Kesan Qiraat di dalam tafsir.
Ilmu Qiraat memberi kesan yang besar di dalam tafsir. Di antara contoh-contohnya seperti berikut.
Firman Allah s.w.t. (ويسئلونك ماذا ينفقون قل العفو) "العفو" sama erti dengan al fadhlu (الفضل). Perkataan "العفو" dibaca dengan nasab (نصب) dan rafa' (رفع). Bacaan dengan nasab ditafsirkan bahawa kalimah " ماذا" adalah dari kalimah yang satu dan merupakan maf'ul muqaddam bagi kalimah " ينفقون". sehinggalah jumlah fe'liah dalam bentuk soalan itu disertakan bersamanya jawapan, iaitu jawapannya al afwu di mana taqdirnya "anfiqu al afwa" jumlah fe'liah. Dan ---tatobiq ialah yang pertama *dengan menjaga. Maka taqdir soalan itu "ayyu syai'in nanfaq" sepertimana yang dituntut oleh Qiraat ini---
Kemudian bacaan dengan rafa' pula memberi tafsir yang lain. Di mana "ma" satu kalimah iaitu mubtada' dan "zaa" satu kalimah yang lain iaitu khobar. Yang pertama isim istifaham dan yang kedua isim mausul bermakna "الذى" dan bersambung dengan jumlah selepasnya dan domirnya dihazaf taqdirnya " ينفقونه" maka soalan itu adalah jumlah ismiah seperti jawapannya juga.dan apabila disamakan maka taqdir soalan "ma allazi nunfiquhu" dan taqdir jawapan "allazi tunfiquunahu al afwu".
Firman Allah s.w.t. (وامرأته حمالة الحطب): perkataan حمالة dibaca dengan nasab dan rafa'. Maka bacaan dengan nasab menunjukkan bahawa perkataan حمالة merupakan permulaan jumlah ayat dan kalimah "امرأة" pula ataf mufrad kepada mufrad iaitu domir pada kalimah "سيصلى". Maka pada ketika itu bolehnya waqaf pada kalimah " وامرأته" dan dapatlah diketahui di situ bahawa makna dan takdir bagi " سيصلى نارا ذات لهب" " ialah " وامرأته" yakni pembawa kayu api.
Manakala bacaan dengan rofa' pula memberi makna lain iaitu isteri Abu Lahab adalah isteri kepada pembawa kayu api (bukan dia yang pembawa kayu api sepertiman dalam tafsir yang pertama tadi). Maka امرأة adalah mubtada' dan حمالة الحطب adalah khobar. Dan ataf adalah ataf jumlah kepada jumlah. Dan tidak boleh waqaf pada وامرأته kerana tidak boleh waqaf pada mubtada' tanpa khobarnya.
Firman Allah s.w.t. (يأيها الذين ءامنوا اذا ضربتم في سبيله فتبينوا ولا تقولوا لمن القى عليكم السلام لست مؤمنا): kalimah " فتبينوا" boleh dibaca juga dengan فتثبتوا dan Ibnu Anbari menafsirkan yang pertama dengan yang kedua di mana ia menjadikan kedua-duanya adalah dengan satu makna.dan ia merupakan salah satu perkataan yang sama erti yang kadang-kadang ia menjadi sebab dan kadang-kadang menjadi syarah kepada kalimah yang tersebut.
Dan ini adalah kesan Qiraat di dalam ilmu tafsir yang menjadi contoh di dalam kitabnya yang tidak terkira banyaknya.
Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment