Sunday, October 07, 2007

Coretan Ramadhan...


Salam buat semua,....

Ramadhan dah nak habis...persoalannya apakah yang diisi sepanjang hari-hari yang telah berlalu?? Muhasabah mesti dilakukan, dan pada 10 Ramadhan yang terakhir dan berbaki ini mesti di manfaatkan peluang keemasan ini dengan sebaiknya.... Kalau tidak sape yang rugi!!! Kita juga yang rugi...

Bahang Aidilfitri dan mula terasa... mana tidaknya, b ila ziarah rumah-rumah sahabat, dah ada yang mula memperdengarkan lagu-lagu raya, x cukup dengan tu; bila masuk ke markaz jer, tersusun kad-kad raya dari Malaysia malah di gerai DPM juga dijual bermacam jenis kad raya. Di samping tu jugak iklan Malam Senandung Aidilfitri sudah mula terpampang di setiap ruangan iklan setiap rumah,... maknanya mesyuarat dan gerak kerja untuk MSA dah mula berjalan - buat semua yang terlibat semoga gerak kerja yang kita lakukan itu menjadi sebahagian dari amal soleh di bulan baik ini,...

Bahang inilah yang menyebabkan ramai di antara kita yang mula menyibukkan diri membuat persediaan untuk raya,.... sememangnya tidak salah,.. tapi apa yang perlu di fokuskan pada Ramadhan yang terakhir ini ialah merebut Ramadhan yang berbaki dengan menumpukan perhatian kita kepada amalan2... mudah-mudahan kita tidak termasuk di kalangan orang yang celaka!!! Celaka??? Ya!!!

Pada khutbah Jumaat awal Ramadhan yang lalu, teringat akan isi kandungan khutbah Jumaat di Masjid Lorong.... Satu hari Nabi SAW berjalan naik ke mimbar untuk berkhutbah, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut Amin, anak tangga yang ke dua juga baginda menyebut Amin dan begitu juga semasa baginda berada pada anak tangga yang ke tiga, baginda menyebut Amin... Setelah selesai berkhutbah baginda turun dari mimbar dan salah seorang dari sahabat telah meluru dan bertanya kepada Rasulullah SAW,.. Wahai Rasulullah kenapa engkau menyebut Amin semasa engkau menaiki tangga untuk berkhutbah tadi,... Kemudian baginda menjawab; semasa aku berada pada anak tangga yang pertama aku mendengar Malaikat mendoakan celakalah bagi orang yang apabila dia telah dewasa tetapi tidak dapat memberi khidmat bakti kepada ke dua orang tuanya, maka malaikat meminta kepadaku untuk mengaminkan doa tersebut... kemudian pada anak tangga yang ke dua aku mendengar Malaikat mendoakan celakalah bagi orang yang apabila dia mendengar orang membacakan selawat ke atasku dan tidak terlintas padanya untuk memberikan selawat ke atasku, maka malaikat meminta kepadaku untuk mengaminkan doa tersebut... kemudian pada anak tangga yang ke tiga aku mendengar Malaikat mendoakan celakalah bagi orang yang apabila dia bertemu dengan bulan Ramadhan dan dosanya tidak diampunkan, maka malaikat meminta kepadaku untuk mengaminkan doa tersebut... dan semua dari doa-doa tersebut aku mengaminkannya.... Begitulah serba sedkit mafhum yang dapat di sampaikan.....Mudah mudahan mendapat manfaat...

Selain itu, jangan kita lupa untuk menunaikan zakat fitrah pada tahun ini,.... kita juga diingatkan
supaya tidak melupakan nasib saudara seIslam kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, kashmir dan lain lain lagi.... kita panjatkan doa kepada Allah semoga mereka juga dapat melakukan ibadah dengan sebaiknya....


Bagaimana dengan kita...??? tanpa sebarang halangan dan gangguan untuk beribadah... sama-sama kita bermuhasabah... bangkitakan kesedaran....rebut peluang keemasan yang berbaki ini.....Ya Allah jadikanlah kami di antara orong yang engkau pilih untuk diampunkan dosa......Ya Allah.....

Peringatan buat diriku!!!

0 comments: