Friday, August 29, 2008

Hari-hari terkahir di bumi anbia'

Assalamualaikum,...

Semoga kita semua sentiasa bersama dengan ruh dan semangat juang yang tinggi...
Tarikh 30 hb Ogos semakin hampir...Masa-masa yang berbaki di bumi anbia' semestinya
di manfaatkan sebaik mungkin. Teman2 yang lain sering memberi semangar supaya
kembali semula ke bumi barakah ini,... niat untuk kembali semula memang ada,... cuma
biarlah Allah sahaja yang menentukan...

Alhamdulillah, pada 24 ogos yang lalu, sempat saya dan teman2 yang lain menyertai
majlis Konvokesyen anjuran kedutaan Malaysia....cumu perasaan sedih tetap ada kerana
ramai teman dan sahabat seperjuangan yang lain tidak dapat turut serta kerana masih
menunggu natijah daur sani. Sabar dan redha wahai sahabat2ku,..yakin dan pasti
bahawa Allah akan menentukan yang terbaik buat hamba-Nya, dan ku doakan semoga
kalian memperoleh natijah yang baik, insya'Allah.

Kemudian pada 25 ogos, kami bertiga telah selesai bertalaqqi dengan Syeikh Hassan
Rejab. Alhamdulilah Selepas zohor majlis khatam kami selamat dan berjalan lancar.

26 ogos : Kami (bersama us najhi, us wan, us pon & us naim) sempat menziarahi maqam sekitar Jabal Muqattam dan terus menuju ke Haiyu Syafie. Takziah buat us aniq kerana tidak dapat bersama dalam jaulah maqam ini. Antara maqam yang sepat kami ziarah ialah Maqam :

- Imam As-Suyuti
- Saiyidah Aisyah
- Wali Soghir
- Abi Jamrah
- Khalwah Saiyidah Nafisah
- Imam As-Syathibi
- Imam Hasan Al-Banna
- Syuhada Pakistan
- Ibnu Hajar Al-'Asqalani
- Imam Al-Laitsi
- Imam As-Syafie
- Zakaria Ansori

27 Ogos : Mesyuarat Agung DPM (MAQAZ) Shoubra kali Ke-16. Selamat berjuang sahabat2
pimpinan baru,..

28 Ogos :
- Mesyuarat Agung BKMIP. Maaf buat kepimpinan BKMIP kerana tidak berkesempatan untuk
barsama sepenuhnya...hanya hadir untuk mengundi sahaja...

- Jaulah ke maqam Abu Muhammad Abdullah Jamaludin Bin Hisahm. Pendapat mengatakan
maqam seorang aulia' dan ada yang mengatakan beliau adalah ibnu Hisham.

Itu sahaja yang sempat di coretkan dalam waktu2 yang trbatas ini...

Buat teman dan shabat2 semua...

Ana memohon maaf di atas keterlanjuran selama kita bersama, semasa bergerak kerja
bersama, di atas kesilapan dan kekasaran yang pernah ana lakukan sehingga
menyinggung perasaan kalian,...Halalkan makan minum, halalkan andai termakan duit
kalian, duit2 yang x sepatutnya di gunakan,... mohon maaf, sesungguhnya pemaaf itu
sifat ahli syurga... sesungguhnnya ku telah maafkan kalian semua....
doakan semoga kita semua terus thabat dalam perjuangan..... Allahuakbar!!!

29 Ogos 2008
11.15 pagi, Jumaat, Shuobra.

0 comments: