Ziarah Maqam Aulia
Sabda RAsulullah SAW: "Dahulu aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka ziarahi ia (kubur), kerana ianya akan memperingatkan kamu kepada akhirat". Riwayat muslim.
Pada Sabtu, 22 April 06 bersamaan 23 Rabiul Awal 1427, ana dan beberapa sahabat telah pergi ziarah ke maqam yang berada di pinggir Kaherah (Jabal Muqattam dsb).

Maqam yang pertama yang diziarahi setelah berada 20 minit di dalam bas, berjalan kaki 10 minit ialah Maqam ahli bait Rasulullah SAW Maqam Syaidah Aisyah Ja'far Shadiq. Kemudian setelah beberapa minit di situ kami mula melangkahkan kaki menuju ke Maqam Imam Jalaluddin asSayuti. Beliau merupakan penulis Kitab Al-Itqan ; menceritakan tentang Ulum AlQuran, salah satu kita yang kami pelajari di Maahad Qiraat Shoubra.
Perjalanan sang musafir di teruskan lagi....untuk ke Jabal Muqattam, kami mesti menaiki bas, setelah beberapa minit kami menaiki bas dan selamat sampai di Jabal Muqattam. Berjalan kaki menyelusuri jalan yang berpasir dan menuju ke destinasi maqam yang pertama iaitu Syeikh Ar-Rifaie Al-Husaini. Beliau di gelar " Wali Shoghir " kerana telah menghafaz Al-Quran semasa kecil dan kembali ke rahmatullah semasa kecil. Kami berehat sebentar setelah kepenatan berjalan kaki dan menikmati sedikit bekalan di tempat duduk berhadapan dengan maqam Wali Shoghir.
Ziarah maqam ini diteruskan lagi dengan menuju ke Maqam Ibnu 'Athoillah AsSakandari. Maqam beliau di dalam masjid dan di dalam masjid itu juga terdapat Maqam bekas Syeikhul Azhar iaitu Syeikh Abdul Halim Mahmud.
Kemudian kami menuju ke Maqam yang berhampiran dengan masjid Syeikh Ibnu 'Athoillah iaitu maqam Abdullah Ibn Abi Jamrah: pengarang matan Fiqh. Berdekatan dengan maqam beliau terdapat Khalwah Sayyidah Nafisah r.a. Tempat ini (khalwah) adalah agak jauh dengan maqam beliau (jarak maqam beliau dengan khalwah lebih kurang 4@5 km), ada qaul yang mengatakan beliau sanggup berjalan kaki dari kediaman ke khalwah ini untuk bermunajat dan beribadat kepada Allah....
Selepas itu, kami berjalan kaki menuju ke maqam wali2 dan ulama' yang berhampiran....(tidak dapat ana sebutkan di sini kerana tiada catatan dalam diari serta minda-kesulitan amat dikesali).

Perjalanan kami di teruskan lagi iaitu ke maqam Imam As-Syathibi ra. Beliau merupakan ulama qurra' yang di sanjung tinggi. Maqam beliau agak jauh dari Jabal Muqattam. Kami terpaksa berjalan lebih kurang 1/2 Jam Ke 45 minit untuk sampai di Maqam Imam As - Syathibi..... setelah merentasi beberapa perkampungan Arab Badwi serta jalan keretapi yang usang maka sampai lah kami di masjid Imam As-Syathibi. Masjid tersebut agak usang dek tertelan zaman...
Setelah 15 minit berada di situ kami meneruskan perjalanan menuju ke maqam Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.. Maqam beliau jauh dari maqam Imam As-Syathibi...setelah berpanas di bawah cahaya matahari yang membahang, serta berjalan lebih kurang 20 minit kami sampai di maqam mujahid & mujaddid ini. Maqam beliau berkunci dan beliau disemadikan sebagaimana orang biasa. Seolah-olah tiada penjagaan terhadap maqam beliau; ada qaul mengatakan bahawa masyarakat di sini tidak berrani untuk menziarahi apatah lagi menjaga dan membersihkan kawasan maqam as-syahid. Sebagaimana maklum peristiwa pengurusan jenazah beliau, semua orang dilarang mengiringi jenazah beliau dan selepas disemadikan orang ramai dilarang menziarahi beliau. Semoga Allah merahmati roh beliau dan semua roh-roh para aulia...
Cuaca semakin panas, matahari mula sedikit demi sedikit meninggikan suhu ke
panasan,,..kami mula keletihan..... walaupun begitu kami mesti meneruskan perjalanan seterusnya.....Kami mula bergerak menuju ke maqam Imam As-Syafie ra. dalam perjalanan kami bertemu dengan beberapa maqam ulama dan aulia yang berada berhampiran dengan Masjid Imam As-Syafie. Sebelum itu, kami sempat melihat maqam Shuhada Palestin yang berada tidak jauh dari maqam imam as-syahid Hasan Al-Banna. Kawasannya agak luas, diceritakan bahawa para syuhada ini syahid ketika membantu tentera Mesir menentang Israel satu tika dahulu. Selepas itu kami sempat berehat sebentar di maqam sahabat Nabi saw iaitu Uqbah bin Amir. Qaul mengatakan bahawa maqam ini adalah sohih bahawa Uqbah bin Amir disemadikan di situ, ini kerana kebanyakkan maqam sahabat ceritakan terdapat perselisihan samada betul atau tidak jasad sahabat-sahabat disemadikan di Mesir. Maqam yang berada berhampiran dengan maqam sahabat ini ialah Maqam Rabiatul Adawiyah & maqam Zunnun al Misri.
Antara maqam yang berada berhampiran dengan Masjid Imam As-Syafie ialah Abu Dzar Al-Ghifari, Imam Al-Laits, Ibnu Hajar Al-'Asqalani, Sayyidah Fatimah Al'ina dan beberapa lagi maqam yang lain...
Waktu Zohor semakin hampir...kami berjalan dan terus berjalan, Alhamdulillah tepat waktu zohor kami sampai di Masjid Imam As-Stafie.

Setelah solat Zohor kami menikmati makan tengahari yang dibawa. Kemudian kami menziarahi maqam Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori yang juga terdapat di dalam masjid Imam As-Syafie. Kemudian kami ke maqam Imam As-Syafie...setelah 15 minit di situ, kami mula bergerak untuk pulang.... sebelum menaiki bas, kami sempat menziarahi maqam yang terakhir dalam exp
edisi ziarah maqam aulia kali ini iaitu maqam Imam Waqi'. Imam Waqi' merupakan guru kepada Imam As-Syafie....maka berakhirlah expedisi ziarah maqam kali ini....kami selamat sampai di Dauran Shoubra pada jam 2.45 petang... alhamdulillah walaupun keletihan, kami bersyukur kerana berjaya menyelesaikan satu ibadah yang mulia....ana menyeru kepada diri ana dan sahabat-sahabat marilah kita sama-sama hidupkan amalan murni ini........begitu banyak fadhilat dan ganjaran bagi mereka yang menziarahi maqam sahabat dan aulia....terima kasih kerana sudi membaca...semoga mendapat input dan manfaat. Maaf sekiranya terdapat kesalahan penggunaan bahasa dan kesalahan ejaan.
(Jazakumullah buat Ust Khair, Ust Mior, Ust khusaini & Ust Fahizme)
Pada Sabtu, 22 April 06 bersamaan 23 Rabiul Awal 1427, ana dan beberapa sahabat telah pergi ziarah ke maqam yang berada di pinggir Kaherah (Jabal Muqattam dsb).

Maqam yang pertama yang diziarahi setelah berada 20 minit di dalam bas, berjalan kaki 10 minit ialah Maqam ahli bait Rasulullah SAW Maqam Syaidah Aisyah Ja'far Shadiq. Kemudian setelah beberapa minit di situ kami mula melangkahkan kaki menuju ke Maqam Imam Jalaluddin asSayuti. Beliau merupakan penulis Kitab Al-Itqan ; menceritakan tentang Ulum AlQuran, salah satu kita yang kami pelajari di Maahad Qiraat Shoubra.
Perjalanan sang musafir di teruskan lagi....untuk ke Jabal Muqattam, kami mesti menaiki bas, setelah beberapa minit kami menaiki bas dan selamat sampai di Jabal Muqattam. Berjalan kaki menyelusuri jalan yang berpasir dan menuju ke destinasi maqam yang pertama iaitu Syeikh Ar-Rifaie Al-Husaini. Beliau di gelar " Wali Shoghir " kerana telah menghafaz Al-Quran semasa kecil dan kembali ke rahmatullah semasa kecil. Kami berehat sebentar setelah kepenatan berjalan kaki dan menikmati sedikit bekalan di tempat duduk berhadapan dengan maqam Wali Shoghir.
Ziarah maqam ini diteruskan lagi dengan menuju ke Maqam Ibnu 'Athoillah AsSakandari. Maqam beliau di dalam masjid dan di dalam masjid itu juga terdapat Maqam bekas Syeikhul Azhar iaitu Syeikh Abdul Halim Mahmud.
Kemudian kami menuju ke Maqam yang berhampiran dengan masjid Syeikh Ibnu 'Athoillah iaitu maqam Abdullah Ibn Abi Jamrah: pengarang matan Fiqh. Berdekatan dengan maqam beliau terdapat Khalwah Sayyidah Nafisah r.a. Tempat ini (khalwah) adalah agak jauh dengan maqam beliau (jarak maqam beliau dengan khalwah lebih kurang 4@5 km), ada qaul yang mengatakan beliau sanggup berjalan kaki dari kediaman ke khalwah ini untuk bermunajat dan beribadat kepada Allah....
Selepas itu, kami berjalan kaki menuju ke maqam wali2 dan ulama' yang berhampiran....(tidak dapat ana sebutkan di sini kerana tiada catatan dalam diari serta minda-kesulitan amat dikesali).

Perjalanan kami di teruskan lagi iaitu ke maqam Imam As-Syathibi ra. Beliau merupakan ulama qurra' yang di sanjung tinggi. Maqam beliau agak jauh dari Jabal Muqattam. Kami terpaksa berjalan lebih kurang 1/2 Jam Ke 45 minit untuk sampai di Maqam Imam As - Syathibi..... setelah merentasi beberapa perkampungan Arab Badwi serta jalan keretapi yang usang maka sampai lah kami di masjid Imam As-Syathibi. Masjid tersebut agak usang dek tertelan zaman...
Setelah 15 minit berada di situ kami meneruskan perjalanan menuju ke maqam Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.. Maqam beliau jauh dari maqam Imam As-Syathibi...setelah berpanas di bawah cahaya matahari yang membahang, serta berjalan lebih kurang 20 minit kami sampai di maqam mujahid & mujaddid ini. Maqam beliau berkunci dan beliau disemadikan sebagaimana orang biasa. Seolah-olah tiada penjagaan terhadap maqam beliau; ada qaul mengatakan bahawa masyarakat di sini tidak berrani untuk menziarahi apatah lagi menjaga dan membersihkan kawasan maqam as-syahid. Sebagaimana maklum peristiwa pengurusan jenazah beliau, semua orang dilarang mengiringi jenazah beliau dan selepas disemadikan orang ramai dilarang menziarahi beliau. Semoga Allah merahmati roh beliau dan semua roh-roh para aulia...
Cuaca semakin panas, matahari mula sedikit demi sedikit meninggikan suhu ke

Antara maqam yang berada berhampiran dengan Masjid Imam As-Syafie ialah Abu Dzar Al-Ghifari, Imam Al-Laits, Ibnu Hajar Al-'Asqalani, Sayyidah Fatimah Al'ina dan beberapa lagi maqam yang lain...
Waktu Zohor semakin hampir...kami berjalan dan terus berjalan, Alhamdulillah tepat waktu zohor kami sampai di Masjid Imam As-Stafie.

Setelah solat Zohor kami menikmati makan tengahari yang dibawa. Kemudian kami menziarahi maqam Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori yang juga terdapat di dalam masjid Imam As-Syafie. Kemudian kami ke maqam Imam As-Syafie...setelah 15 minit di situ, kami mula bergerak untuk pulang.... sebelum menaiki bas, kami sempat menziarahi maqam yang terakhir dalam exp

(Jazakumullah buat Ust Khair, Ust Mior, Ust khusaini & Ust Fahizme)
1 comments:
assalamualaikum..
bestnyer dengar cerita enta jalan2 kat sane..mesti seronok sesgt kan..dapat ziarah maqam aulia..
ape2 pun..bittaufiq utk exam nnt..
wassalam
Post a Comment