Tuesday, July 22, 2008

Munajat & Pidato Perdana Pemuda PAS Pahang


PAS Menyelar Tindakan Terhadap Presiden Sudan

Oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Keputusan Ketua Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam mengeluarkan waran tangkap bagi membicarakan Presiden Sudan, Omar al Bashir atas dakwaan pembunuhan kaum, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang di Wilayah Darfur dilihat oleh PAS sebagai suatu tindakan yang "bias" dan lebih didorong oleh semangat penjajahan yang sepatutnya telah lenyap diabad ini.


Mahkamah tersebut dilihat membuat keputusan tanpa mengambil kira penglibatan dan campurtangan Barat kerana kepentingan mereka di wilayah tersebut yang langsung tidak menghormati kedaulatan dan kemerdekaan negara Sudan.


Dalam hal ini negara-negara Barat seolah memejamkan mata mereka terhadap jenayah perang yang dilakukan secara terang-terangan termasuklah pembunuhan orang-orang awam oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Iraq, Afghanistan, Somalia dan begitu juga oleh Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.


Bagaimana mahkamah ini diharapkan memberikan keadilan sedangkan Amerika Syarikat dan beberapa negara kuasa besar dunia enggan menandatangani perjanjian mengiktiraf mahkamah antarabangsa yang berpusat di The Hague itu?


Bagi PAS agenda jahat Barat ini sesungguhnya bukan hanya menyentuh dan mencabar rakyat Sudan malah ianya turut menyentuh dan mencabar semua umat Islam seluruh dunia.


4 Julai, 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Thursday, July 17, 2008

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

Maqam Sultan Muhammad Al-Fatih di Istanbul.
(Alhamdulillah kami diberi peluang untuk menziarahi maqam beliau.... : 6 Julai 2008)

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau "si Penakluk" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

(Frame khat ini diletakkan pada salah satu sudut berhampiran dengan maqam beliau : 6 Julai 2008)

Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Jasa dan sumbangan

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

PMRAM MENGHANTAR WAKIL KE TURKI

BERITA : PMRAM MENGHANTAR WAKIL KE TURKI
(PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR)





Tanggal 5 Julai 2008 merupakan tarikh bersejarah buat PMRAM apabila buat julung kalinya berjaya menganjurkan rehlah ke Turki hasil kerjasama di antara pihak PMRAM dan wakil mereka di Mesir. Rehlah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama Muslim tanpa mengira bangsa dan kaum di samping bertukar pandangan dan maklumat sepanjang di sana.

Rombongan seramai 16 orang ini mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 1.00 pagi yang diketuai oleh Saudara Khalil Yahya daripada Perak. Sebaik sahaja tiket diberikan oleh pihak Turki, Ustaz Umar kepada semua peserta, Presiden PMRAM yang hadir bersama-sama dalam majlis perlepasan tersebut memberikan kalam nasihatnya.

Dalam ucapannya beliau mengharapkan semua peserta supaya saling taaruf dan kenal- mengenali antara satu sama lain memandangkan kesemuanya daripada tempat dan negeri yang pelbagai, selain itu beliau juga mengingatkan agar menjaga akhlak dan keperibadian selaku pelajar Muslim dan selaku duta kecil PMRAM sepanjang di sana.

Selain itu, beliau juga mendoakan agar perjalanan ini selamat pergi dan pulang dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah.

Selepas bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Mohd Zarimi dari Shoubra, peserta bersiap untuk bertolak. Tiga peserta akhir yang lewat tiba di lapangan terbang turut sempat untuk menyertai rombongan tersebut. Turut bersama pada malam tersebut ialah Naib Setiausaha Agung Saudara Hanafi Zulkapli dan Ketua Badan Sambutan dan Rehlah Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin.

Rombongan ini telah berlepas pada jam 4.00 pagi dan tiba pada jam 6.30pagi. Sebagaimana maklum, rombongan ini sepatutnya berlepas pada 3 Julai yang lalu, akan tetapi berlaku permasalahan yang tidak dapat dielakkan menyebabkan penerbangan ditangguhkan pada 5 Julai.

PMRAM mendoakan rombongan wakil PMRAM ke Turki ini agar selamat pergi dan kembali semula ke Mesir.

Friday, July 04, 2008

JAULAH TABADUL THAQAFI ke TURKI

Nama Rasmi: Republik Turki.

Ibu Negara: Ankara.

Keluasan: 779,450 km persegi.

Kawasan: Selatan Eropah.

Jumlah Pendapatan Negara: US 131.01 bilion (1991).

Nilai Mata wang: 1 Lira Turki (TL) = 100 Kurus.

Jumlah Penduduk: 61.9 juta (1995)

Bandar Besar: Istambul, Ankara, Izmir, Adana, Bursa.

Kemerdekaan: 29 October 1923 (negara yang terbentuk dari empayar kerajaan Othmaniah).

Agama: Islam (kebanyakannya ahli Sunah) 99.8%, Lain-lain (Kristian dan Yahudi) 0.2%.

Pertanian: Merupakan 17 peratus dari hasil pendapatan negara (1991) dan menggunakan 44 % buruh (1993).

Kerajaan: Republik demokrasi berparlimen.

Kadar Pertumbuhan Penduduk: 2 peratus (1990-1995).

Taburan Penduduk: 79 orang / 1 km persegi.

Hasil Pertanian: Gandum, tembakau, kapas, zaitun, gula, bijirin, kacang peas, kacang nut, barli, bijirin minyak, jagung, opium (untuk rawatan), sayur, padi, ternakan binatang kambing, biri-biri, lembu, ayam itik, telur, daging, madu lebah, kulit. Import: Pelbagai jenis cecair bahan api, alat jent era, besi dan keluli, kelengkapan pengangkutan, bahan kimia, plastik, getah. Industri: Tekstil, makanan dan memproses minuman, perlombongan, besi dan keluli, kelengkapan pengangkutan, bahan kimia, penapisan petroleum, simen, baja, pelancongan. Bahasa: Bahasa Turki (bahasa rasmi), Kurdi, Arab. Eksport: Tekstil, bahan logam, tembakau, kulit, simen, minyak zaitun, gandum, buah kering, kacang nut, bahan api, bahan kimia. Sumber Peribumi: Arang batu, petroleum, gas asli, bauksit, mangan, kromium, raksa, tembaga, belerang, sulfur, bijih besi.

---------------------------------------------------------
Salam buat semua.
.

insya Allah kami akan bertolak ke Turki 5 Julai 2008 jam 1 pagi.
Kami akan berada di sana lebih kurang seminggu.
Doakan semoga perjalanan ini diberkati Allah.. Selamat pergi dan balik...

Thursday, July 03, 2008

Alhamdulillah, Syukran buat semua...







    Assalamualaikum WBT.
      Alhamdulillah, segala puji hanya layak bg Allah, Selawat salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW...
        Alfun MAbruk buat sahabat2 yang telah berjaya dalam imtihan syahadah 2008.
          Bagi yang masih diuji oleh Allah, percayalah disebalik taqdir &
          ketetapanNya itu terkandung seribu hikmah,,..
          mudah2an untuk meningkatkan lagi iman kita kepadaNya...
            " أنا عند ظن عبدى بى "
              Terima kasih kepada yang telah mendoakan kejayaan ini,..
              mudahan sentiasalah aku menjadi orang2 yang bersyukur...
                jazakumullah khairan jaza'..