Salam Maulidur Rasul 1433
Salam Maulidur Rasul buat semua...Sama-sama kita banyakkan selawat kepada banginda, bukan sahaja ketika Maulidur Rasul tapi bila-bila masa!!!
PERMAI dedah rahsia Al-Quran
Program MOTIVASI AL-QURAN anjuran Persatuan Alumni Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Negeri Pahang (PERMAI) dengan kerjasama PULAPA Jengka telah berjaya dilaksanakan. Program selama 3 hari 2 malam ini telah disertai seramai 45 orang peserta di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Jengka, Temerloh dan Maran dan beberapa pelajar yang telah mendaftarkan diri.
Wednesday, July 25, 2007
Saturday, July 21, 2007
Motivasi al-Quran
Posted by Abu 'Asim on 3:20 AM
Hidup Sempit Jika Tolak Tazkirah
Tazkirah adalah satu pendekatan yang dianggap penting bagi menyampaikan mesej agama kepada manusia. Ia bertujuan memberi kesedaran tentang hakikat tanggungjawab diri manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, iaitu mengajak manusia seluruhnya kepada yang makruf (perkara-perkara yang baik menurut pandangan Allah) dan mencegah mereka dari melakukan yang mungkar dan keji.

Peranan serta fungsi tazkirah tidak boleh dipertikaikan sejak wujudnya Nabi Adam a.s. di dunia ini hinggalah ia diperhebat serta dikemas-kini oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Berdasarkan Sirah Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang nabi dan rasul dengan menyampaikan mesej daripada Allah iaitu sebagai penguasa (khalifah) dengan memastikan tazkirah sebagai wadah atau pendekatan yang cukup berkesan hingga ramai di kalangan mereka pada waktu itu yang beraliran jahiliyah bertukar kepada Islam. Ini semua hasil penerimaan mereka terhadap tazkirah yang disampaikan oleh baginda.
Bagi mereka yang menolak tazkirah seperti Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka menemui kesudahan riwayat hidup mereka dengan mati dalam kesesatan dan dimasukkan dalam api neraka Allah di akhirat.
Sehubungan itu, Allah menjelaskan menerusi ayat 124 hingga 127 surah Taha yang bermaksud: “Sesiapa yang berpaling (menolak) daripada peringatan-Ku (Allah, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah dia, Wahai Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam buta, padahal aku dahulu (di dunia) adalah orang celik dapat melihat? Allah berfirman: Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat peringatan Kami, tetapi kamu melupakannya (menolak), dan begitu pula pada hari ini (Kiamat) giliran kamu pula dilupakan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih dahsyat dan kekal (tanpa berhenti).
Jelas daripada penjelasan ayat di atas, memberi kita panduan dan pedoman berguna, bahawa Allah SWT akan menghukum manusia yang ada dalam perasaan hati mereka rasa sombong untuk tidak menerima tazkirah (peringatan) yang boleh memotivasikannya menjadi manusia terbaik di sisi Allah SWT.
Justeru, apabila kita menyingkap kepada peninggalan sejarah generasi silam, kita dapati mereka yang berjaya bergelar ulama adalah mereka yang terdidik dengan menerima tazkirah sebagai alat memajukan mereka sebagai manusia yang sanggup berkorban untuk agama.
Wednesday, July 04, 2007
Dariku yang menyayangi kalian
Posted by Abu 'Asim on 9:49 PM
SEBUAH WARKAH PERJUANGAN
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
Apa khabar sahabat-sahabat semua? Tidak sabar rasanya menanti sahabat-sahabat semua pulang agar nantinya kita akan menjadi ‘teman seperjuangan’ . Maaf sebab lama sangat rasanya tidak bertanya khabar. Bebanan tugas terlalu banyak sehingga terkadang hampir sahaja hilang fokus dalam melakukan satu-satu tugasan. Di kesempatan yang ada pada kali ini, kita bahagikan prbincangan kita kepada beberapa topik berikut :
1. Kewajipan “hadir hati – ØØ¶ÙˆØ± القاب” pada amanah perjuangan!
Sahabat-sahabat sekalian, fenomena duka yang menimpa sebahagian (besar?) mahasiswa apabila tamat zaman IPT (ijazah pertama) ialah fenomena KECICIRAN. Isu ini mungkin isu yg sentiasa dibangkitkan oleh ramai pihak dan berulangkali diulang-bincang di dalam program-program pengisian. Masalahnya ialah, ia terus berlaku dan sesuatu mesti dilakukan. Di manakah silapnya?
Adakah silap sistem pendidikan kampus yang tidak realistik? Apa tindakan kita untuk memperbaikinya? Apakah salah sistem perhubungan network antara persatuan-persatuan? Apakah usaha kita untuk melebarkan jaringannya? Apakah silap ibu mengandung? Apakah iman dan amal itu diwarisi? DI MANA SILAPNYA?
Mungkin ada kemaafan kalau ahli level biasa yang tercicir, tetapi kita buntu kalau bekas dari kepimpinan kampus atau persatuan pun terlibat dengan penyakit yang sama. Di mana kita letak amanah untuk mempertahankan Islam.....
Sebab itulah, kewajipan amanah perjuangan menegakkan Islam ini mesti dipasakkan ke dalam jiwa kita semua sama seperti kewajipan solat! Apa perasaan mereka kalau mereka tinggal solat? Apa nilai solat kalau tidak khusyu’? Sebab itu usaha untuk “hadirkan hati” mereka kepada perjuangan adalah amat penting. Mereka mesti merasai bahawa menyertai perjuangan adalah bermaksud bersama-sama menegakkan agama Islam itu sendiri. Lebih besar lagi ialah, mereka mesti merasakan hidup mati mereka adalah untuk Islam! bukan untuk perut, kantung, poket, nafsu dan syahwat mereka sahaja…. Hidup kalau sekadar kerja cari makan (gaji), seronokkan diri bersama isteri, pastu rehat-rehat di malam hari... lebih baik jadi HAIWAN! Kat akhirat esok binatang tidak pertanggung jawaban…
2. Ruang bergerak dalam perjuangan seawal penglibatan
Sahabat-sahabat sekalian, ruang unutk melaksanakan amanah perjuangan ini sebenarnya amat banyak. Soalnya, nak ke tak nak sahaja… ada orang yg berpindah ke tempat yang jauh dari kampung halaman dan kenalan.. tapi bila dia ada kehendak, dia dapat juga melibatkan diri dengan perjuangan.. namun, kalau dia tak nak, duduk di kampung halaman sendiri pun dia tak terlibat.
Contohnya, buat permulaan terjun dengan masyarakat serta libatkan diri dengan mana-mana program berbentuk ilmiah serta tidak terus lari dari ruang lingkup perjuangan. Apabila sudah lama tidak ikut serta dengan program perjuangan maka diri semakin lama semakin sunyi dan hilang semangat tambahan pula mempunyai komitmen yang lain dari gerk kerja Islam…..
3. Isu kerja dengan kerajaan
Terikat dengan kerja kerajaan. Sebenarnya, kebanyakan yang takut atau bimbang nak aktif kerana kerja kerajaan adalah kerana dia tidak cuba mendekati gerak kerja perjuangan dengan lebih serius. Lalu dia takut. Memanglah, untuk memperkasakan perjuangan dalam keadaan sekarang ialah berusaha untuk kerja sendiri dan tidak bekerja kerajaan, lantas terlibat secara lansung. Tetapi, kalau sudah ditawarkan kerja kerajaan, terima sahajalah dan terus terlibat dengan perjuangan.
Cukup sedih apabila ada bekas pimpinan utama kampus yang balas melalui sms apabila di ajak untuk ke program dengan balasan “SAYA TIDAK MAHU TERLIBAT SEBAB SAYA TIDAK MAHU MELAWAN ORANG YANG BAGI REZEKI KEPADA SAYA”.. kalimah apa ini? Kalau bukan kalimah yang boleh merosakkan aqidah apabila yang menyatakannya ialah ustaz? Yang berpendidikan tinggi??
Pengalaman bekerja dengan kerajaan. Kita bangunankan kerja dan institusi tempat kita cari nafkah bersesuaian dengan kontrak antara kita dengan majikan di samping memanfaatkan ruang yang ada untuk menerapkan fikrah Islam di dalam institusi tersebut. Namun, keutamaan tetap diberikan kepada perjuangan yang kita kasihi. Kita kena yakin bahawa yang memberi ruang pekerjaan dan rezeki tersebut ialah Allah dan tanda kesyukurannya ialah dengan kita membalasnya dengan bersungguh-sungguh memenangkan agamanya! Bukan semakin meninggalkan amanah perjuangan tersebut!
4. Menanti gelombang baru generasi muda Ulama’!
Secara peribadi, kita impikan satu gelombang gerakan ulama muda yang akan kembali bangkit memimpin semangat dan perubahan. Bayangkan sekiranya setiap ceruk kawasan, negeri dan kampung, ustaz-ustaz yang menjadi tangan yang menggerakkannya ialah muda mudi lulusan agama yang memimpin dengan ilmu bukan semata-mata semangat...
Program-program hidup kerana program berjalan dengan baik hasil barisan ustaz-ustaz ilmuwan muda yang tersusun dari kalangan muslimin dan muslimat. Ustaz dan ustazah menjadi teladan kerana ilmu, semangat dan gerak kerjanya… bermimpikah kita? Ataukah ini suatu yang realistik jika kalian tidak sekadar tidur bermimpi!
Yang ada sekarang ialah golongan ustaz dan ustazah yang sentiasa menjadi cemuhan kerana takut, pemalu, ghuyub, keciciran dan berbagai lagi. Nada sinis “ustaz-ustaz pun takut?” “ustazah-ustazah mana? Dengar cerita bukan main syadid lagi di alam mahasiswa?” “kalau semua ustaz dan ustazah tak de, kita ajerlah pergi ngaji pula” dan pelbagai lagi…
5. Kesimpulan
Setiap kita yang membaca artikel ini, bersumpahlah dengan nama ALLAH bahawa kita tidak akan mensia-siakan amanah perjuangan ini. Kita bertekad tidak akan membiarkan diri tenang bila pulang nanti selagi tidak menggabungkan diri segera dengan perjuangan Islam. Jangan redha bersantai dan berehat sekiranya Islam masih belum memimpin masyarakat. Ingat, sedikit masa berlalu tanpa perjuangan bererti anda munafiq !! Jangan punahkan diri anda dengan belajar berdalih dan memberi alasan ! Jangan keraskan hati anda dengan kekosongan dari jihad dan amal...

Aku yang menyayangi kalian dan perjuangan ini, sahabat…..
Sunday, July 01, 2007
ULAMA’ MUDA
Posted by Abu 'Asim on 5:52 PM
CABARAN ULAMA’ MUDA DALAM PERJUANGAN ISLAM
Sebenarnya tidak ada istilah ulama’ muda atau ulama’ tua. Yang ada ialah ulama’ akhirat dan ulama’ su’. Ulama’ ialah mereka yang mempunyai ilmu dan takut kepada Allah SWT. Walaubagaimanapun, tajuk kita pada hari ini akan memfokuskan kepada ulama’ yang terdiri daripada kalangan orang muda. Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan kepada mereka ilmu sehingga mereka mampu untuk menggerakkan jamaah dan perjuangan. Di antara cabaran yang dihadapi oleh ulama’ muda ialah:
1. Cabaran Kebendaan
Oleh kerana nama pun ulama’ muda, maka sudah tentulah kita berada dalam suasana lingkungan pengaruh kebendaan yang kuat yang merantai kehidupan kita pada hari ini. Panggilan dan tarikan dunia menyebabkan kadang-kadang kita malas untuk bersama dengan perjuangan. Lebih-lebih lagi kawan-kawan yang seangkatan dengan kita dilihat lebih senang dan mewah apabila mereka tidak bersama dengan perjuangan Islam.
Allah mengingatkan kita dalam Al-Quran:
“Katakanlah (wahai Muhammad): harta benda yang menjadi kesenangan di dunia adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya)” (An-Nisa’ 4:77)
2. Keluarga (Ibu bapa dan saudara mara)
Keluarga juga memberi cabaran kepada ulama’ muda untuk melibatkan diri dalam perjuangan. Ada keluarga yang memang menentang perjuangan Islam dan ada juga yang memang menyokong perjuangan PAS. Namun, perkara ini juga memberi hambatan kepada para ulama’ muda untuk bergerak aktif walaupun latar belakang keluarga bersama dengan PAS. Mereka menganggap cukup hanya dengan sokong sahaja, tidak perlu berjuang bermati-matian. Oleh sebab itu, banyak dilihat anak-anak aktivis parti yang tidak terlibat dalam perjuangan PAS. Kegemilangan hanya pada zaman ayahnya tidak menurun kepada anaknya. Manakala keluarga yang UMNO, mereka menentang habis-habisan sehingga ada yang tidak mengaku anak.
3. Isteri
Inilah yang diletakkan oleh Ustaz Fathi Yakan bahawa halangan pertama pada pendakwah ialah wanita. Bagi yang belum berkahwin, cabarannya juga wanita yang menggoda ulama’. Bagi yang sudah berkahwin, maka kerenah isteri yang tidak faham dengan tabiat perjuangan Islam. Ada yang mampu lawan, ada yang tertewas dengan isteri. Lebih-lebih lagi apabila isteri tidak faham dengan perjuangan Islam dan perkahwinan pula bukan di atas jalan dakwah. Tetapi kerana harta, cantik, akhirnya ulama’ muda kecundang di pertengahan jalan. Peringatan Allah dalam Al-Quran perlu dirujuk:
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan , anak-anak, harta benda berbentuk emas dan perak, kuda pilihan dan haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik” (Al-Imran 3:14)
4. Kejahilan Umat
Umat Islam tidak memahami tasawwur Islam yang sebenar. Mereka hanya memahami Islam dalam bentuk fahaman yang sempit. Fahaman yang menolak bahawa dalam Islam ada politik dan urusan keduniaan. Otak yang mereka faham mengenai Islam hanya berkaitan dengan mati sahaja. Urusan dunia, terpulanglah kepada manusia, asalkan nampak senang, halal haram belakang kira. Mereka menolak Islam dalam keadaan jahil. Ulama’ yang tidak tahan dengan kerenah ini akan lari daripada medan.
5. Merasa diri sudah berada dengan kerja amal Islami
Anggap bahawa mereka sudah berada dalam amal Islami. Sudah cukup dengan hanya mengajar masyarakat di sekolah atau di masjid. Cukup sekadar itu sahaja. Mereka merasa ini satu sumbangan yang telah mereka beri untuk Islam. Kita tidak menafikan bahawa kerja ini adalah sebahagian daripada amal Islami. Tetapi jika anggapan seperti ini sudah cukup, amat malang bagi ummah yang mengharapkan kepada mereka untuk memimpin masyarakat.
Firman Allah SWT:
“Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka. Maka sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”. (Al-Ankabut: 1-3)
6. Hendak membina Profesion masing-masing
Cabaran madiyyah yang melanda menyebabkan ada di kalangan ulama’ muda hendak membina profesion dalam bidang kerja sehingga lupa kepada tanggungjawab kepada ummah dan jamaah. Mereka telah menjadi golongan yang gugur dalam perjuangan. Ada yang menyatakan; “kami hendak dapat professor dahulu, baru hendak berjuang”. Ada yang berazam akan berjuang setelah kukuh ekonomi. Ada yang mendakwa hendak berjuang setelah kukuh dalam jawatan. Apa kata sebelum dapat professor, dia mati? Apakah jawapan yang boleh mereka berikan kepada Allah SWT? Ini bukan bermakna kita mengarahkan mereka meletakkan jawatan, tetapi sekurang-kurangnya berilah sumbangan yang boleh untuk jamaah terus maju. Kebanyakan mereka ini bukan hendak beri tenaga, malahan wang ringgit pun sukar. Walaupun gaji mereka berpuluh ribu.
7. Gangguan dari gerakan lain
Selain daripada menghadapi cabaran daripada gerakan sekular, ulama’ juga menghadapi cabaran daripada kalangan golongan yang mendakwa bahawa kita tidak perlu bersama dengan PAS kerana PAS ialah jamaah centric (menyeru manusia taksub kepada jemaah, bukan kepada Islam). Mereka menyeru supaya kita bekerja dalam bentuk Ummah centric (bukan kepada jamaah tapi kepada Islam). Kalau kita bersama dengan jamaah, bermakna kita hanya berfikiran dalam lingkungan puak kita sahaja. Dakwaan golongan ini, kalau UMNO sekalipun tidak mengapa, asalkan ia juga membincangkan masalah kebaikan ummah. PAS bukan gerakan Islam yang tertua. Tidak perlu berjamaah, nanti mati, Allah tidak tanya apa jamaah yang kamu ikut. Gerakan ini sekarang sedang menular di pusat-pusat pengajian tinggi.
Saranan mereka supaya dalam kerja dakwah ini tidak perlu kepada berjemaah, kerana boleh dibuat secara seorang diri. Tidak perlu dengar mana-mana arahan jamaah. Mempertikaikan mengenai bai’ah dalam gerakan Islam. Tidak perlu bai’ah kerana bai’ah hanya pada zaman Nabi SAW sahaja.
8. Menganggap Tidak berdosa
Apabila menganggap tidak ada apa-apa musibah yang menimpa walaupun kita meninggalkan kerja jihad. Ia merasakan tidak berdosa walaupun tidak berjihad di jalan Allah SWT. Akhirnya, realiti di dalam PAS, ramai pengikut tetapi tidak ramai yang hendak menggerakkan jamaah. Mereka mesti ingat bahawa meninggalkan gerak kerja jamaah adalah satu dosa terutama bila kita membiarkan maksiat berleluasa, kemungkaran di sana sini.
9. Tidak sensitif dengan masyarakat yang sedang sakit
Jika diperhatikan pada hari ini, masyarakat sedang sakit rohani, bukan fizikal. Keadaan masyarakat hari ini yang rosak dari segi akhlak dan moral seperti gejala dadah, dedah, aids, lepak, buang anak, pertandingan ratu cantik, lakonan filem yang mengghairahkan, bohsia bohjan dan banyak lagi wabak-wabak lain. Malahan, masyarakat yang kontang rohani ini turut jahil dalam memahami agama.
Penyakit pada hari ini bukan sahaja pada bidang tertentu malah meliputi seluruh bidang kehidupan. Keyakinan hari ini adalah ekonomi Islam tidak sesuai untuk diamalkan, politik mesti dipisahkan daripada agama. Amalan sosial Islam sudah dinyahkan daripada masyarakat sebaliknya mengaut apa yang ditiru daripada barat. Dalam bidang aqidah, telah berlaku krisis keyakinan kepada kesempurnaan hukum Allah SWT yang mampu memberi kesejahteraan kepada manusia.
Gejala-gejala di atas tidak disedari oleh ulama’ tentang betapa perlu mereka melibatkan diri dalam perjuangan Islam. Sepatutnya mereka mesti berasa terpanggil untuk mengubatnya. Oleh kerana mereka tidak merasakan ini satu penyakit, maka mereka buat tidak kisah dengan apa yang berlaku.
10. Tidak merasakan ini satu Amanah Allah
Setelah agama Allah ini sempurna dengan kewafatan junjungan besar Nabi SAW, maka ia menjadi amanah Allah yang mesti dipikul oleh setiap manusia yang beriman terutamanya golongan ulama’. Sekiranya kita tidak berjihad mempertahankan agama Allah, maka kita akan menerima balasan daripada Allah SWT. Amanah ini mesti dipikul oleh seluruh manusia kerana agama ini adalah untuk menyedarkan seluruh manusia bermula daripada diri sendiri, kaum keluarga dan orang ramai. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah Kami kepada kepada langit dan bumi, serta gunung-ganang untuk memikulnya. Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang kerana tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Ingatlah! Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.
(Surah Al-Ahzab, 33:72)
Ada di kalangan ulama’ yang tidak merasakan diri mereka wajib berjuang. Sedangkan amanah ini adalah yang paling utama memikulnya adalah ulama’. Apabila perasaan ini tidak ada maka kemungkaran berleluasa, kejahilan di kalangan umat merata.
Ustaz Idris Haji Ahmad
AJK PAS Pusat 2007-2009

.jpg)