serempak bersikap secara lantang dan keras terhadap kejahatan Zionis yang terus berlangsung hingga saat ini, begitupun dengan pendukungnya; baik Amerika dan Eropa, dan juga partisipasi bangsa arab yang selalu diam serta kemandulan umat diseluruh dunia secara keseluruhan dalam menerapkan satu statement dari statement-statement yang dikeluarkan oleh PBB, atau bersikap dengan tegas terhadap kebrutalan Zionis yang telah menghancurkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip; untuk mempertahankan Negara Zionis dan melakukan serangan militer; baik darat, laut dan udara, melakukan blokade yang keji sejak beberapa bulan lamanya, kemudian melakukan blokade secara menyeluruh dan melarang penduduk Gaza untuk mendapatkan perbekalan baik listrik, makanan dan obat-obatan selama 5 hari berturut-turut sehingga hampir mengalami krisis kemanusiaan pada semua tingkatan yang mencapai satu setengah juta jiwa.



Kejahatan ini merupakan bentuk pelecehan terhadap berbagai perjanjian international dan perjanjian kemanusiaan, terutama terhadap blokade di daerah Diffah bagian barat dan merubahnya menjadi tempat yang terisolir dengan warga lainnya, melakukan secara terus menerus yahudisasi Al-Quds, meningkatkan pendudukan, merampas tanah. Dan kejahatan ini mencapai puncaknya – setelah melakukan kejahatan dalam proses penangkapan, pembunuhan, menutup jalan dan melakukan blokade - kepada usaha melakukan pembersihan penduduk dengan menjadikan Gaza bagian dari Mesir dan memperluas batas geografi dengan membuat Gaza bagian dari kota Sinai yang terletak di Mesir; sehingga warga Gaza dan Plaestina berusaha dengan sekuat tenang melakukan perlawanan!!



Orang-orang yang menyerah juga berpartisipasi dalam membumi hanguskan qodhiyah Palestina!!



Apakah mereka-mereka yang menyerah dengan nama perundingan dan proyek yang samar-samar – khususnya setelah muktamar Annapolis - menyadari bahwa kejahatan Zionis selamanya tidak akan memberikan kebebasan kepada Palestina dan memiliki pemimpin?! Bahwa mereka selalu melakukan dan selalu berusaha memecah belah persatuan barisan Palestina, bahkan melakukan pengusiran terhadap 48 warga arab dari bumi Palestina, mencegah hak mereka untuk kembali yang selalu dimimpikan oleh para pengungsi di daerah yang bercerai berai, bahka berusaha dengan sungguh-sungguh mengakhiri perlawanan dan membunuh para petinggi-petingginya?!



Jika mereka semua tidak mau sadar juga dan menganggap bahwa dukungan sebenarnya buka pada kekuatan internasional, maka hal itu merupakan kemenangan dari Allah SWT “dengan pertolongan Allah, yang selalu menolong hamba yang dikehendaki dan Allah Maha Perkasa dan Maha Pengasih” (Ar-Ruum: 5), dan dari dukungan dan pilihan para pelaku perlawanan menuju kemerdekaan bumi Palestina dan mneyelamatkan Al-Quds… saya sampaikan: “Sebenarnya mereka ikut berperan serta dalam mewujudkan tujuan-tujuan Zionis, berperan serta dalam menyelesaikan qodhiyah Palestina dalam memerangi dan membinasakan bangsa Palestina; hal tersebut merupakan kejahatan yang paling berbahaya dan melawan undang-undang umum internasional.



Sampai kapankah harus menyerah?!



Hari ini telah hancur 10 tahun perjalanan perundingan dengan sia-sia, bahkan binasa proyek penyerahan diri, tidak ada pilihan lain kecuali melakukan perlawanan yang diarahkan pada serangan-serangan yang menakutkan kepada musuh - Zionis -, membuat takut pandangan mereka tentang keamanan, hingga kepada menurunnya jumlah perjalanan turis (traveling) dan meningkatnya jumlah yang pergi meninggalkan bumi Palestina, dan menjadi kota Gaza seperti orang pusing yang melekat di kepala para pemimpinnya.



Dari sisi lain bangsa Palestina menyerahkan beberapa pilihan – semenjak intifadhah hingga sekarang - korban mencapai 4900 syahid, 70 ribu terluka; bahkan sekitar 1500 mangalami cacat tetap, namun demikian mereka tidak pernah mundur dari pilihannya bagaimanapun kondisinya, sampai kapan harus menyerah dan menyia-nyiakan hak dan meninggalkan keutuhan bumi Palestina?!



Kita harus mengembalikan qadhiyah Palestina kepada sejarahnya pertama kali dengan menghilangkan penjajahan jika waktu masih panjang, dan hal tersebut tidak akan sempurna kecuali dengan berpegang teguh dengan memilih perlawanan yang dimulai dengan menghancurkan blokade yang kuat, menggelorakan semangat ideologi, politik dan propaganda untuk menghancurkan, menghadirkan berbagai macam dukungan bantuan, harta dan spiritual untuk mengakhirinya, dan dengan izin Allah akan memberikan hasil yang diharapkan yaitu merdekanya bumi Palestina selama kita terus berada dalam saru barisan dalam menghadapi konspirasi Zionis.



Peran kongkrit bangsa Arab dan Umat Islam



Ucapan selamat, penghargaan, dan hormat terhadap peran yang berani yang kami dapatkan dalam intifadhoh umat terhadap bangsa dan umat Islam, yang keluar berteriak di hadapan rendahnya dan hinanya para pemimpin dengan membuka blokade dan meruntuhkan tembok; yang mampu memberikan pengaruh yang sangat kuat dalam menekan para pemimpin arab dan umat Islam.



Sikap-sikap seperti ini harus terus didukung dan diberikan semangat; untuk memberikan jaminan dan semangat kepada masyarakat dan memberikan loncatan melalui berbagai pertolongan bagi ikhwan kita Palestina di daerah Gaza, dan mengajak para ikhwah yang berselisih pendapat pada pentingnya dialog yang memberikan solusi perbaikan bagi bangsa Palestina; dengan cara kesatuan barisan, kesatuan persepsi, membuka blokade dan menghilangkan berbagai hambatan yang dialami oleh penduduk Gaza.



Ucapan selamat khusus kepada bagsa Palestina



Khusus bangsa Palestina yang tegar dan tegas, teguh dan sabar dalam menghadapi penjajahan, cukuplah kepada mereka untuk disampaikan bahwa:



• Telah terbit di dalam diri umat ruh baru melalui penghancuran blokade dan menuntut kemerdekaannya sekalipun banyak rintangan, melalui renovasi dengan menolak untuk kembali kepada penjara blokade, sekalipun pencarian akan kehendak untuk menembus alam kebebasan (Refah) dan tembok-tembok yang dzalim di tangan Zionis.
• Umat juga diingatkan dengan menuntut dibukakan batas teritori Negara-negara kami baik Negara arab dan Islam; karena permasalahannya tidaklah lain kecuali statement politik yang berani dan tegas; kerena kehendak lembaga-lembaga harus tunduk dan mengikuti kehendak bangsanya, ketegarannya dan semangat untuk memperbaikinya.
• Umat disatukan pada qodhiyah yang satu yaitu kemerdekaan bumi dan melakukan perlawanan terhadap penjajah… qadhiyah ini yang mampu membangkitkan kembali untuk hidup bagi bangsa kami dan umat Islam secara keseluruhan, khususnya bumi Iraq dan Afghanistan yang sampai saat masih dijajah, dan Somalia dan Sudan yang kokoh dan tegar dihadapan konspirasi serta Negara-negara yang sedang dibicarakan dan didzalimi diberbagai belahan dunia.
• Memberikan contoh dan tauladan dalam mendukung dialog dan persatuan barisan tanpa syarat, seperti yang dilakukan oleh Zionis dalam mendikte para penguasa, memperkuat duri penghalang yang sia-sia dengan menggunakan qadhiyah ini, sekalipun kebutuhan untuk merekonstruksi kembali rumah-rumah dalam menghadapi proyek Amerika dan Zionis.



Palestina… adalah qadhiyah utama kita



Kita akan menjadikan Palestina sebagai Qadhiyah utama kita, yang menyatukan dunia kita; baik arab dan Islam; sehingga mampu mewujudkan janji Allah untuk membebaskannya, selama kita berpegang teguh pada tsawabit dan menunaikan peran kita bersamanya, mendukung dengan segala yang kita miliki selama bangsa kita dalam satu barisan dan berpegang teguh pada pilihan melakukan perlawanan “Yang demikian itu ialah karena mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal saleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik” (At-Taubah: 120).



Apakah akan datang suatu hari yang di dalamnya memberikan kejayaan bagi bagsa Palestina untuk sampai pada kemerdekaan dan kepemimpinan yang penuh terhadap negerinya dan urusan rumah tangganya dengan sendirinya? Dan apakah tidak ada balasan dari negera-negara Arab dan Islam akan dukungan dan bantuannya dalam mewujudkan kebutuhan-kebutuhannya dan memberikan pasokan api, listrik, gas dan obat-obatan yang jauh dari kejahatan pendudukan Zionis? Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: “Kapan itu (akan terjadi)?” Katakanlah: “Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat”. (Al-Isra: 51)



Shalawat dan salam semoga selalu tercurah atas nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabatnya, dan segala puji hanya milik Allah Tuhan Semesta Alam. []

Tuesday, February 05, 2008

Kenangan di Makkah Al-Mukarramah...

Masjid Dhirar

PENGAJARAN DARI KISAH MASJID DHIRAR KISAH MASJID DHIRAR

Gambar; Tapak Masjid Dhirar yang berhampiran dengan Masjid Quba' di Madinah
Firman Allah;

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون

Maksudnya; “Dan (diantara orang munafiq itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: “kami tidak menghendaki selain kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpah mereka)”. (Surah at-Taubah : 107)

Ayat ini mengisahkan tentang perancangan jahat yang telah di lakukan seorang Pendeta Nasrani yang bernama Abu ‘Amir Ar-Rahib[1].

Ketika Islam muncul di Madinah dan menarik banyak penganut ajaran Nasrani kepada Islam, maka Abu Amir Ar-Rahib telah menyusun strategi bagi mematahkan usaha Rasulullah s.a.w dan para Sahabat tersebut dengan mengadakan usaha kerjasama bersama kaum munafiq Madinah dari suku Aus dan Khazraj.

Baginda s.a.w menyedari akan perancangan Abu Amir Ar-Rahib dan orang-orang munafiq itu, lalu Rasulullah s.a.w hendak menjatuhkan hukuman terhadapnya, tetapi dia telah lari dari Madinah ke Mekkah dan kemudiannya ke Taif dan kemudiannya ke Syiria.

Dari Syiria, dia telah mengatur perancangan untuk membinasakan usaha dakwah Rasulullah itu dengan menulis surat kepada golongan munafiq di Madinah, yang menyuruh supaya orang Munafiq membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba dengan tujuan untuk merosakan usaha dakwah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat.

Mengikut satu riwayat, Abu Amir Ar-Rahib menyuruh golongan munafiq membina masjid sebelum dia keluar dari Madinah dengan katanya kepada mereka : “binalah masjid kamu dan bersedialah kamu dengan kemampuan kamu dari kekuatan dan senjata, maka sesungguhnya aku akan pergi berjumpa dengan Qaisar Raja Rom, dan aku akan membawa tentera dari Rom dan aku akan mengeluarkan (menghambat) Muhammad dan sahabat-sahabatnya dari Madinah”.[2]

Seperti musuh-musuh islam yang lain, Abu Amir Ar-rahib menyedari bahawa untuk sesuatu Negara yang di dalamnya agama yang benar dan mantap, cara terbaik untuk menghancurkannya adalah dengan menggunakan agama itu sendiri. Dengan mempergunakan Islam, mereka dapat merasuk dan mempengaruhi umat Islam supaya terpedaya dengan tipu daya mereka.

Lalu golongan munafiq telah membina masjid tersebut disebelah rumah seorang munafiq yang bernama Khuzzam bin Khalid

Berkata Ibnu Ishaq : orang-orang munafiq yang membina masjid tersebut adalah dua belas orang, mereka adalah Khuzzam bin Khalid, Tha’labah bin Hatib, Mu’tab bin Qasyir, Abu Habibah bin Asaa’r, Ubbad bin Hanif, Akhu Sahl bin Hanif, Jariyah bin ‘Amir, dua anak Jariyah iaitu Majmak dan Zaid, Nabtal bin al-Harith, Bajad bin Othman (keturunan Bani Dhobi’ah) dan Wadi’ah bin Thabit.[3]

Ketika Rasulullah s.a.w hendak ke Tabuk, beberapa orang munafiq telah datang berjumpa dengan Baginda s.a.w dan berkata:

“Wahai Rasulallah! Sesungguhnya kami telah membina sebuah masjid yang merupakan keperluan kepada kami. Demi Allah, tidaklah kami kehendak untuk membinanya melainkan kebajikan dan kebaikan, sesungguhnya kami suka, jika kamu datang dan menunaikan solat didalamnya dan berdoa keberkatan padanya”.

Tujuan mereka minta Rasulullah s.a.w menunaikan solat dan berdoa dalam masjid itu adalah untuk mereka boleh berhujjah mengatakan bahawa masjid itu telah di akui oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Lalu berkata Rasulullah s.a.w kepada mereka : “Sesungguhnya aku hendak bermusafir. Sekiranya kami pulang nanti, Insya Allah, kami akan datangi kamu dan kami solat di dalamnya (masjid)”

Ketika Rasulullah s.a.w pulang dari Tabuk, turun ayat 107 surah at-taubah di suatu tempat yang bernama Zu Awan (sebuah tempat sejam dari Madinah). Lalu menyuruh Rasulullah s.a.w akan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim, Maan bin Adi atau saudaranya ‘Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;

انطلقوا الى هذا المسجد الظالم أهله فاهدمواه و أحرقواه

Maksudnya; “Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar olehmu akannya”

Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata.[4]

MORAL DARI KISAH MASJID DHIRAR

Muhammad Ali Bin Muhammad As-Syaukani berkata di dalam kitabnya “fathu al-qadir”;
Sesungguhnya Allah mengkhabarkan, golongan munafiq membina masjid dhirar dengan empat tujuan. Ianya adalah seperti berikut;

(a) Memberi Mudharat kepada orang lain.
(b) Menguatkan golongan munafiq.
(c) Memecah belahkan umat Islam.
(d) Menyediakan persiapan untuk melawan Allah dan Rasul-Nya.[5]

Melihat kepada tujuan pembinaan masjid Dhirar ini menjelaskan kepada kita betapa munafiqin berusaha untuk menjatuhkan dan memecah belahkan umat Islam dari bersaudara atas nama Islam dan melemah umat Islam dari seluruh aspek kehidupan.
    [1] Mengikut riwayat, Abu Amir Ar-Rahib adalah seorang yang berasal dari suku Khazraj dan di zaman jahiliyyah dia telah mempelajari akan kitab Injil.: sila lihat “Tafsir Ibnu Kathir” (2/507)[2] Lihat “Asbab An-Nuzul ‘an as-Sahabah wa al-Mufassirin” m/s 124
    [3] Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (5/24)
    [4] Dikeluarkan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya (2/508). Juga lihat “Asbab An-Nuzul ‘an Sahabah wa al-Mufassirin” m/s 124-125. kisah ini juga boleh dilihat dari buku-buku berikut: “Sirah dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w” m/s 887-888 atau “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (5/24)
    [5] Lihat “Fathu Al-Qadir” (2/569)
      *Gambar yang disertakan di atas diambil ketika Program Ziarah Sekitar Madinah musim Haji 1428H tempohari.......