Friday, January 12, 2007

Bangkitlah....cari kesedaran.....!!!

Menyedari hakikat yang tidak boleh diragukan lagi bahawa tanggungjawab warga azhari/azhariah amatlah berat kerana melihat masyarakat Malaysia yang kian parah dari sudut akhlak sehingga kepada pemahaman terhadap Islam. Siapakah yang akan memberi serta mengajar/mendidik masyarakat supaya memahami akan agama yang dianuti seterusnya memahami akan tanggungjawab serta hak-hak sebagai seorang Islam.

Memetik beberapa kenyataan di dalam khutbah hari raya Eiduladha 1427H yang dikeluarkan oleh PMRAM baru-baru ini...

"Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah. Budaya ikhtilat yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk melayarkan warkah bisu pada sang gadis dengan ucapan cinta, rindu dan sebagainya yang tidak diadun dengan syariat Allah. Kemudahan teknologi yang ada digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.

Filem-filem lucah yang mempamirkan aksi berahi sudah jadi sebati dengan jiwa rakyat Malaysia ala Islam Hadhari. Budaya melihat aurat wanita dalam rancangan televisyen seakan tiada mengapa. Kita semakin lupa bahawa mata dan panca indera yanglain merupakan amanah Allah yang akan ditanya di akhirat kelak.

Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah. Malah rumah tuhan semakin mudah untuk disembamkan ke bumi sebagaimana yang berlaku di Kampung Berembang baru-baru ini sedangkan lokasi-lokasi maksiat tetap tersenyum bongkak meratah akhlak dan jiwa seorang muslim."

Itulah beberapa hakikat yang terbentang dihadapan mata kita. Bumi tanah air yang kita cintai. Terbaru ada pula cubaan untuk merobohkan surau di Kampung Pandan Dalam pula. Adakah kita hanya membaca berita tanpa rasa sensitif dengan perkara ini? Adakah kita sanggup membiarkan nasib bangsa kita itu dengan mata kepala kita tanpa bertindak untuk merancang sesuatu?

Gejala murtad yang berlaku semakin hari semakin meningkat bilangannya. Kenapa berlaku begini? Sememangnya golongan kuffar sedang dan di saat dan ketika ini merancang untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia. Kita mesti bertindak!! Jangan terhantuk baru tergadah.... Na'uzubillah....Adakah apabila ahli keluarga kita dimurtadkan menjadikan semangat kita meningkat untuk bertindak? Apabila terkena batang hidung sendiri baru bermula rasa kesal kita?

Memikirkan masalah yang semakin serius ini, ku menyeru kepada diri serta sahabat-sahabat sekalian untuk bangkit serta merangcang dan bertindak untuk masa depan Islam....Pastikan semua tindakan kita untuk kepentingan Islam!!

Kalau dahulu Rasulullah SAW bersama para sahabat menggembleng kekuatan untuk meruntuhkan Jahiliyah pada ketika itu, dan kini..... kita sama-sama bangkit dan kita gembleng kekuatan dan kita pasakkan ilmu untuk kita runtuh dan tumbangkan Jahiliyah moden yang kian hari menyentak maruah serta akidah umat Islam!!!! Allahuakbar!!!

0 comments: