Guru PASTI Bertindak Nekad Kejar Pencuri
Guru PASTI Nurul Iman Bandar Jengka yang dilarikan beg tangannya oleh tiga pencuri pagi tadi bertindak nekad mengejar pencuri pencuri yang menaiki tiga buah motorsikal.
Cikgu Khairul Azimah yang menonggang motorsikal seorang diri dari Rantau Perintis menuju Nadi Kota telah diekori 4 orang lelaki yang menaiki tiga buah motorsikal dan merampas beg tangannya di hadapan Balora Mastika.
Setelah tidak berhasil mengejar pencuri berkenaan,beliau dengan kerjasama Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau ,Ustaz shahril Azman telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Jengka.Beliau yang mengecam wajah pencuri berkenaan yakin pencuri pencuri terbabit menetap di sekitar Rantau Perintis.
Cikgu Azimah yang kehilangan Lesen Memandu ,Kad Pengenelan dan wangnya telah menerima sumbangan derma dari Dewan Pemuda PAS Kawasan.
Tuesday, November 11, 2008
Ketika membalas komen Abu Ishaq di artikel di bawah,beberapa minit tadi saya dihubungi Pengarah PASTI kawasan Saudara Syafie memaklumkan seorang guru PASTI Nurul Iman Bandar Jengka telah diragut sebentar tadi berhampiran Balora Mastika.
Ketua Pemuda PAS Ustaz Shahril sedang membawa guru berkenaan ke Balai Polis sekarang.Tunggu berita selanjutnya.Saya akan ke Balai Polis sekarang.
0 comments:
Post a Comment