Saturday, March 31, 2007

Salam Maulidur Rasul 1427H

BERSAMA MENGHAYATI MAULIDURRASUL

"RASULULLAH SAW APABILA DITANYA MENGAPA BAGINDA BERPUASA PADA HARI ISNIN , BAGINDA BERSABDA 'KERANA PADA HARI INI AKU DILAHIRKAN'.... RASULULLAH SAW SENDIRI MEMULIAKAN HARI KELAHIRAN BAGINDA DENGAN BERPUASA, MAKA KITA SELAKU UMTNYA ADALAH LEBIH DITUNTUT UNTUK MEMULIAKAN BAGINDA TERUTAMA PADA AKHIR ZAMAN DIMANA UMAT ISLAM SENDIRI SANGGUP MENGHINA BAGINDA DISEBABKAN BUTANYA MATA HATI MEREKA......"
"Rasulullah yang bertahap kekasih Allah bercucuran darah, dihujani panah, dilontar batu, dicaci maki, dihina demi perjuangan Islam; namun kita kadangkala rebah tersungkur sebelum melangkah ke medan hanya dek kerana malas, takut dan bimbang..."

SELAMAT MENGHAYATI MAULID JUNJUNGAN BESAR NABI SAW....
JOM SELAWAT BANYAK2......

Monday, March 26, 2007

BP PMRAM 2007

"Selamat Menjalankan Tugas..semoga kita semua terus thabat dalam perjuangan..."

Friday, March 23, 2007

Ilmu Yang Bermanfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Jangan engkau menuntut ilmu agar dapat bermegah-megah dengan ilmu itu terhadap ulamak dan dapat mebantah-bantah dengan ilmu itu terhadap orang-orang bodoh dan dapat memalingkan wajah-wajah yang sedemikian, Allah akan memasukkan mereka ke dalam nerakan Jahannam."
Sesungguhnya sudah terbukti ilmu pengetahuan itu penting dan terpenting sekali kepada kehidupan setiap individu manusia kerana kebahagiaan dan kesejahteraan itu samada ketika hidup di dunia dan akhirat bergantung kepada ilmu pengetahuan yang miliki. Jika kita berilmu maka bahagialah kita dan jika kita jahil maka sengsaralah kita. Jadi, kenapa dan mengapa ilmu pengetahuan amat penting kepada kita?
Ilmu adalah anugerah Allah ia adalah perkara yang paling asas dalam kehidupan manusia kerana setiap sesuatu yang ingin dilakukan hendaklah dengan ilmu. Ilmu akan mengajar manusia untuk hidup dalam keadaan sempurna, aman dan bahagia. Kerana itulah nabi pernah mengatakan bahawa menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan kepada lelaki dan perempuan. Islam amat mementingkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan. Tarbiah dalam islam bermula daripada daripada peringkat awal lagi iaitu sejak dari alm rahim ibu lagi.
Imam Syafie R.A pernah berkata:-
"Sesiapa yang mempelajai Al-Quran, nilai hidupnya menjadi semakin besar, sesiapa yang mempelajari fekah martabatnya akan tinggi. Sesiapa yang menulis hadis, pembelaannya akan kuat. Sesiapa yang mempelajari bahasa maka ia akan menjadi seorang yang budiman dan sesiapa yang mempelajari ilmu hitungakan kuat fikiran dan pendapat."
Melalui ilmu kita akan dapt hidup sejahtera, aman damai di dunia ini. Kita dapat memiliki pangkat, kedudukan dan kemuliaan. Dihormati oleh orang lain dan yang paling penting kita diangkat untuk menjadi pemimpin kepada diri kita dan kepada orang lain. Jadi orang yang berilmu akan mendapat kedudukan yang istimewa di sisi allah dan di mata masyarakat.
Imam al-Ghazali pernah berkata:
"Kesempurnaan seseorang manusia itu dapat dilihat dari jauh dan dekatnya kepada Allah. Pendekatan ini hanya mampu dicapai dengan ilmu pengetahuan. Selama ilmunya cukup banyak dan sempurna, maka ia semakin dekat kepada Allah dan semakin menyerupai malaikat."
Orang yang berilmu memiliki martabat yang tinggi di sisi Allah berbanding mereka yang tidak berilmu. Dengan ilmulah kita dapat meningkat lagi kefahaman terhadap agama dan menambahkan lagi ketaqwaan serta ketaatan kita kepada Allah. Ilmulah yang mengajar dan mendidik manusia .... renungillah moga2 ilmu yang kite peroleh diredhai ALLAH....

Islam Hadhari Sesat

Islam Hadhari Sesat dan Menyesatkan
Presiden PAS

Bashir Ishak Thu Mar 22, 07 09:23:45 AM
ARAU, 22 Mac (Hrkh) - "Saya berani katakan bahawa ianya sesat walaupun Pak Lah telah memberikan amaran agar tidak diperlekehkan. Saya dah tulis buku yang sudah dicetak tiga empat kali tapi sehingga kini kerajaan Umno tak jawab lagi. Mereka juga tidak menjawab cabaran PAS untuk bermuzakarah secara ilmu."
Demikian pernyataan tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa berceramah di Guar Sanji dekat sini sempena pelancaran Dana Pilihan raya PAS Perlis baru-baru ini.

Menurutnya lagi, membesarkan perkara-perkara khilafiyah dalam masyarakat pada zaman ini adalah kerja-kerja yang boleh merosakkan Islam.

Katanya, perkara-perkara khilafiyah dalam agama ini adalah benda lama yang sudah ada sejak zaman para sahabat, tabiin dan imam mazhab yang mana mereka tidak pernah bertelingkah dalam perkara furuk atau cabang.

"Tapi mereka tidak berbalah dalam perkara furuk kecuali masalah pokok. Inilah dia orang Islam berbalah bab talqin, qunut, sapu muka tapi arak dan judi dibenarkan, hudud dan khisas tak laksana.

"Dan dibiarkan orang tak tutup aurat. Tak apa wanita baca warta berita kepala tak tutup tapi mula dengan Assalamualaikum. Salam tu sunat, buat yang sunat tingal wajib, kenapa tak ditegur yg ini?" soalnya.

Katanya lagi, Islam Hadhari merupakan satu ajaran menyeleweng yang memang sesuai dengan Umno kerana perlaksanaannya hanya dipandu mengikut kehendak mereka sendiri.
"Saya berani katakan bahawa ianya sesat walaupun Pak Lah telah memberikan amaran agar tidak diperlekehkan. Saya dah tulis buku yang sudah dicetak tiga empat kali tapi sehingga kini kerajaan Umno tak jawab lagi. Mereka juga tidak menjawab cabaran PAS untuk bermuzakarah secara ilmu," katanya.

Menurutnya, pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan pemimpin Umno itu bercelaru dan tiada unsur tiada amar makruf dan nahi munkar.

"Masa dia mahu Islam mereka baca Al-Quran,baca doa dan bila tak mahu dia buat ikut suka, semua jadi celaru," ujarnya.

Beliau juga mengulangi penegasannya tentang istilah Islam Hadhari yang tidak kena pada penggunaannya.

"Hadharah adalah tamadun. Tamadun perlu ikut Islam, Hadharah Islamiyah ialah tamadun ikut mengikut Islam, Islam hadhari pula Islam kena ikut tamadun, jadi celaru tak tahu betul salah," jelasnya.

Baginya, pendekatan Islam Hadhari hari inilah yang membiarkan umat Islam berbalah tentang perkara-perkara khilafiyah.

"Dia biar orang Islam berbalah bab khilafiyah. Tak jadi masalah perkara ini kerana memang dia suka,"katanya lagi.

Beliau memberikan contoh bagaimana zaman pemerintahan British perintah dulu, masyarakat dibiarkan berbalah perkara-perkara furuk sedangkan yang memrintah negeri adalah penjajah.
"Masa tu tak ada mikrofon untuk azan jadi digunakan beduk untuk memberitahu waktu solat, ada yang kata boleh ada yang kata bidaah. Bergaduh bab beduk negeri orang putih perintah!" katanya.

Menurut Tuan Guru, Islam memnyuruh kita mengambil pendekatan menyedarkan rakyat. Jadi, PAS dan parti Islam yang lain mengambil pendekatan demokrasi yang membolehkan kebebasan bercakap, bersuara, menegur serta mengkritik dan mengajak orang.

"Walaupun ada sekatan dan penipuan, kejayaan mengajak orang kepada Islam secara memujuk dan memberi penjelasan yangg difahami adalah lebih afdhal dari jalann lain. Sebab itu PAS memasuki pilihanraya kerana ia adalah saluran terbaik untuk menyedarkan rakyat walaupun perlaksanaanya tidak betul," tegas beliau.

Menurutnya, tanggungjawab yang perlu dipikul sekarang ialah mengajak orang Islam kembalikan pemerintahan Islam dan kedaulatan Islam sepertimana yang dilakukan ulama terdahulu untuk menubuhkan PAS untuk mengajak umat Islam berjuang melalui jalan demokrasi.

"Kita buat perubahan, kita bentuk kerajaan yang dipilih dengan sokongan rakyat dan menjadi tanggungjawab kita orang Islam untuk tunjuk kepada orang bukan Islam cara pemerintahan Islam,"katanya.

Baginya, Umno tidak mampu menunjukkan contoh yang baik di dalam pemerintahan sedangkan dalam pemerintahan sesebuah negeri ada cara Islamnya.

"Kita orang Islam kena tunjuk kebaikan dan keadilan Islam. Umno yang taja Islam Hadhari menunjukkan contoh yang memalukan Islam. Cara Hadhari ni orang Islam pening, orang bukan Islam tak faham," katanya lagi.

Majlis pelancaran dana pilihan raya PAS Perlis ini diadakan di rumah seorang aktivis PAS, Abi Jamrah Ismail. Selain ceramah, turut diadakan majlis makan malam bersama pemimpin di tempat yang sama.

Saturday, March 10, 2007

Contohilah....

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Di sini saya nak ceritakan satu kisah yang mengambarkan peribadi Tuan Guru kita yang amat baik untuk di contohi oleh kaum Umno. Satu hari saya pergi ke Pasar Besar di Kelantan (Pasar Siti Khatijah) untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan sebagainya. Dalam mencari-cari barang ternampaklah saya orang yang mukanya amat familiar dengan saya. Dia memakai kain sarong, berbaju melaju, berserban di kepala dan yang paling menarik membawa bakul rotan di ketiaknya. Saya rasa macam tak percaya.... itulah Menteri Besar Kelantan.
Subhanallah.. penampilannya amat sederhana dan tanpa adanya seorangpun pengawal peribadi. Perasaan saya bercampur antara terharu dan bangga melihat beliau. Dia sendiri yang membeli barang-barang dapur, ikan serta sayur.
Dalam pada memilih barang-barang datang seorang hamba Allah berjumpa beliau untuk meminta tolong menandatangi suatu dokumen (nampak macam kertas borang). Oleh kerana saya berada berhampiran dengan beliau (memang saya ikut pun kemana dia pergi) saya dapat dengar apa yang mereka perkatakan. Tuan Guru bertanyakan kertas itu untuk apa.. urusan peribadi ke urusan kerajaan. Hamba Allah itu memjawab.. itu adalah urusan peribadi bagi meminta sokongan untuk meminjam buku teks sekolah anaknya. Lalu Tuan Guru mengeluarkan sebatang pen yang berharga 50 sen (saya rasa Kilometrico).
Rupanya Tuan Guru ada 2 pen.. 1 untuk urusan rasmi kerajaan (milik kerajaan) dan satu lagi di belinya sendiri untuk tujuan peribadinya saja. Tengok lah sendiri.. sampaikan perkara yang sebegitu.. beliau berhati-hati dalam mengunakan amanah rakyat tidak mahu tersalah guna apalagi dalam perkara yang besar.. Saya rasa amat bangga dengan beliau . Jadi saya rasa tidak ada sebab untuk kitak menolak pemimpin yang sebegini dan untuk dibandingkan dengan pemimpin Umno jauh panggang dari api.. yang Umno tahu hanya membuncitkan perutnya dengan wang rakyat.
...afala tatafakkaruun....

Sunday, March 04, 2007

IKLAN - Benarkah Nabi Isa Di Salib?

-----------------------------------------------
Dapatkan segera di pasaran sekarang!!!
Cetakan ke 5
LE7
Di koperasi PMRAM, BKAN & DPM berdekatan anda...
Cepat, sebelum kehabisan!!
---------------------------------

Kurang Berminat Bahasa Al-Quran

Umat Islam Mulai Kurang Berminat Bahasa Al-Quran

Sheikh Yusuf Qardawi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) – Presiden Persatuan Ulama Islam Antarabangsa (PUIA) Sheikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan umat Islam semakin lemah di seluruh dunia lantaran mereka sudah tiada berminat untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka.


Beliau berkata demikian dalam temuramahnya yang dipancarkan TV swasta, Kuala Lumpur Aljazeera, baru-baru ini.

Hari ini, katanya, di negara-negara Arab dan Timur Tengah umat Islam sudah mulai kurang menampakkan minat yang mendalam untuk mengetahui bahasa al-Quran, yang juga bahasa ahli syurga.


“Mempelajari bahasa Arab adalah penting kerana untuk membaca al-Quran terpaksa mengetahui bahasa Arab, malah bersembahyang pun umat Islam semestinya menggunakan bahasa Arab sahaja sepanjang ibadah wajib lima waktu itu,” ujar beliau.


“Apa yang membimbangkan kita ialah seolah-olah sudah menjadi budaya umat Islam di mana jua mereka berada, ibu bapa lebih berminat menghantar anak-anak mereka belajar bahasa asing seperti bahasa Inggeris daripada mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Arab,” keluhnya.


Menurutnya, budaya yang berlaku itu sememangnya merupakan agenda musuh Islam untuk melemahkan pegangan umat Islam, seterusnya untuk menjauhkan umat Islam daripada mempelajari bahasa Arab dan pegangan terhadap agama Allah.

Justeru, beliau menasihatkan umat Islam agar berhati-hati terhadap pengaruh dan muslihat Yahudi untuk mengelakkan orang-orang Islam mempelajari bahasa Arab dan menguasai kandungan isi al-Quran.