Assalamualaikum... pembuka kata,
Setelah sekian lama tidak menulis beberapa aktiviti dan diari di ruangan blog ini, hati terdetik kembali walau dalam keadaan sempit memandangkan imtihan daur beberapa hari lagi...
Hanya sekadar penyeri kepada blog, juga untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian...
Untuk makluman semua, bermula 27 Mei hingga 2 Julai 2006, DPM (MAQAZ) Shoubra telah mengadakan program yang dinamakan Liqa Mahabbah'06. Dalam program ini diselikan dengan beberapa program.
27 JUN 2006
DISKUSI BUKU:
Gerakan Freemasonry, Orientalisme, Kristianisasi; Musuh Dalam Menghamcurkan Umat Islam
Diskusi ini bermula selepas Maghrib dan dipengerusikan oleh Mohd Zarimi dan berakhir jam 1.00 pagi. Buku ini telah didiskusikan oleh penulis buku tersebut iaitu Ustaz Nik Azran Muhamed. Sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli DPM (MAQAZ) Shoubra. Kepada sesiapa yang masih belum mendapatkan buku ini, sila dapatkan untuk menambahkan thaqafah anda di samping menambah pendedahan berkenaan perancangan licik untuk menghancurkan Islam.
30 JUN 2006
Kursus Asas Aplikasi Adobe Photoshop
Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan berkenaan ilmu grafik yang sering digunakan oleh pelajar-pelajar di sini terutama apabila ingin membuat designe. Bermula jam 11.00 pagi hingga jam 3.30 petang. Telah di bentangkan oleh Us Bakri Bin Hashim.
31 JUN 2006
Bazaria (MAQAZ) Shoubra
Selama satu hari, bazaria ini mendapatkan sambutan yang menggalakkan. Semua pelajar Shoubra tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan Malaysia. Telah menjadi kelaziman setiap tahun mana-mana BKAN @ DPM pastinya tidak melepaskan peluang untuk mengadakan bazaria. Antara menu yang menarik ialah Nasi Kerabu, Mee Bandung, Mee Kari, Mee Cha long, (bak kata semua jenis mee ada), Nasi Ikan Keli Merah, juga beberapa minuman termasuk ABC.
4, 5 & 6 JULAI 2006
Kejohanan PING PONG Tertutup (single)
Diadakan di Dewan Ibnu Al-Jazari iaitu Markaz DPM (MAQAZ) Shoubra. Mendapat Sambutan yang menggalakkan. Namun demikian tidak dapat didetailkan di sini kerana maklumat berkenaan kejohanan ini tiada dalam memori. Cuma kejohan ini telah di menangi oleh us Yazid Bin Musa, Tahun 2, Maahad Qiraat Shoubra.
15 JULAI 2006
Solat Sunat Tasbih & Qiam Perdana
Solat Sunat Tasbih telah diimami oleh us Wan Abu Bakar Bin Wan Mahusin. Bermula selepas Isyak dan diakhiri dengan sedikit jamuan. Manakala Qiam pula bermula pada pukul 3.15 pagi. Pelajar bergilir-gilir menjadi Imam.
27 & 28 JULAI 2006
Kejohanan Bola Sepak PIALA EXCO 2006
Kejohanan ini di adakan setiap tahun. 14 pasukan telah berentap selama dua hari. Sambutan amat menggalakkan dari semua pasukan.
"Ku tidak melepaskan gian untuk bermain, namun kecederaan yang dialami semasa friendly menyebabkan aku tidak dapat berentap pada hari perlawanan. Tidak mengapa, walaupun begitu sokongan untuk sahabat sepasukan 'TOL GAJAh FC', aku hadir pada hari ke 2, untuk menjadi Pengurus pasukan TOK GAJAH FC buat sementara menggantikan Pengurus asal yang sibuk dengan urusan di luar".
Keputusan kejohanan;
JOHAN : SUUQ SAYYARAAT FC
NAIB JOHAN : AL-LAISY (A) FC
Tempat Ke 3 : TOK GAJAH FC
2 JULAI 2006
Rehlah MAHABBAH ke FAYYOUM
Bertolak dari Shoubra jam 8.15 pagi dan sampai ke Fayyoum jam 10.00 pagi. Lebih seratus pelajar telah menyertai jaulah ini. Tempat yang di lawati ialah AL-SAWAQI, TASIK QARUN, AIN SYILIN, AIR TERJUN PADANG PASIR SYALALAT dan berkesempatan melihat kesan-kesan peninggalan lama semasa dalam perjalanan. Bertolak pulang jam 3.45 petang dan selamat sampai pada jam 5.45 petang.
SEJARAH RINGKAS AL-FAYYOUM
Penciptaan teknologi sangat penting dalam hidup manusia banyak membantu perjalanan hidup kita.Sebenarnya proses ini telah bermula sejak zaman dahulu kala lagi. Di zaman Nabi Yusuf A.S telah tercipta satu teknologi sistem pengairan di kawasan ini. Di dataran ini terdapat sungai yang amat luas. Oleh kerana keluasan dan potensinya untuk di-majukan, maka pemerintah pada masa itu menggesa rakyatya menimbus sungai tersebut.
Proses penimbusan sungai tersebut telah memakan masa selama 1000 hari atau dalam bahasa Arabnya 'Alfun' Ayyam'. Dari dua kalimah ini maka bergelarlah tempat ini dgn namanya "Al-Fayyoum" sesuai dengan lahjah penduduk di kawasan itu.
Bandar ini terletak sejauh 110km ke Tenggara Kaherah.Terdapatjuga tinggalan sebuah kota yang muncul sewaktu zaman peradaban mesir kuno yang dikenali sebagai kota manef (ibukota Mesir pertama di zaman Firaun) terletak di uatara Bandar ini. Puncak kejayaan kota ini pada dinasti Firaun ke-111 dan iv dan di sini jugalah Allah s.w.t menguburkan Qarun beserta hartanya.
AL-SAWAQI
Merupakan kincir angin purba yang sentiasa menjadi tempat tumpuan para pelancong yang berkunjung ke Mesir. Anda dapat menyaksikan sendiri apabila anda tiba di sana betapa canggihnya teknologi yang di cipta sesuai dengan zaman mereka.Pada asalnya kincir ini digunakan untuk mengairi ladang pertanian pada zaman Mesir kuno, tapi setelah lahirnya teknologi moden terbaru yang lebih mantap maka kincir ini tidak digunakan lagi sehinggalah sekarang.
TASIK QARUN
Bukti kekuasaan Allah terdapat di mana-mana,bertepatan seperti mana yang Allah firmankan dalam Al-quran . Salah satu kisah yang terdapat dalam Al-quran ialah kisah Qarun yang tamak dan menghambakan diri pada harta. Kemurkaan Allah yang dipinta menyebabkannya tenggelam bersama harta ke dalam perut bumi maka wujudlah Tasik Qarun.Terletak kira-kira 20km dari Bandar Fayyoum.
Ada sesetengah riwayat mengatakan bahawa qarun berasal dari perkataan Greek yang bermakksud 'tanduk' lantaran bentuk tasik yang menyerupainya.Tetapi riwayat yang lebih 'akbar'telah mengatakan bahawa nama Qarun bersempena nama seorang jutawan di zaman Nabi Musa A.S.
Pada asalnya beliau hanyalah seorang yang miskin tetapi amat kuat beribadat.malangnya nafsu untuk memiliki kekayaan telah mengubah hatinya .Berkat doa Nabi Musa A.S setelah diminta oleh Qarun ,akhirnya beliau menjadi kaya raya.Kesenangan dan kemewahan yang dikecapi membuatkan beliau lalai dengan ibadat dan perintah Allah.Sikap tamak dan ingkarnya telah memuncak apabila beliau enggan mengeluarkan zakat , Maka tenggelamlah ia bersama hartanya sebagai ingatan kepada umat kemudian.
AIN SYILIN
Perkatan ini diambil dari dua kalimah Arab 'a'in' dan 'syilin' yang bermaksud dua mata air.Kualiti air yang keluar dari sumber ini telah disahkan mengandungi pelbagai zat galian dan tidak pernah diproses dengan bahan kimia.Air ini bersih untuk diminum dan dipercayai mampu mengubati beberapa jenis penyakit, insyaAllah.
AIR TERJUN PADANG PASIR SYALALAT
Tempat tumpuan para pencinta alam kerana keunikannya. Terletak di tengah-tengah padang pasir dan tidak jauh dari kota Fayyoum. Anda berpeluang untuk mandi manda di sini dengan bayaran tertentu. Masyarakat Mesir sangat berbangga dengan tempat ini kerana inilah satu-satunya air terjun yang terdapat di Mesir. Di sekitarnya terdapat tumbuh-tumbuhan yang subur menyusuri sungai.Pengunjung pasti dapat menghayati panorama indah dan dapat mendamaikan kotak fikiran.
KEBUN MANGGA
Merupakan salah satu dataran pertanian tersubur yang terdapat di Mesir.Begitu popular di kalangan pelancong kerana buah-buahan boleh di dapati di sini dengan harga yang murah dan segar.di antara tanaman yang banyak tumbuh subur di kebun ini ialah pohon mangga dan ia adalah tanaman terbanyak berbanding tanaman lain.
Sekian dahulu buat kali ini, sehingga bertemu di lain masa. Terima Kasih kerana sudi membaca, semoga ianya memberi input yang baik.
Menutup aurat bukan sekadar bertudung
-
Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis,
selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk *free hair*.
Ga...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment