Friday, October 31, 2008

KAD PROGRAM....

1 & 2 November ini PAS Kaw. Kuala Krau akan mengadakan Ijtima' Kawasan. Program besar ini akan di hadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan banyak lagi program2 ijtimaie yang akan di adakan,....

Apa pun saya sempat memasuki mesyuarat pemuda Selasa yang lalu...


Setelah pulang dari Mesir, inilah kerja pertama... Kalau di mesir dahulu sering di beri taklifan dan membantu sahabat untuk design kad2 program, iklan program, pamplet dan yang paling seronoknye buat kerja dalam team @ keluarga SUKMA...


Kerja tersebut ialah ana di taklifkan untuk design kad URUSETIA Ijtima; ni... buat jer lah setakat yang mampu... mudahan ini antara sumbangan ku....


SELAMAT BER IJTIMA' BUAT SEMUA.... SIIRU 'ALA BARAKATILLAH......

Wednesday, October 29, 2008

IJTIMA' PAS KAW. KUALA KRAU 2008


PAS Kawasan Kuala Krau akan mengadakan Ijtima' Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat pada 1 - 2 November 2008. Program yang akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang akan dipenuhi dengan berbagai acara antaranya pameran dari Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Perak dan Selangor, derma darah , rawatan perubatan Islam Darul Syifa, sukanika , pertandingan mewarna , melukis dan tulisan khat bagi kanak-kanak.


01 November 2008


09.00am - 12.00 pm : Majlis Perasmian , pameran , sukanika dan rawatan kesihatan
12.oo - 02.00 pm : Rehat , Makan & solah Zohor
02.00 - 05.00 pm : Sukanika dan penyampaian hadiah
05.00 - 07.00 pm : Solah asar , Makan malam
07.00 - 09.00 pm : Solah Magharib , Solah hajat , tahlil & Solah Isyak
09.00 malam : Ceramah Perdana oleh YB. Dato' Hussam Musa dan YB. Ir
Amirudin


02 November 2008


09.00 - 12.00 : Sukanika , pameran , pertandingan
12.00 - 02.00 : Rehat , Makan & Solah Zohor
02.00 - 04.00 : Sukanika Remaja
04.00 - 05.00 : Rehat & Solat Asar
05.00 - 07.00 : Persembahan Seni & Kebudayaan
07.00 - 09.00 : Solah Magharib , Solah hajat , tahlil dan Solah Isyak
09.00 - 12.00 : Ceramah Perdana YB. Dato' Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , YB. Dato' Dr. Hassan Ali.

- SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI IJTIMA' INI -


Wednesday, October 22, 2008

SMA AL-KHAIRIAH, TEMERLOH


Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan untuk ke SMA Al-Khairiah, Temerloh setelah sekian lama meninggalkan sekolah ini tahun 2001 dahulu.



Semalam, saya dan beberapa guru dari Maahad SAS di jemput hadir untuk mengikuti taklimat dan mengisi borang KPLI-KDC untuk semua guru2 lepasan Ijazah yang sedang mengajar di SMAN Pahang di sana.



KPLI-KDC yang ditawarkan di taja oleh JAIP ini memberi peluang kepada guru2 ini untuk mengikuti kursus perguruan kemasukan November ini.



Alhamdulillah, kira2 jam 12.30 tghari selesai semua urusan.



Berada si SMA Al-Kahiriah.... banyak yang telah berubah... terkenang 6 tahun yang lepas, ketika SMA, SPM,... bersama2 sahaba2 di dalam Badan Dakwah & Ibadah (BADIB), bersama2 memperjuangkan matlamat dan halatuju BADIB....ku berdoa semoga satu hari nanti kita di pertemukan kembali dii atas jalan perjuangan dan matlamat yang satu....

Thursday, October 16, 2008

Program Musim Cuti TAHFIZ RAHIMIAH


► TEMPOH PROGRAM

Bermula Dari : 17 / 11 / 2008 Hingga : 05 / 12 / 2008


► PENGISIAN PROGRAM

1) KELAS BACAAN IQRA’ (RM 50.00)

2) BACAAN AL – QURAN (RM 55.00)

3) HAFAZAN AL –QURAN (RM 55.00)


► JADUAL PROGRAM

Isnin Hingga Jumaat : 8.00 PAGI → 11.00 PAGI ( 3 jam sehari )

► TEMPAT : Bangunan Sek. Agama Rakyat Bandar Jengka, Jalan Nikmat,
Rantau Perintis 26400 Bandar Jengka.


► Borang boleh didapati di Pejabat Tahfiz Setiap Hari Persekolahan.
TEL : 09 – 4663529 / 019-9461409 / 019-9300486

JANGAN KETINGGALAN!!! ISI MASA KOSONG DI WAKTU CUTI SEKOLAH DENGAN PENGISIAN ALQURAN!!!

Wednesday, October 15, 2008

Gerakan Islam terganggu bila amilin longgar akhlak

Seorang aktivis atau amilin gerakan Islam bukan sekadar perlu memahami dan tunduk pada peraturan agama dalam memikul amanahnya malah ia perlu memperlengkapkan dirinya dan patuh pada disiplin dan adab dalam berjemaah.

Masalah dalaman angkara amilin yang tidak lengkap atau longgar akhlak berjemaahnya akan mengakibatkan terganggunya perjalanan gerakan Islam tadi.


Gerakan Islam ini bukan gerakan ikut-ikutan atau gerakan yang bertenggek pada populariti semasa atau pada mana-mana individu atau kumpulan. Ianya rentetatan dari gerakan suci lagi besar yang telah diasaskan oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang berlandaskan wahyu (al Quran) dan bimbingannya, tidak berubah roh dan semangatnya samada dalam keadaan perjuangan itu ditimpa tekanan, serangan atau fitnah mahupun ketika ia meraih kejayaan dan kemewahan.


Kerana itu dalam menghadapi halangan dan cabaran atau dugaan semasa gerakan Islam hendaklah sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah perlu bagi memantap dan memperkasakan para pendukungnya. Seseorang itu tidak boleh mendakwa dirinya amilin gerakan Islam jika ia tidak patuh atau tunduk pada peraturan dan adab berjemaah ini.


Komprehensifnya peraturan dan adab berjemaah dalam gerakan Islam sehingga kita ditarbiyah dan didedahkan dalam mengenal-pasti dan menjauhi wabak-wabak yang mampu menganggu-gugat keutuhan diri dan kekuatan jemaah.


Umpamanya Dr al Sayed Muhammad Noh ada menulis darihal wabak-wabak ini yang perlu diberi perhatian di dalam kitabnya "Wabak Sepanjang Jalan" yang pada tahun 2003 telah diterbitkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan diterjemahkan oleh Dewan Ulamak PAS Kedah (Pengerusi panel terjemahannya ketika itu adalah MB Kedah kini Ustaz Dato' Seri Azizan Abd Razak).


Terjemahan buku ini djadikan teks usrah oleh PAS di pelbagai peringkat dan saya difahamkan ianya menjadi teks usrah kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah sejak zaman Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor lagi.


Kitab ini menghuraikan tujuh wabak yang perlu diawasi oleh para amilin yang jika tidak diberi perhatian mampu mengancam gerakan Islam sepanjang zaman. Dan salah satu wabak itu adalah "al ghurur" atau "tertipu dengan diri sendiri". Di sana Allah SWT berfirman:


" Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)." (Fatir: 5)


Antara sebab-sebab berlakunya "ghurur" menurut kitab ini adalah pertama lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri dan kedua lalai atau enggan menerima bimbingan orang lain.


Sesungguhnya dua di antara sebab ini sangat mudah hinggap dan memperdayakan kita sehingga kita kadangkala tidak perasan atau terlupa yang ianya telah masuk merasuk jiwa kita.


Kerana itulah kita perlu sentiasa memagang kuat ikatan tali dalam berjemaah ini, jangan sampai ianya terlepas sehingga kita menganggap tidak ada yang lain yang benar dan betul melainkan diri kita sahaja.


Kitab ini memberi amaran bahawa "al ghurur" jika tidak ditangani atau dirawati akan meninggalkan kesan buruk dan merbahaya samada ke atas amilin ataupun amal Islami itu sendiri.


Dan tiga kesan ke atas amilin akibat dari perlakuan "al ghurur" ini adalah pertama: "cenderung terjebak ke dalam perangkap kejahatan dan suka bertegang leher", kedua: "cenderung terjebak ke dalam kancah at takabbur tanpa hak" dan ketiga: "keras kepala".


Untuk itu Rasulullah saw bersabda: "Aku adalah ketua sebuah rumah perlindungan dalam syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak bertegang leher, sekali pun apa yang dilakukannya itu adalah benar. Dan aku juga ketua sebuah rumah di tengah-tengah syruga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak berbohong, walaupun bohongnya itu hanyalah gurauan. Dan aku juga ketua sebuah rumah di bahagian tertinggi syurga untuk mereka yang baik akhlaknya."


Justeru itu semua kita perlu mengambil iktibar dan memastikan yang kita tidak dihinggapi oleh wabak seumpama ini samada kita sekadar ahli biasa ataupun berjawatan di peringkat cawangan, apa lagi kawasan, negeri termasuklah pusat.


Tidak terkecuali mereka yang memegang jawatan dari setinggi Menteri Besar sehinggalah ahli-ahli EXCO, ahli parlimen dan ADUN serta ahli-ahli majlis PBT, ketua-ketua kampung mahupun JKKK.


Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS ada menyebut dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini bahawa pokok PAS tidak akan tercabut kerana tunjangnya adalah Islam, walaupun ia mungkin bergoyang.


Lalu apa sahaja yang mengakibatkan ianya bergoyang perlu dirawat semoga pokok ini terus kukuh dan teguh dalam meneduhi perjuangan yang besar dan jauh ini.


(Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS)_

Tuesday, October 14, 2008

WASPADA !!! Al-Quran Palsu Buatan Amerika

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya Dan sedang didistribusikan di Kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' Dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! Berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab Dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.

Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua Muslim sedapat Kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi Kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.
Semoga kita semua tidak terpedaya dengan dakyah musuh Allah dan semoga kita di pelihara oleh Allah....
Contoh : COVER



CONTENTS :

THE BLESSING - Al-Basmalah :

THE OPENING - Al-Fateha :

Semoga Allah melaknat musuh Allah!!!!

Monday, October 13, 2008

Urusan Pengiktirafan di JPA

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah selesai sudah proses pengiktirafan kelayakan Syahadah Takhassus Qiraat : Ijazah Sarjana Muda Kepujian.


Kepada sahabat2 yang masih belum menyelesaikannya, saya sertakan maklumat yang perlu untuk proses tersebut :

  1. Isi Borang (ambil di kaunter)


  2. Salinan Fotostate Kad Pengenalan


  3. Salinan Fotostate DIPLOMA TAHFIZ - Darul Quran, JAKIM


  4. Salinan Fotostate Keputusan Peperiksaan Semester 1 - 6 (DIPLOMA TAHFIZ - Darul Quran, JAKIM)


  5. Salinan Fotostate Keputusan Peperiksaan Syahadah Takhassus Shoubra@Mansurah (Terjemahan Safarah), Muaqatah.

Mudahan Allah memudahkan urusan kita semua,...Amin. Terima kasih saiful naim, shuhaimi dan hafes di atas kerjasama semua...


(Teman2 yang turut hadir pada hari yang sama di JPA-9 Oktober 08)